geng bas sekolah

Wednesday, December 2, 2009

tegurlah diri sendiri,

tak mampu jalan macam dulu,
megah bawa kisah sana sini,
hakikatnya dulu memang indah,
tapi sekarang,
pelangi dah berubah kelam,
kenapa macam tu?
siapa tau.

mungkin arah jalan dah tak sama,
dulu hati kata lain,
sekarang dah kata lain pulak,
memang tak tetap pendirian,
lagikan pulak berjalan tegap,
mampu ke?
bertatih mungkin boleh.

sekarang baru nak celik mata,
lihat dunia yang sebenarnya sementara,
dulu memang dah sedar,
tapi kenapa suka mengabaikan?
tipu daya ditepis,mudahnya.
jadi kenapa perlu rasa tertipu?
hai hati,jangan kata akal tak pesan.

baju koyak memang boleh jahit,
hati koyak,siapa mampu jahit,
memang dah hakikat alam,
dah jatuh barulah bangun,
dah berdarah barulah diubat,
dah sakit barulah menangis,
kenapa dulu tak fikir?

sekarang baru nak cari ubat mujarab,
antiseptik kalah,wuduklah ubatnya,
tengok movie bukanlah jalannya,
melainkan solat sunat menghadap Ilahi,
masa seronok dulu apa lagu yang kau cari?
sekarang zikrullah yang menemani,
dulu tak cegah,sekarang berubatlah.

siapa suruh kau mulakan,
kan mak dah pesan,
jangan lupa siapa yang bagi makan,
kelak kau sendiri yang rasakan.

otak di sini,akal di sana

aku selalu terfikir. mula mula aku fikir, susahnya upsr. macam mana orang hadapi. tapi bila aku dah makin membesar aku mula fikir, 'alah,upsr.kacang je'. besar sikit fikir lagi. susahnya pmr. bila dah berlalu, macam tu la jugak. buat penat je aku risau dulu dulu. sekarang lagi aku banyak pikir. susahnya spm. sepupu aku dengan sukacitanya cakap, 'spm tu senang je'. mentang mentang dah lepas dengan jayanya. pemalas macam aku ni nak kata spm senang. haktuih!

lepas tu aku pikir lagi. macam mana bila dah masuk u nanti? mesti dah nampak matang gila. tapi matang ke aku masa tu? lepas tu kerja. aku kerja apa? boleh ke buat kerja betul betul? macam mana nak buat kerja tu? cukup ke duit nak makan pakai semua? ha, dah kawen lagila. macam mana kawen? boleh ke aku tinggal serumah dengan suami aku? aneh gila bila mak aku takde dekat rumah dengan aku. aneh gila takde pie nak buli aku. aneh gila takde bapak aku nak suruh itu ini.

haih, lepas tu aku pikir lagi. bila ada anak mesti best. mesti kiut. bahagia gila masa tu. boleh cubit cubit, cakap cakap dengan dia, dan sebagainya. tapi aku selalu takut. macam mana aku nak didik anak aku dengan betul. sekarang ni kan ramai yang terpesong. boleh ke aku didik anak aku macam mak aku didik aku? kalau aku gagal macam mana?

huh,aku selalu pikir jauh jauh. sedangkan esok entah hidup entah tak. sedangkan bila aku sedar benda ni berlalu, aku akan mengeluh, 'kenapala aku risau sangat pasal semua ni?' atau mungkin aku akan bersyukur, 'mujur aku fikir semua ni dan ambik langkah awal dulu'. hakikatnya aku kena jugak terima qada' dan qadar-Nya.

Saturday, November 21, 2009

belog ini masih wujud.

hye belog,
kau sihat lagi ke tak ni?
kau jangan murung dapat tuan macam aku.
dah lama aku bekukan kau kan.
mungkin kau sedih aku tak menatap kau.
tapi kau kena faham.
masa aku suntuk sangat.
maafkan aku ya.
aku rajin nanti aku renovate kau letupletup.

hye kawan,
lama tak bersua.
sikit demi sikit.
mesti kauorang akan lupa kewujudan aku kan.
aku semakin pasif berbelog.
sebab banyak sangat aku nak tulis.
aku jadi taktau nak tulis yang mana dulu.
konklusinya aku menemui jalan buntu.
lalu aku biarkan semuanya tak bertaip.
cis,pemalas kau chopu.

sekian,
wabilahitaufikwalhidayah,
jangan merempit,
jangan berjenayah.
[syamil ajar aku]

Thursday, September 24, 2009

i'm afraid of that cute boy,

dah lama aku tak membebel. bukan aku taknak. bebel bebel aku semua dah aku curahkan pada si budak kecik tu. lupa nak kenalkan. dia sepupu aku. dari ramadhan haritu dia stay rumah aku. maybe sampai raya keberapa belas tah. dia memang comel. comel tak bermakna tak ganas. jangan kau pandai pandai tafsir sikap dari wajah nan comel. kalau buku takpe. kulit hodoh, aku pun taknak beli. mukadepan dah tak berseni, dalam apetah lagi.

berbalik pada si budak kecik tu. rutin dia setiap hari ialah kejut aku bangun tido. jangan kau terkejut. aku dah berubah. kalau dulu asik harap mak aku kejut je. sekarang, mak aku tak sempat geliat,aku awal awal pergi kejut mak aku. gila ganas weyh gaya budak kecik tu kejut aku. mula mula dia main main muka. tak bangun dia mula panjat panjat. tak bangun lagi dia cubit cubit. tak bangun jugak dia peluk peluk. tak bangun lagi dia pukul pukul. bila amarah dia dah sampai, lalu dengan bangganya aku digigit gigit. aduh, geram sangat ke dia dengan aku?

sukacita dimaklumkan, segala usaha yang dia lakukan agar aku bangun semata mata untuk ajak aku tengok katun. ya, dan selepas habisnya katun, aku digesa agar memasang dvd masked rider dan atromen pula.

dia obses lengan. aku kurang fasih mengapa. jadi, aku jarang berseksi di hadapannya kerana aku takut diterkam lagi. abang aku pun takut nak berseksi depan dia. pendek kata, mak bapak dia je yang dah biasa.


nasib baik kau ringan budak,
si budak pembuli,

Saturday, September 19, 2009

oh syawal mari ke mari


beraya di kl tak seronok. tak macam raya di kelantan. namun apekan daya. ku pasrah katamu wahai bapak. di mana pun takpe asalkan ada mak, bapak, pie. wahai rakyat jelata, SELAMAT HARI RAYA!

tahun ni aku nak makan banyak banyak. aim utama rumah pak imam. agak agak beliau kasi duit raya berapa riban ye?

Monday, August 31, 2009

mauduitka?

hari ni hari isnin,
hari ni cuaca cerah,
hari ni aku gembira,
hari ni aku mimpi kawen,
hari ni aku lapar lagi,
hari ni aku kena balik,
hari ni jempol memanggil manggil,
hari ni istimewa,

kau tau kenapa?

sebab hari ni malaysia 52.

mungkin kau tak rasa,
tapi cuba cuba la kau rasa,
nanti baru kau rasa syukur.

burung pun mampu menyanyi nyanyi,
mampu ke burung menyanyi dekat palestin?


p/s- bapak aku tanya aku "mauduitka?" aku kata "maukereta :))"

Saturday, August 29, 2009

dua hari satu malam

28 ogos 2009

aku pergi giant. dengan tira. dengan nazz. mak aku tak tau. sebab aku mintak izin bapak aku. mak aku takde dekat rumah. tengah hebat bersopping, mak aku call. dah agak mesti mak aku yang call. rupanya suruh aku balik cepat. yelah, siapa nak masak nasi. mak aku kan takde dekat rumah. jadi aku rush balik. dah habis masak nasik. aku jalan dengan tira. dengan nazz jugak. pergi bazar. lagi berapa minit tah nak berbukak masa tu. sopping lagi dekat bazar. laju laju jalan balik takut tak sempat bukak puasa. tak guna punya jam. ingatkan dah dekat sangat waktu berbuka. penat aku rush. berbuka dengan dua orang tanggachi tu kat taman belakang. seronok gila. gelabah gila la diorang suruh aku pakai baju kurung, pakai tudung lawa lawa. padahal rumah aku sendiri. cis, nak bergamba rupanya. padan muka pie. kau memang layak jadi si kameraman. hai mak, mak pun nak posing sama. memang mak borek anak rintik.

hoorey! kenapa aku bersorak? nak kata dapat result gemilang, haiyo result macam @^#&! itu dua tanggachi dapat lesen tido sama aku weyh. gila seronok, berpapan papan coklat cadbury habis. makan sampai lebam. sampai sudah tanggachi dua orang tu tak kasi aku tido. perempuan, lama tak jumpa macam tu la. macam macam umpatan keluar. itu pun kira kurang la sikit. bulan ramadhan weyh, kene kurangkan buat dosa. cis, nazz beriyo tak kasi aku tido. tau tau dia terbongkang dulu. macam alien jatuh ke bumi. aku dengan si tira pulak, kisah hati tak habis habis sampai sahur.

29 ogos 2008

aku dengan tira tak bangun bangun lagi. nazz gelabah gila. mentang2 cukup tido, awal gila bangun on9 myspace. ingatkan bertadarus ke apa ke. ha, mak aku memang pandai bikin surprise. pagi pagi dah ajak pi the curve. haha, terimakasih mak sebab sudi mengajak dua tanggachi tu sekali. hangout dengan kawan, dan emak juga. haha, mak memang the best in the world lah. pie, thanx jadi driver. kau memang baikhati lah lately ni. sopping lagi weyh. gila kentang!


makanan tak habis, pie yang habiskan.

aku memang suka diapit awek cun,haha

si mabuk dan gadis gadisnya, haha

sopping sopping

mak aku cun kan kan kan?

tanggachi ni nama dia nazz, dia gila sikit

tanggachi ni pulak tira. dia pun 2 kali 5 jugak, heee

aku la ni weyh,

mak dan drivernya, haha. itulah broku sayang,pie

hoi bang, xkan nazz kot kakak ipar aku?

mereka ni abang aku kutip kat mana tah.

p/s: mak aku kata, "lain kali kita sopping lagi eh" aku kata, "bereh blako!"

Thursday, August 27, 2009

warkah dari bonda

surat cinta daripada bonda

kehadapan anakandaku mas idayu yang tercinta. cuti yang hanya seminggu ini, adalah hari berkurung untukmu. tidak dibenarkan sama sekali melangkahkan kaki keluar bersuka ria kecuali bersama bonda,ayahanda dan kandamu. bonda bukan mahu mengurung. biarlah kakimu berpuasa juga. selamat beramal.


reply si anakanda

oh bonda. anakanda tahu kasih dan sayang bonda terhadap anakanda mencurah curah banyaknya. tapi please bonda, sekali saja, boleh bonda? sekali pun cukup la bonda. bukan bersuka ria. bertemu sahabat sahaja bonda. boleh kan bonda? boleh kan?


balas bonda

itulah. kalau perihal kawan, memang pantas anakanda ya. tunggu dan lihat saja bagaimana nanti. bonda tiada jawapan.



p/s: macam mana nak bagitau diorang ha? (-_-")

Tuesday, August 25, 2009

tarawih bukan tawarih

bulan ramadhan selalunya banyak cerita best pasal tarawih. dulu masjid dekat rumah aku tu buat 20 rakaat tarawih plus 3 rakaat witir. tapi lepas lapan rakaat memang berduyun duyun jemaah keluar. aku pun salah satunya. masa tu aku jahil lagi. witir pun aku tak buat. pastu balik berlagak cakap aku dapat pahala lebih dekat kawan aku yang tak pergi. padahal pahala aku pun kira kurus jugak. masalahnya aku balik pun bersebab. kanak kanak riang tu kalau dah main mercun macam nak bom masjid. kan dah tak khusyuk solat aku. tapi kira ok la bagi aku yang masih muda dan belum matang lagi masa tu. kalau nak dibandingkan dengan pakcik makcik yang dah boleh berfikir menggunakan logik akal yang sempurna, ehem, tak tau la. masalahnya kalau buat lapan terus balik rumah tu consider la jugak. ni buat lapan lepak luar masjid tunggu time makan. ada pulak yang time makan baru datang masjid. ape kes diorang ni.

tapi tu dulu. tahun ni masjid rumah aku dah tak buat 20 rakaat. sekarang sistem baru buat lapan je. tapi lepas tu 20 minit tazkirah. lepas tazkirah baru witir tiga rakaat. aku suka kot cara baru ni. sebab penceramah yang bagi tazkirah tu memang bijak bijak belaka. pandai menyampaikan ilmu. ringkas dan bermutu. tak kurang kacaknya. haisy, itu tak diambil kira kot.

tapi bila aku teringat balik, dulu niat aku pergi terawih memang tak betul. ni masa zaman aku sekolah rendah la. pergi sebab nak jalan dengan kawan. pergi sebab lepas balik tu nak beli burger ramai ramai. pergi sebab saja saja nak tunjuk telekung. haha. kanak kanak.

p/s - juadah kat masjid sedap tak? seumur hidup aku tak pernah merasa. segan weyh, haha

Sunday, August 23, 2009

kawan, aku nak tanya sikit boleh?

rakyat jelata,siapa boleh cerita dekat aku motif orang berkapel? aku dah jalankan survey dekat sekolah. malangnya jawapan mereka semua karut marut belaka. buat aku rasa nak penampar je. ada la satu dua jawapan yang bernas. tu pun still aku takleh terima. sebab macam tak masuk akal je. yang aku boleh terima satu je "dan couple itu adalah pemusnah sebuah persahabatan". entah kenapa aku ambik yang negatif. mungkin kerana aku berotak cathode kot. jadi, siapa yang tau silakan la bagitau aku kawan. aku ada exam lagi dua minggu ni. kalau masuk periksa nanti tak boleh jawab kan ke haru.

Saturday, August 22, 2009

workaholik - work without horlick? oh,ramadhan

macam dah lama aku tak berbelog,
jangan salah faham,
sekarang bukan lagi sebab malas,
sebab aku bukan lagi pemalas yang berkaliber,
aku dah melakukan sikit anjakan pada diri sendiri,
mungkin 10 peratus lancar,
bagi aku 10 peratus dah cukup hebat,
sebab cikgu aku cakap,
sikit sikit lama lama jadi bukit,
nasihat cikgu kadang kadang boleh pakai jugak,
malangnya aktiviti belog aku tertunda kerana cikgu jugak,
yang kasi kerja berlambak lambak kenapa,
sampaikan masa cuti aku,
habis dengan menghadap buku je,
kasi can la sikit cikgu,
fakta tentang form4 tahun honeymoon,
hanya tinggal fakta,
mungkin aku anggap tu auta semata mata,
ah,tertipu aku dengan kata kata senior,


once upon a time in sbpi jempol:

KISAH SATU
aku baru nak seronok seronok main game lucu dengan geng 7W, miss heng lak tetibo muncul depan kelas. "4HR belapa olang?" "24 miss heng" "mana ketua kelas?" "sakit miss heng" "penolong?" "syera miss heng" "sekalang kamu pigi ambik modul addmath atas meja miss heng,ambil dua puluh ampat saja,cepat" "kene buat semua ke miss heng?" "saya tak cakap buat semua,saya suruh buat saja,buat sebanyak mungkin la" "tak payah buat boleh tak miss heng?" "misti buat punya". keceriaan 4HR sebentar tadi hilang seketika. tebal gila modul tu. page depan belakang. cis!

KISAH DUA
prep hari sabtu selalunya aku tak pegi kelas. belaja kat ruang legar seronok sikit. kafe dekat. aku kan selalu lapar. boleh usha orang lalu lalang. kelas aku dah la atas sekali. memang malas nak mendaki. jadi seperti biasa sabtu tu pun aku prep kat ruang legar. aku pun berpeleseran la sekitar sekolah bila kerja aku dah siap. malangnya malam tu aku baru dapat tau yang pagi tu dapat modul fizik kat kelas. tebal gila. rugi aku tak pergi kelas. kalau tak boleh la aku buat separuh. bertambah kerja rumah aku. siot je.

KISAH TIGA
dalam hari yang sama aku dapat kerja BI dan arahan ustazah supaya hafal semua topik PAFA. naik cuti ustazah nak tasmi'.nasib la senang. kalau tak, gila meroyan aku.

KISAH EMPAT
emelya berpesan "mas,jangan lupa siapkan ruangan klik2 untuk majalah sekolah cuti ni"

cikgu KNZ berpesan "cuti ni saya nak kamu cari dan buat pelan rumah macam yang saya suruh.nanti naik cuti buat model rumah tu ikut kumpulan masing2" dalam hati aku "ah,dah la dapat kumpulan dengan mamat dua orang yang blacklisted tu. jabal ok la lagi. hezry, bueekkk!"

pipo berkata "mas,ko masuk pertandingan membina laman web tau.ko dengan aku buat grafik" aku bermonolog dalaman "apa? sukahati je taruk nama aku. adui, cuti ni mesti aa kene cari idea. ah, makin belambak keje"

niqi berpesan "mas, ko jangan lupa prepare bahan bahan study group kita cuti ni. naik cuti senang aa nak ikut jadual" aku bermonolog dalaman lagi "ya, ya, makin bertambah kerja aku"


belog ini ditaip semata mata untuk aku recall semula kerja yang aku kena bereskan. kalau tak,mesti aku lupa. aku dah la selalu makan semut dua tiga hari ni. dah makin nyanyuk dah. sekian, aku berlari membereskan kerja.

Saturday, July 4, 2009

mas idayu semakin sibuk

ya, mas idayu semakin sibuk. mengalahkan perdana menteri. nak call mak pun kena curi masa. ya, mas idayu baru tingkatan empat. bukan wanita berkerjaya yang kena rush nak balik masak,kemas rumah, jaga anak segala. tapi kenapa mas idayu sibuk macam tu sekali? mungkin sebab dia yang azalinya pemalas, terpaksa bertukar menjadi rajin. gen gen malasnya terpaksa dihapuskan serta merta daripada sel badannya. kalau tidak, mungkin mas idayu akan menjadi lebih sibuk lagi. dan seterusnya mungkin akan berlaku macam macam perkara tak diingini padanya.

marilah mas idayu, sesibuk mana pun anda, sentiasalah hubungi yang tersayang.

Thursday, June 11, 2009

la la la kampungku

mana pun aku pergi,aktiviti harian aku yang selalunya aku laksanakan dengan jayanya adalah makan.sesungguhnya kampung aku adalah gedung makan yang terhebat bagi naluri si pemakan macam aku.nenek aku bukanlah rajin dalam hal masak memasak.mak aku sendiri mengakui hal tersebut.dulu aku ingat mak aku timba ilmu memasak dari nenek aku.rupanya aku salah.ternyata mak aku lebih hebat dari nenek aku sebab mak aku berguru dengan moyang aku.
tapi kenapa nenek aku taknak berguru dengan moyang aku? mungkin tak sempat.maklumlah,nenek aku kahwin umur 13.nasib baik nenek aku tak suruh aku contohi dia.jadi,senang je tugas aku.beli je la makanan sedap mana yang aku nak.dekat sana semua sedap.paling seronok,semua murah.memang berbaloi.

tapi bukanlah aku kerja melahap je kat sana.sekali sekala aku pergi la jugak jenguk pantai yang menyimpan banyak nostalgia cinta zaman kecik aku.ah,malu aku.sekarang aku tak kenal pun
hero yang aku jadikan mangsa cinta aku tu.haha.wujud lagi ke dia? terkenang saat dia intai aku mandi laut dari jauh.tau la aku seksi masa tu.melampau betul.nasib baik masa tu aku hanya seorang budak berumur tujuh.hai,gatal sungguh aku kecik kecik dulu.

hari hari aku layan kamen rider masa kat kampung.kadang kadang nenek aku pun join sekaki.pakcik makcik aku dan anak anak mereka pun tak lepas peluang menonton.layan gila la.ungkapan "nenek aku kata" tu macam seronok gila je.patut la abang aku sanggup beli DVD tu.kadang kadang bila tamu datang,diorang macam tertipu je bila tengok kitorang semangat tengok cerita tu.konon ingat kitorang tengok drama jepun la kan.aku bantai gelak je bila
tiba tiba hero bertukar.haha.gerenti bengang diorang uh.

Saturday, June 6, 2009

apa semua ni?

aku menggigil,
bulu bulu roma aku mula berdiri,
seolah olah berada di zaman titanic tenggelam,
sejuknya ibarat berpelukan dengan iceberg,
siapa yang mampu memanaskan aku saat itu?

mungkin tangan solar abang aku mampu,
tapi dalam situasi ni,
aku tak perlukan tangan tu,
seluruh badan membeku,
darah menyerbu pelosok mukaku,
getaran berlaku di bibir,
kenapa?
aku tidak tahu.

tekak terasa mual,
tidur tak lena,
perut terasa lapar,
mak,ape semua ni?

apa kau rasa?

Thursday, June 4, 2009

aku berdarah seni?

tadi aku tengok 'cerita artis malaysia'. pertama kali kott aku bukak siaran tu. kisah hari ni pasal artis yang dah jadi artis sejak baby baby lagi. aku pun bukannya suka sangat nak tau pasal artis ni. tapi tah la,aku tertarik pulak dengan cerita tu. rupanya banyak family artis kat malaysia. mak artis, anak artis, kakak, adik, atok, abah, nenek, semua artislah.darah seni betul. aku pun ada darah seni jugak kalau nak ikutkan. arwah tok ayoh aku dulu tok dalang. artis la jugak kan, wayang kulit tu. mak aku pun dulu aktif aa dekat wayang sekolah. seni jugak tu kan. bapak aku pulak boleh dikatakan pakar aa dalam senibina. seni jugak kan. abang aku? seni lukis pro gila. seni lagi. aku sendiri? dulu masa sekolah rendah aku pun aktif dalam joget joget ni. tapi tu dulu aa. sekarang kan aku si pemalas berkaliber. tapi paling best nama aku aa kan. serupa artis dah tu.

tapi apa nak bangga dengan darah seni? apa nak bangga dengan gelaran artis? aku lagi bangga kot kalau aku berdarah pahlawan. boleh jadi hero. aku kan hero. boleh sumbang kepahlawanan dan keperkasaan aku kepada agama, bangsa dan negara. besar uh cita cita aku. tapi bila direnungkan balik, aku bersyukur sebab aku adalah aku. tiada siapa pun berhak meniru aku. hakcipta terpelihara terhasil daripada mak bapak aku ni. haha.

p/s: dunia seni memang penuh dengan hipokrit. tapi aneh kan. kenapa ramai yang berpusu pusu nak jadi artis? tak lama lagi bumi dipenuhi makhluk hipokrit aa camni. renung renungkan dan selamat beramal, *maaf dr. fadhilah kamsah,terciplak ayat tuan.

Tuesday, June 2, 2009

jangan menangis sayang,

semalam masa makan,mak aku cerita la pasal adik kepada sepupu aku yang meninggal haritu. adik dia tu umur dalam 2 tahun setengah macam tu la. mak aku tanya, 'mana abang?' dia cakap, 'abang dekat kubur, haritu kepala abang bedarah, adik bedarah dekat leher ni (sambil tunjuk leher dia). tapi malam malam abang balik, tidur sebelah adik. daddy la bawak kereta laju, tu abang bedarah macam tu' macam tu dia jawab dengan pelat dia tu,dengan bahasa kelantan pekat. aku tak tau kenapa, aku terus menangis dengar cerita mak aku. aku terfikir, lepas ni dia nak main dengan siapa? dia nak gaduh dengan siapa? sedangkan sebelum ni dia asyik dengan abang dia je. minggu
depan aku balik kelantan,aku nak dengar sendiri cerita tu dari mulut dia. rasa rasa,mampu ke aku tahan air mata masa tu? ah,aku dah tau dah jawapan persoalan aku ni.

argh! aku rindu!

Monday, June 1, 2009

begitulah aku

hari ini hari isnin. sepatutnya aku dah mula jalankan operasi menmbereskan kerja sekolah. tapi nampaknya satu kerja pun belum aku siapkan. sikap suka bertangguh ialah sikap yang buruk. mak aku tak pernah ajar aku supaya bertangguh. begitu jugak cikgu cikgu aku. jadi,dari mana aku belajar mengaplikasikan sikap tu dalam kehidupan seharian? dalam kes macam ni, aku selalunya salahkan syaitan jahanam itu kerana menghasut aku walhal aku yang bodoh pergi ikut cakap dia kenapa. mulai hari ni aku bertekad untuk memerangi musuh nombor satu aku tu habis habisan. aku akan mula pekakkan telinga dengan hasutan kau wahai syaitan. semoga niat aku yang suci murni ni mampu membuat aku melompat lompat bila semua homework selesai. lepas tu baru la aku boleh qada' tido sepuasnya. tunggu aku wahai bantal. bersedialah kau menjadi peneman aku yang setia setelah siapnya semua homework aku. adios!

Sunday, May 31, 2009

pulangkan masa tidur aku!

semua orang seronok bila cakap pasal cuti. semestinya aku takkan terkecuali. inilah masanya untuk aku qada' balik tidur tidur siang aku sepanjang minggu peperiksaan. exam waktu petang memang tak fresh. otak aku pun kurang aktif masa tu. akibatnya hampir semua paper petang aku jawab dengan laju supaya aku dapat peluang untuk tidur.

tapi dua minggu cuti ni aku rasakan bakal menjadi dua minggu duti. terima kasih wahai cikgu sekolah di atas kerja rumah yang melimpah ruah. A1 dalam tangan la kalau hari hari macam ni. yang pasti untuk mid term, maafkan saya cikgu kerana rasanya A1 tinggal kenangan. kalau setakat paper agama boleh la saya skor. tak cukup dengan kerja rumah, ada lagi tugasan untuk keceriaan asrama. tugas tu buat aku agak teruja la. sebab aku dah dapat bayangkan hasilnya yang berwarna warni. gerenti menang kot dorm aku. haha. berlagak bunyinya. tambah lagi kerja. aku kena tengok balik semua majalah sekolah yang aku ada. teruja gila aku dapat jadi sidang redaksi majalah sekolah.

konklusinya, cuti kali ini tetap tak dapat aku penuhi dengan masa tidur yang melampaui batas norma seorang manusia. mungkin lebih berkurangan daripada seorang manusia normal. sebab, bila aku dah melekat dengan dunia IT, mata memang payah nak lelap.

p/s: kawan aku nak pergi umrah. keterlaluan tak kalau aku suruh dia doakan aku cepat kawen?

Saturday, May 30, 2009

minggu yang dah pergi,

hidup tak selalunya indah. walau seronok mana pun aku belajar dekat sekolah, peratus keseronokan tu akan beransur hilang bila tibanya hari peperiksaan. badan secara automatiknya menjadi lemah sepanjang minggu dan mata pulak asyik terasa disorong bantal. puncanya bukan sebab belajar terlalu rajin hingga tak tidur malam. sebab setahu aku, aku antara yang terawal tidur antara semua sebab aku memang susah nak lepaskan masa tidur dekat sana. tapi kalau tidur malam dah cukup, kenapa kertas peperiksaan aku mesti menanggung liur aku jugak? mungkin gelaran ratu tidur bakal aku ungguli tahun ni.

hidup tak selalunya indah. walau selincah mana pun aku, walau selucu mana pun aku, walau seloyar buruk mana pun aku, bila tiba saat aku sakit, semua tu macam tak perlu la aku laksanakan. rasa sakit membuatkan aku bertukar negatif. tapi aku bukan selemah tu. aku tetap cuba lincahkan,lucukan dan loyar burukkan diri aku jugak. sebab mak aku pesan, kalau sakit kena lawan. jangan sampai badan kita digodam bakteria jahanam tu. biar kita yang menggodan mereka. hasilnya aku tetap terdampar lemah di bilik rawatan sepanjang sesi persekolahan. tu dah tak boleh nak bantu la kan. menyusahkan makcik tukang sapu je kalau aku bantai muntah kat sekolah pulak. kalau aku pengsan lagi susah nak jawab. siapa la yang sudi nak angkat aku yang berlemak sana sini ni. laratkah?

hidup tak selalunya tak indah. walau tak best mana pun minggu peperiksaan, semua tu tamat macam satu mimpi je. dan hidup aku masih diteruskan macam manusia biasa juga. walau sakit mana pun aku masa tu, akhirnya aku sembuh jugak. alhamdulillah. terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu aku tika aku diserang demam kelmarin. yang menyumbang ubat, yang memapah sana sini, yang suap suap aku makan, yang belikan makanan, yang taja air manis, yang tukang urut, yang menjenguk di bilik rawatan, yang bersimpati, dan yang banyak membebel suruh aku makan ubat. anugerah setia tahun ni aku serahkan kepada mereka semua. maafkan aku sebab kedegilan aku tak nak mendengar kata kamu semua untuk ke klinik. hujah aku tetap sama, aku tak suka pergi klinik!

sekian,wabilahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Saturday, May 2, 2009

bapak,

kenapa bapak aku tibatiba touching aa?
beliau touching dengan siapa pun aku kurang pasti,
tapi disebabkan kelakuan ganjil beliau tu,
cuti aku dah jadi tak best,
asyik bawak diri pergi mengail,
nak je aku fire kawan beliau yang asyik mengajak tu,
bapak aku pun satu,
adekah ikan dan kawan beliau itu lebih penting dari aku sendiri?
mungkin beliau stres,
atau mungkin beliau tak suka dengan keberadaan aku di rumah?
ah,aku suka berfikiran negatif,
mungkin beliau merajuk dengan kami semua,
tapi kenapa?
aku pun kurang pasti,
yang pasti aku dah sediakan satu drama hebat untuk beliau,
cuma belum pasti keberhasilannya,
semoga semuanya berjalan lancar esok,
walaupun aku tau,
aku bukanlah pelakon opera yang pakar membutakan mata penonton,

sukacita dimaklumkan bahawasanya aku dah sediakan hadiah hebat buat ayahanda dan bonda tercinta sempena hari ibu,hari bapa, dan hari jadi mereka yang bakal tiba tidak lama lagi. dek kerana tarikhnya berdekatan, aku menyediakan satu hadiah untuk dua hari penting,jimat sikit,hehe. mungkin itu hadiah buatan tangan aku yang pertama,

Friday, May 1, 2009

akhirnya menitis,

minggu lepas mata aku bengkak,
kenapa?
ada dua sebab,
pada hari yang sama dua musibah menimpa aku,
petang tu aku pijak spek senior aku,
dia sedih gila,
so aku pun turut sama bersedih,
sekarang aku sedar betapa kelam kabutnya seorang mas idayu,
macam yang selalu kawan aku katakan,
jadi,berita tak enak ni nakla aku khabarkan pada bonda tercinta,
dengan nada sedih aku dah bersedia nak membuka cerita di corong telefon,
itu pun setelah berjam aku menanti XXX bergayut dengan abang sayangnya,
ternyata nada mak aku lagi sayu dari aku,
aku tak jadi membuka cerita,
biarlah mak aku bercerita dulu,
rupanya sepupu aku meninggal dunia akibat kemalangan,
apa yang aku rasa masa tu?
terkaku aku kat situ,
entah kenapa aku boleh fikir mak aku hanya bergurau,
orang sekeliling dah ternganga semua,
maklumlah,itu airmata pertama aku sejak duduk sana,
aku dah agak,
mesti ada benda buruk berlaku masa aku pijak spek tu,
ternyata deria keenam aku sangat efektif,
dan esoknya aku bukan lagi mas idayu yang sebelum ini,
aku berubah untuk sehari,
di atas keprihatinan kawan kawan aku kembali menjadi aku,
cuma aku terkilan,
sebab aku tak dapat tunaikan janji aku nak kasi itu ini dekat dia cuti nanti,
apepun,aku pasrah,

adiknya dan dia



adiknya,aku dan dia


mimi,suf'an,safar(dia),hakim

Thursday, April 30, 2009

rungutan demi rungutan

weyh,penatlah hari ni,
boring aa naik KTM,
ramai manusia la,
semua bukan kaum penyabar,
masing masing nak hot je,
macam KTM tu abah dia punya,
mencarut tak tentu hala,
bukan reti nak hormat orang tua,
aku pulak yang rasa bersalah bagi pihak dia,
cis,macam dia je yang penat,
habis aku tak penatla,
berdiri dalam bas,dalam KTM lagi,
kesian aku tengok makcik kena tolak,
entah hilang mana tah budi bahasa diorang ni,
moral takde ke,
haih,aku harap aku dapat rehat cukup cukup cuti ni,
walaupun aku tau benda tu takkan jadi nyata,

Sunday, April 19, 2009

a journal?

aku memang rajin beli buku,
rajin beli tak bermakna rajin baca,
hari ni beli lagi,
pakcik aku ajak jalan klcc,
lepak kinokuniya lama lama seronok jugak,
dengki jugak mocha dengan nazz jumpa novel bernilai 1.50,
bukan senang nak dapat tu,
serius aku dengki,
kamus jepun tak semurah yang aku sangka,
komik jepun apetah lagi,
aku ingatkan standard harga komik malaysia je,
haih,barang import ni semua mahal mahal agaknya,
entah kenapa aku masuk kelas bahasa jepun,
banyak perabih duit,
kurang sikit duit untuk aku makan,
bengang sikit aku macam ni,
balik penat,
diorang ajak bergurau senda lagi,
peluang macam ni memang susah nak lepaskan,
bukan selalu aku balik rumah,
macam rumah ni destinasi persinggahan pulak,
alahai,lusa ada test lagi,
mana ada aku study lagi,
kerja sekolah tu ada la aku jeling sikitsikit,
entah bila mood aku nak datang,
2 setengah pagi dah ni,
nazz dah lentok benar,
mocha sibuk buat apetah dengan laptop dia tu,
better aku tido,
adios :)

Friday, April 17, 2009

mungkin muka aku macam musuh lama dia

aktiviti berbelog aku dah kurang terlaksana. aku cuma berbelog dalam journal je. wajib hantar journal setiap isnin. miss tan kata, "just write whatever you want to share with me. i'll keep it as a secret. and you can write about everything" noktah. kiranya aktiviti blogging aku masih aktif. bezanya aku berbelog dalam buku. semua karya dalam bukan-bahasa-bonda-aku melainkan bahasa-bonda-britneyspears. tukang komen pulak hanya satu. tapi, keseronokannya macam sama. i love you very strong la miss tan.

aku nak ulang balik kisah yang dah aku ceritakan pada miss tan. bagi aku saranan yang beliau kasi tu, kurang memuaskan. jadi, aku nak tau pendapat orang lain.

aku ternampak sorang perempuan budak form1. budak tu form1 ambilan kedua. pandangan awal aku mengatakan budak tu macam comel je. budak comel mestila kena berperangai comel kan. jadi, masa aku nampak dia dalam surau, aku memberikan senyuman lebar kepadanya. mestilah aku mengharapkan balasan yang serupa kan. sebaliknya berlaku bila budak tu pandang aku dengan pandangan menyampah lantas memandang arah lain. sememeh sangat ke senyuman aku ni?

lepas kejadian di surau tu, hampir setiap masa aku akan terserempak dengan budak tu. pada awalnya, setiap kali bertembung, aku senyum lebar lagi pada dia. malangnya lagi dia pandang aku atas bawah, dan blah macam tu je. sahabat aku menjadi saksi setiap adegan antara aku dan budak tersebut. tahap kesabaran aku ada batasnya. setelah patah hati menerima respon liar budak tu, aku pun melenyapkan senyuman 100% untuk dia dan hanya memberikan pandangan sinis. respon dia tetap jugak sama. sekarang ni timbul rasa menyampah bila aku tengok muka dia. rasa macam kasut aku nak melayang je kat muka dia. nasib baik keimanan aku masih tebal. lagipun sekolah aku mengamalkan sistem touch and go. berani sentuh budak, out lah aku dari sekolah tu. jadi, sampai ke hari ni aku tercari cari apa salah aku pada budak tu.

Sunday, March 22, 2009

hari ini hari ahad,rilek la

seumur hidup aku,rasanya tahun ni harijadi aku yang paling membosankan. entah kenapa, mood aku daripada kucing jinak, bertukar terus jadi harimau berantai. mungkin aku tension. kerja berlambak. tapi kenapa naluri malas tu masih melekat. bukanke budak asrama selalunya rajin. kenapa aku masih belum bertukar? alah,baru sebulan. boleh terima ke alasan tu. orang lain baru sehari duduk pun dah pandai berpura pura rajin. aku nak pura pura rajin pun tak mampu. apetah lagi betul betul rajin. mak aku berpesan, orang perempuan kena rajin. adakah kalau aku malas bermakna aku ingkar kata mak aku? kalau betul, alahai, bergunung gunung la dosa aku. tapi kalau dipandang dari sudut yang lain, benda yang aku malas nak buat, akhirnya aku kena buat jugak. bila keadaan mendesak, pandai pulak aku rajin. alahai, malas malas malas. pergilah kau!

Saturday, March 21, 2009

aku mengeluh lagi.

oh,sekarang geng aku terpaksa berpisah,
dua tahun,bukan lama mana pun,
cuti pun masih boleh jumpa jugak,
cuma aku risau bila masing2 sendiri,
nanti lain pulak ending cerita ni,
hai,fikiran jangan melayang jauh sangat,
mungkin ada hikmah,
cuma belum terserlah,

nazz anak jati kelantan,stay selangor.
aku sendiri anak jati selangor,stay nagori.
alia anak jati kl,stay penang.
tira,anak jati selangor jugak,stay perak.
addi,anak jati kelantan jugak,stay pahang.

kenapa mendadak gila perpisahan ni?

naluri keibuan?

aku nampak kanak-kanak
aku nampak bayi kecil
berlari,menangis,ketawa,senyum
semuanya buat hati aku sejuk
suci sungguh mereka
tanpa secalit dosa
buat aku tak keruan
hati kecil aku bertanya
ada ke kesempatan untuk aku
merasa nikmat mendukung anak kecil
cahaya mata aku sendiri?

apa naluri ni, aneh aneh je, aku kawen pun belum.

message for myself.

hey mas,happy birthday! ingat,kau dah enambelas.matanglah sikit.banyakkan amal baik,jauhi yang tak baik.sekarang masa untuk belajar.so,belajarlah selagi kau mampu.jangan esok lusa kau sendiri menyesal.

huh,kalau aku sampaikan mesej ni kat anak aku kelak,sure dia tertidur.membosankan gila.

Saturday, March 14, 2009

apa konklusinya?

pagi tadi aku rajinkan diri pergi sekolah lama. aku tengok sementas tak banyak beza. adela sikit sikit perubahan. artikel dekat dinding makin bertambah. bersepah sepah tampalannya. nampaknya tak ada perubahan dari segi infrastruktur. kerusi yang dah jahanam tu masih setia di tempatnya. mungkin itu yang terbaik. kalau cikgu tukar baru, lagi makan kos. tak sampai dua hari setengah, konfem jahanam balik. ya,pelajar sementas memang berkaliber dari segala segi. itu kata cikgu sendiri. akademik boleh, sukan boleh, bantai orang boleh, mengaji boleh, ah, serba bolehlah. tapi, berbaloi ke semua kebolehan tu bila digabungkan?

seronok jumpa geng geng lama. diorang sibuk dengan folio kerjaya. malangnya aku sempat jumpa dua cikgu je. kenapa la ayahanda tak datang sekolah? tak tahu ke dia anakanda dia datang nak bertemu. aduhai. apepun, menyesal aku bagitau cikgu norimah aku wakil sekolah untuk folio kerjaya jugak. kerjaya FBI aku untuk menyiasat apa yang patut tamat sebelum ia bermula. cikgu, janganla kedekut ilmu. bukan ke ilmu tu untuk dikongsi? saya kan bekas student cikgu jugak. huh, malangnya aku hanya mampu menjerit dalam hati je.

kejap lagi satu perjalanan jauh bakal aku tempuh lagi. adoi, time aku banyak kerja la diorang nak menikah. kalau tak babitkan aku takpela. ni sibuk nak aku datang jugak. bukannya aku yang kawen pun. bukannya aku saksi. bukannya aku wali. bukannya aku tok kadi. aku cuma jadi penonton je. huh, langsung tak best. bak kata mak, 'nak tak nak,ikut je'. ape boleh buat, u're the boss, mak.

Friday, March 13, 2009

saya masih normal

aku kembali ke rumah akhirnya
aku sedar ungkapan 'rumahku syurgaku' ternyata benar
tiada yang sebaik rumah sendiri
terutamanya perihal makan
rumah akulah gedung makan terhebat
tiada tandingannya lagi di mata aku

kenalan aku semakin ramai
mereka seakan suka berkawan dengan aku
yang seakan kurang berpuas hati pun tak kurang ramainya
tapi aku tak layak menilai pandangan orang
aku tahu mereka nak berkawan dengan aku
cuma mungkin mereka malu,hmm

baru sebulan aku di sana
dah ada usikan kurang enak para sahabat
kononnya aku dengan mamat tu,aku dengan laki ni,
haisy,ternyata mereka belum kenal aku sepenuhnya
langsung tak boleh diterima akal
aku nak bercakap dengan lelaki pun macam ada emas dalam mulut
apetah lagi nak mesra
lagi susah dari jawab exam

esok aku balik rumah nenek aku pulak
kelantan,tunggu kehadiran aku
ada orang mau menikah
buat kali kedua dalam hidupnya
haila,bila pulak giliran aku?
sepuluh tahun lagi?
dua puluh tahun lagi?
entah

Sunday, February 22, 2009

siapa mahu jadi PA ku?

terlajak tidur,
kenapa?
tidur lewat,
kenapa?
main game,
belajar tak?
belum lagi,
exam bila?
esok,
nak gerak bila?
lepas zohor,
sekarang buat apa?
buang masa,
pergilah belajar!
malas,
beg dah kemas belum?
belum jugak,
dah makan belum?
belum,
mandi?
pun belum,
sekarang jam berapa?
9.30pagi
pergi buat semua kerja,tinggalkan benda alah ni!
baiklah,
cakap apa?
saya pergi dulu,

Saturday, February 21, 2009

jangan kacau mereka yang bukan milik kau.

mereka di sini,aku di sana
senang senang mereka kau sakiti
aku di sana tahu segala agenda di sini
bukan kerana kuasa saikik
bukan kerana deria keenam
hanya keajaiban teknologi
yang mengatasi segalanya

pendek kata,
sekali mereka kau sakiti
janganlah kau harapkan pelangi indah selamanya
semua itu takkan pernah muncul bagi kau
walaupun dalam mimpi
sekarang kau seronok bergelak ketawa
mungkin gembira dengan kejayaan sementara
esok lusa kau rasa akibatnya
menyakiti mereka yang aku punya

bukan dendam yang aku coretkan
hanya balasan yang tak terpendam
kerana sayang yang melampaui batasan
itulah penghalang segala tentangan

jangan kau anggap mereka lemah
hanya kerana saiz kau yang ketara
sesungguhnya yang kecil itu lebih licik
jangan kau tak tau
satu hari nanti semudahnya kau dipijak mereka

ingatlah,selagi mereka milik aku
jangan kau berani sakiti mereka
jangan kau ambil kesempatan
hanya kerana aku jauh dari mereka
hakikatnya,kita tak sejauh mana

Friday, February 20, 2009

masih normal.

pertama kali masuk sekolah asrama.
tempat yang asing,bersama manusia2 yang asing,dengan suasana yang asing.
aku kalut di tengah tengah golongan genius.

mungkin paling selekeh di antara mereka.
mungkin paling kurang bertatasusila,kurang sopan santun,
sebaliknya paling banyak tersengih,tergelak,terjatuh,terlanggar anak orang,tertidur dalam kelas,dan macam macam ter lagi.
tapi rasa hormat,senyum manis,tolong orang,semua tu ada :) cukup bukan.

aku kan terlalu obseskan sesuatu yang 'mengenyangkan' dan 'percuma'.
mungkin aku patut tukar 'mengenyangkan' kepada 'menyelerakan'.
makanan sini memang memenuhi kriteria 'mengenyangkan' tapi langsung tak 'menyelerakan'.
semuanya macam indah rupa dari rasa.nampak sedap tapi hakikatnya tak.
nak bawak garam kicap semua,karang terasa pulak makcik DM tu.

walaupun golongan di sini bertatasusila dan sebagainya,
mereka kurang pandai menjaga hati manusia lain.
itu pendapat aku sendiri.
tapi,aku tak kisah pun semua tu.
aku kan wanita besi.
small matter lah.

aku masih normal setelah dua minggu berada di sana.
semoga aku masih normal dua tahun kemudian :)

p/s - bila ada yang senyum pada kau,baik kau senyum balik supaya kau tak dianggap sombong.itu yang terdetik di hati aku bila orang tak senyum dekat aku balik.

Saturday, February 7, 2009

menara jagung.

last day dengan geng sekolah rendah arini di klcc.di kinokuniya,aku diganggu seorang lelaki.pak arab kott.sangat menakutkan.mulamula dia tegur,'hey,malaysian?' aku yang taknak digelar warga yang sombong menyahutla ya.lepas tu dia mula merepek hal bukanbukan dan hati aku kuat mengatakan yang aku perlu lari dari situ.tibatiba haza melintas.aku heret dia,aku cerita kat dia.lelaki tu ikut aku.aku pegi hujung mana pun,dia ikut je.menakutkan.sekarang dah takde sebab untuk aku terus berada dalam tempat tu.aku berlari keluar.nasib baik dia tak kejar aku sampai rumah.apepun,selain daripada hal pak arab tu,segalanya berjalan lancar harini.

*p/s - batu caves jam gila woo.berjam jam aku dalam perjalanan.siot je.

Friday, February 6, 2009

goodbye sementas :(

pagi tadi aku kabut setelkan benda yang tertangguh untuk urusan pindah sekolah.alhamdulillah,semua setel.seronok bergamba dengan ayahanda.beliau semakin sporting.haha.macam yang aku dah agak sejak awal,sekolah aku bakal banjir dengan airmata.semua pakat nangis nangis.16 orang keluar dari sementas.aku salah satunya.terharu jugak aku tengok diorang bersungguh nangis.paling teruk,aku bukan setakat menangis,malah termuntah.entah kenapa.pelik betul aku.bila sedih nak muntah,bila gabra nak muntah,bila takut nak muntah,semuanya nak muntah.tak tau la kalau aku mengandung nanti cemana.

aku rasa otak aku masih boleh mengingati sesuatu hal yang aku anggap penting.jadi,kenapa diorang pikir yang aku akan lupakan diorang? sedangkan nyamuk gigit aku pun aku ingat.apetah lagi diorang.haih,aku terpaksa stopkan entri ni di sini sebelum bilik aku pulak yang banjir.

*p/s - malas aku nak tayang gamba.semua mata bengkak.malu.

Thursday, February 5, 2009

ah,kau karanglah title sendiri.

aku tak senang duduk masa jamuan pengawas di syakey's tadi.risau diorang tunggu lama.berpuluh kali aku tengok jam.tibatiba ada kejutan.trimas.tak sangka dapat penghargaan sempena kitorang nak melangkah keluar sekolah.sekali lagi trimas.aku appreciate muffin*bapak aku yang kebas dan saputangan yang ada nama aku tu.

berjanggut aku tunggu majlis tamat.alhamdulillah,aku berjaya larikan diri sebelum majlis secara rasminya berpenutup.menderita perut diorang tunggu aku.plan pergi melalak dibatalkan.cis,penat aku berlatih habis-habisan.tapi bagus jugak.nak sopping lagi.karang balik lambat puan seri kat rumah aku bising.hari ni tahap keborosan aku naik dengan mendadak.entah apa benda yang aku beli.terpaksa sorok dari pengetahuan puan seri.tali jam aku bertukar lagi.aku dah pakai jam yang sama untuk empat tahun.sayang gila jam tu.bukan sebab ia hadiah harijadi aku masa darjah enam,tapi sebab susah bapak aku nak keluarkan duit beliau untuk the only anak dara beliau ni.

hari ni berakhir dengan penat yang melampau.aku perlukan tidur yang cukup.esok sekolah.lusa cuti.tulat pun cuti.selepas tulat pun cuti.selepas tulat punya tulat aku dah bertukar sekolah.heh? cepatnya masa berlalu.pejam celik pejam celik nanti tah tah aku dah kawin.siapa tau.

baru aku tahu

baru aku tahu pelajaran sejarah dah sampai tamadun indus.aku ingat masih mesopotamia.ternyata aku kuat bermimpi masa sejarah.

baru aku tahu pawagam tu akronim bagi panggung wayang gambar,tadika singkatan bagi taman didikan kanakkanak,dan kugiran tu singkatan bagi kumpulan gitar rancak.

baru aku tahu banyak step yang perlu aku ambil hanya untuk tengok sel epidermis bawang.aku ingat beliakkan mata terus nampak.

baru aku tahu yang aku mampu membebel tentang chemistry walaupun aku sendiri tak paham apa yang aku bebelkan.

baru aku tahu cikgu cikgi juga pandai tachink tachink.terutamanya masa tengok telenovela.kan cikgu kan?

baru aku tahu kawan kawan aku ternyata sayang melampau lampau terhadap aku.bukan aku perasan.diorang yang mengaku.

baru aku tahu yang aku selalu tertidur masa depan laptop.terutamanya masa aku taip sesuatu.

baru aku tahu yang aku siap boleh mimpi walaupun aku hanya tertidur beberapa saat.

baru aku tahu segala benda yang baru aku tahu ni aku tak berapa sedar dulu.sekarang,baru aku tahu.

baru aku tahu yang aku dah matang sikit,haha :)

Monday, February 2, 2009

pagi tadi.

hari ni cuti.bukan pasal hari wilayah.pasal semalam sukan.terimakasih cikgu.pagi pagi lagi aku bersemangat nak pergi main basketball dengan mereka.konon nak buat lagak hanamichi.tapi dah macam apetah aku main.slow jog naik empangan seronok jugak.sampai atas lagi seronok.tapi empangan dah tak secantik dulu.sayangnya.pulangkan empangan aku yang dulu!

zul;mira;nazz;tira;mas
[berehat sebentar,penatlah naik bukit!]

sebelum aku terlupa, SELAMAT HARI JADI HAZA! kau dah tua.haha.

rakusnya oh ulat.

aku memandang bumi seperti tembikai yang bulat.dan manusia pulak seperti ulat ulat yang menghuni tembikai itu.merasai segala nikmat tembikai,dan akhirnya menghancurkan segala keindahan tembikai itu.segala isi tembikai dinikmati dengan rakusnya,yang tinggal hanyalah tembikai yang sudah tidak elok seperti dulu.samalah macam manusia.menikmati hasil bumi dengan rakus,seterusnya seolah olah menghancurkan bumi itu sendiri.sama bukan.mungkin ini hanya imaginasi aku.tapi mungkin jugak ia realiti.

sebenarnya sekarang aku lapar.teringin pulak nak makan tembikai.

Sunday, February 1, 2009

lelah aku macam ni.

sukan tahunan sekolah aku bernoktah hari ni.lokasi tiap2 tahun sama,tak pernah berubah.stadium mps,dah jemu aku pergi.hari ni ingatkan aku hanya bersenanag lenang kat sana sebab aku hanya jadi simpanan untuk pandu puteri*ramai tak sangka aku ahli girl guide,kenapa ya? ganas sangatkah aku?.tibatiba aku dapat berita sorang tak dapat masuk sebab dia masuk acara terakhir.cis.tersia sia jugak peluh dan tenaga aku hari ni.

tahun ni macam segalanya menarik bagi aku si ahli pandu puteri dan rumah kuning.aku patutnya pulang dengan seronok.pandu puteri yang tak pernah dapat tempat di mps,dapat nombor empat dalam perbarisan.dan rumah kuning yang tahun lepas menduduki tempat terakhir,menjadi johan keseluruhan tahun ni.tapi,macam biasalah,aku hanya menunjukkan reaksi kosong.macam orang takde perasaan.tahniah buat krs.kau orang memang sentiasa aku tabik.tapi aku taknak sertai kau orang.sebab aku hanya akan menghancurkan kegemilangan kau orang.

teramat sangat penat hari ni.sampai ajakan bapak dan abang aku nak pergi mana tah,aku tolak mentah mentah.mungkin mereka balik lewat ini malam.aduh,baru aku sedar yang aku sorang je kat rumah.seram sikitsikit la.bukan seramkan hantu jembalang ke apa,cuma seramkan manusia bertopengkan syaitan.haisy,cepat la balik,,


Saturday, January 31, 2009

akulah bibik.

macam bulan bulan lepas jugak,bulan ni mak aku balik kampung lagi.tiga hari ini bukanlah seronok bagi aku.menjadi penjaga rasmi dua jejaka itu lagi.terutamanya oh bapakku yang tak suka makan di luar.oh,abangku juga dua kali lima.suka arah itu dan ini.tadi aku sampai rumah.dia yang on da way pak munawe nak ke manapun aku taktau,sukahati suruh aku siram pokok sedangkan dia tahu banyak lagi kerja aku nak buat.dalam penat tu aku bercotcetpotpet dengan dia kejap.apekah yang dia buat sehari suntuk kat rumah agaknya? takkan menonton astro ceria sampai bejamjam? ataupun siaran tamil yang paling dia gemari tu? mungkin jugak hanyut di alam mimpi siang.sejak habis sekolah,perangai malas dia menjadi jadi.

ini saja hari ini.aku nak pergi masak.kejap lagi bapak aku balik mintak makan.adios.

Friday, January 30, 2009

awan muntah lebat

semalam hujan lebat.seronok gila mandi hujan lepas kawad.sekolah aku banjir lagi.itu perkara biasa kott.mujur aku tak bawak beg.satu badan dah basah.berdoa aku agar pakcik bas rapid menerima aku dengan hati terbuka.ternyata beliau baikhati.terimakasih pakcik.jasamu kukenang walaupun seringgit aku tetap melayang.

perut aku dah lama berkeroncong.akibat tak lunch tengahari tu.balik rumah terus makan.lepas makan mandi hujan bersambung.seronok kali kedua.terimakasih mak kerana memahami anak daramu yang berjiwa muda ni.ternyata aku memang belum matang.

hari ini tidak sekolah.banyak sebabnya.badan kurang sihat akibat mandi hujan melebihi had.kalau pergi pun,dapat penat.hanya kawad satu hari.belajar tidak.tiada motif untuk pergi menempah penat.langsung tak seronok.terimakasih lagi sekali mak kerana menghalang anak daramu pergi sekolah.tidur lagi bagus kan mak.

Wednesday, January 28, 2009

hilang seronok.

aku baru dapat berita henset nazz dicuri masa dia sibuk kawad.siot je.kurang ajar gila.kalau orang luar curi boleh terima lagi,masalahnya yang curi tu mungkin budak pbsm sendiri yang seangkatan dengan nazz.sebab hanya budak pbsm je yang duduk dalam bilik rawatan tu.kalau aku dapat la pencuri tu,aku cuah budu campur durian.itu kira berhati perut lagi.kalau bapak aku jadi bapak si pencuri tu,memang hangus dia kena ikat kat tiang elektrik.haisy,seram sejuk dulu aku dengar amaran bapak aku agar anak beliau tak panjang tangan.

diorang senang senang je ambik hak orang.dia ingat sekali mintak,terus kitorang dapat kot barang barang ni.macam aku,nak dapat sesuatu,banyak cabaran mendatang.beratus kali menitik airmata pun,mak aku bukan kisah.bila tergerak hati beliau,baru aku dapat.macam nazz,bukan senang dia nak dapat.lagilagi masa dia dapat tu bonda dia buat surprise.mesti kesan mendalam gila.geram gila aku kat si penyangak tu.mau aku sekeh sampai botak tujuh keturunan.

memang sakit hati dapat pengalaman barang dicuri.dulu pernah sekali.aku kumpul duit punya la seronok nak beli apetah kan.sekelip mata je hilang bila anak kawan mak aku datang.dia dah ambik duit aku,suruh pulak aku beli magazine guna duit tu.aku kenal la duit aku wahai kakak kurang manis.tapi sebab hati aku yang lembut ni,aku halalkan aje.anggap la dia sangat memerlukan.tapi lepas tu,aku gila berjaga jaga bila dia datang.takkan aku nak biarkan pisang berbuah dua tiga kali kan.pendek kata,jangan tidur dalam perut orang.binasa badan.lagi lagi perut orang yang berhati busuk.

pipi merah.

aku baru balik dari klinik buat xray.entah ape jadah tah,nak masuk sekolah asrama pun kena buat medical checkup.menghabiskan duit bapak aku je.beli makanan kan lagi mengenyangkan.tapi seram gila duh tadi.doktor tu suruh aku aku bukak tudung,baju, b*a*opps.lepas tu pakai baju apebenda tah.tersipu sipu la jugak aku.memang la dia tak tengok adegan salin baju aku.tapi,eeee.dah la berdua je dalam bilik tu.otak aku yang kadang kadang kurang senonoh ni mula la berfikiran hijau*biru padehal.haha.

kuku aku macam biasa la kalau cuak.pucat lesi macam orang mati.tangan aku apatah lagi.macam dekat alaska dah ni.gigi aku mula la menggigit bibir yang tak bersalah.mata aku,meliar je mengalahkan orang nak menikah.haha.

lega aku bila dah selesai xray tu.cepatcepat aku tuka baju.lepas tu doktor sorang lagi ni suruh masuk bilik dia.macam macam dia tanya.yang pasti, 10% je berkaitan kesihatan.selebihnya,sejarah hidup aku pulak yang dia korek.aku ni dah la kaum pemalu.tersengih sengih je la.suara tibatiba jadi merdu semacam je.haisy.macam la aku ni nak interview jadi doktor kat situ.entah apa benda hasil yang dia dapat borak borak dengan aku.tiba tiba dah habis.nasib baik dia tak suruh aku duduk sampai esok.

*p/s - abang aku dasat uh.dia suruh aku framekan gambar tulang aku tuh tampal dalam bilik.tau la tulang aku cantik kan.tapi takkan la sampai nak tayang tayang.

Sunday, January 25, 2009

hari ini.

setelah menulis post ni dengan panjang lebar,akhirnya aku padam semua sekali.ini ringkasan ceritanya.hari ni aku ditugaskan jadi jurukamera.pakcik aku baru menikah.ajak bini dia pusing kl.datang jauh dari kelantan.aku setuju dengan tugasan.penat tapi seronok.pakcik aku romantik gila.cemburu aku dengan bini dia.pakcik aku dah dimiliki.apepun aku tau,dia dan bininya sayang sangat sangat kat aku.kan poklang? :)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

*p/s - takde gamba mereka yang boleh aku kongsi.pakcik makcik aku posing gila hot.bahaya untuk disebarkan kepada umum.haha.

Friday, January 23, 2009

coretan hari jumaat.

bangun lewat pagi tadi.
first time untuk taun ni masa hari sekolah.
mujur harini sukan je.
horey,tak payah gosok baju sekolah.
seterika ternyata nak jugak aku pegang dia.
tudung aku pulak kedut.ciss.
terasa malas nak naik bas.
jimat duit kalau pegi dengan bapak je.
arah kami sehaluan.
lampu hijau diberi.
hati kecil bersorak riang.

warga sementas ternyata pemalas.
pasif melebih lebih.
kalau hal sukan je,yang datang hanya sekerat.
sekerat lagi syok bermimpi kat rumah.
aku bangga jadik salah satu yang hadir.
cikgu shukri ucap tahniah kat kitorang.
ayahanda nampak bersemangat.
malangnya beliau pakai baju merah.
apeni? kata semangat kuning.
papehal,tabik springlah sama ayahanda.
sama macam kes taun lepas,
lompat jauh aku batal lagi.
cilakak punya line kuning.
besarkah kaki aku sampai memijak lebih line itu?
yang lain semua pas.
tiga mata pun jadilah.

hati perempuan aku tersentuh lagi.
mungkin aku kurang memahami.
tiga tahun berkawan.
kenapa aku masih tak memahami kawan aku?
pelikkkan.tapi itulah kebenaran.
ini bukan kenangan yang aku harapkan.
mungkin mereka tak faham.
elok rasanya aku pergi.
mungkin mereka akan lebih bahagia.
apepun,terimakasih kawan.
aku sayang koranglah.

kes tidur siang berlaku lagi.
bukan sengaja cuma terlena.
mak aku tak salahkan aku.
beliau tahu aku sudah berhabis peluh bersukan.
tidur pun,mimpi tak seindah mana.
panas sangat cuaca.
dapat peluh lagi sebaldi.

hari ini hari jumaat.sekian aku membebel.

Thursday, January 22, 2009

persoalkan lagu?

setelah menjenguk blog ruangkosong, aku jadi teringin nak post tag seperti dia.kerana aku terlalu teringin,maka inilah hasilnya.

RULES : -
1. Put your iTunes, Windows Media Player, Realplayer etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song name down NO MATTER HOW SILLY it sounds.
4. Put any comments in brackets after the song name.
5. For best result,put in various song from various singer at least 50 songs.

1. If someone says, "Will you marry me... you say?
permintaan hati - letto

2. How would you describe yourself?
viva forever - spice girls

3. What do you like in a girl / boy?
follow me - uncle kracker

4. How do you feel today?
too little too late - jojo

5. What is your life's purpose?
seribu tahun - imran ajmain

6. What is your motto?
dikala bermain biola - hujan

7. What do your friends think of you?
la la la kerjalah - meet uncle hussein

8. What do you think of your parents?
wall to wall - chris brown

9. What do you think about very often?
sisa - nitrus

10. What is some good advice for me?
tattoo - jordin sparks

11. What do you think of your best friend?
i have a dream - westlife

12. What do you think of the person you like?
hold on - jonas brothers

13. What is your life story?
tak bisa memilihmu - 6isxth sense

14. What do you want to be when you grow up?
i used to love you - john legend ft kanye west

15. What do you think of when you see the person you like?
cinta dalam hati - ungu

16. What will you dance to at your wedding?
demi waktu - ungu

17. What will they play at your funeral?
i write sins not tragedies - panic at the disco

18. What is your hobby/interest
kau yang punya - najwa ft malique

19. What is your biggest fear?
4 minutes to save the world - madonna ft justin timberlake

20. What is your biggest secret?
10:04 - one buck short

21. What do you think of your friends?
u and i both - jason mraz

22. What did you do last night?
7 things - miley cyrus

23. How would you describe your mom?
happy ending - avril lavigne

24. What do people assume when they first look at me?
that's not my name - the ting tings

25. Will I have a happy life?
i'm with you - avril lavigne

tamat sudah.sesiapa yang teringin melakukan eksperimen ini juga,secara automatik anda tertag.

Wednesday, January 21, 2009

ini hanya sebuah tag.hobi melampau

tag menjelma lagi.kali ini dari syakirah :) *payah duh.kene taip balik.

hobi hobi atau tabiat yang melampau dan sebabnya

rules:
1. anda tidak boleh meng'tag' orang yang tag anda.
2. sila jawab dengan sejujurnya,dan no repeat answer dan tak boleh copy org len punya jawapan
3. dan sila tag sebanyak tiga orang yg anda ske dan letak di end of reason number 5.


gelak almost everytime - kadangkadang sebab terpecah dengan jenaka sendiri.kadangkadang gelak for no reason.sedikit melampau.

makan - aku boleh makan sepinggan nasik lagi jika ada lauk feveret aku walaupun baru sahaja memenuhkan isi perut.selalunya susah untuk aku tolak yang namanya makanan.

tidur dalam kelas - ia bukanlah satu hobi yang baik.tapi aku dapati ia berlaku hampir setiap hari.

betulkan tudung - entah kenapa tudung sekolah aku selalu messy.selekeh bebenor.ramai yang menegur,jadi aku ambik iktibar.setiap masa betulkan tudung.

goyang kaki - di manapun aku berada,kaki aku tau nak goyang je.ia tak reti menjadi normal saja.

cik wany;adeq;cik azyan - anda ditag.sekian.

Tuesday, January 20, 2009

back to the future?

bicycle Pictures, Images and Photos


6.45 pagi tadi sama jugak macam 6.45 pagi sebelum ni.lampu jalan masih belum ditutup tapi kenderaan dah semakin bertambah di jalan raya.destinasi mereka mungkin tak serupa tapi tujuan sama.ada yang hantar anak ke sekolah,ada yang ke pejabat, dan mungkin ada jugak yang sekadar menghabiskan minyak kereta*adekah?.aktiviti aku pagi tu jugak masih sama.menunggu mana mana bas yang datang dulu untuk aku ke sekolah.memerhati gelagat manusia.memandang langit yang gelap,indah sangat.

tapi pagi ni sedikit berbeza.aku terlihat perkara yang aku rasa cukup istimewa.seorang budak perempuan,pelajar sekolah rendah*sekolah aku dulu mengayuh basikal dengan sepenuh tenaga kecilnya dengan membonceng adiknya di belakang.dan aku dapat rasakan yang perbuatannya tu teramat sangat ikhlas.di bibirnya hanya ada senyuman.langsung tak nampak terpaksa atau menyusahkan.tak sampai berapa minit lepas tu,lalu seorang ibu mengayuh basikal juga membonceng anaknya yang bersekolah tadika*tadika aku dulu jugak.adegan ni buat aku teringat cerita shinchan pulak.tiba tiba aku rasa macam balik ke masa dulu je.ramai pulak yang menunggang basikal.ada jugak sorang pakcik berumur 40-an menunggang basikal tua dengan pakaian pejabat.terpegun la jugak aku dibuatnya.bagus tindakan mereka.jimat petrol jimat duit.

aku teringat kisah duludulu.aku pernah dihantar ke tadika naik lori masa aku tertinggal bas.seronok betul aku masa tu walaupun bapak aku hanya bawak lori.kalau budak lain mungkin malu kott.bapak aku jugak pernah hantar aku ke sekolah rendah naik kereta yang ibarat hidup segan mati tak mahu.pun aku masih begitu teruja.kononnya kereta tu antik.mungkin hidup aku dulu tak sesenang sekarang.tapi aku cukup bersyukur.dan sekarang aku jadi teringin nak pergi sekolah naik basikal.kan itu satu senaman.paling penting,jimat seringgit aku :))

Sunday, January 18, 2009

tag menjelma lagi

ditag lagi oleh cikwany.tag kali ni menarik.aku tutup mata dan pilih gamba secara rambang.sebab aku taktau nak pilih yang mana.ini hasilnya :)

1. Take a recent CUTE photo of yourself.
2. Don't change anything, edit or whatever.
3. Post that photo.
4. Post this instructions with the photo.
5. Tag 10 people to do this;

-nicole
-adeq
-moira
-azyaan
-sya
-shahirah
-caer
-syakey
-si kura
-kamulah


Saturday, January 17, 2009

berlari lari anak

sebenarnya apa erti merentas desa ya? perlu ke berlumba di desa? takkah itu merbahaya? aku rasa cukupla sekadar berlari lari anak secara normal dan bukan berlari seolah olah kau berada di trek larian.macam tu apa maknanya larian kau? semata mata nak mengejar kemenangan dan melupakan tujuan sebenar acara ni diadakan.dapat ke kau amati kawasan perumahan dengan seluruhnya kalau kau asyik memecut je.lagi lagi kalau sampai melupakan terus semangat perpaduan dek kerana pentingkan diri sendiri.sampai makcik sebelah rumah jerit panggil dia pun boleh buat dek je.ape jadahnya tu.

aktiviti aku sepanjang merentas desa;
1. menyanyi dengan kuat lagu penambah semangat.tanpa iringan muzik ya.
2. menegur makcik yang sedang menyapu sampah.tapi tidak dilayan.sungguh kesal.
3. mengejar si rerama.juga tidak dilayan.
4. memimpin sahabat yang memerlukan tenaga extra.
5. 10% berlari lari anak dan 90% berjalan sepanjang acara.
6. memberi senyuman manis kepada makcik makcik yang aku kenal.
7. memuji rumah rumah yang ada.
8. berborak melebihi had.inilah masa terbaik.cikgu tak marah.
9. termengah mengah walaupun kurang berlari.
10. sepanjang larian aku memikirkan air sejukk.

tahun ini paling best.dan paling memenatkan.dan macam yang dah aku sangka,tak dapat nombor pun.haha :)

Friday, January 16, 2009

kekesalan yang melampau

seringgit boleh beli nasi lemak.
seringgit boleh beli laksa.
seringgit boleh beli keropok dua bungkus.
seringgit boleh beli roti coklat satu dengan berbaki tigapuluhsen.
seringgit boleh beli aiskrim coklat.
seringgit boleh beli nugget ayam.
seringgit boleh beli kentang.
seringgit boleh beli air kotak.
seringgit boleh beli bebola ketam.
ah,pendek kata macam macam makanan kat sekolah boleh aku beli dengan seringgit.tapi hari ni aku dah bazirkan sekeping not seringgit untuk perkara yang teramat sangat merugikan.dan aku teramat sangat menyesal sampailah sekarang.ini semua akibat diri aku sendiri yang menjadi semakin pelupa dari hari ke hari.

pagi pagi aku pergi sekolah naik rapidkl.bermakna aku akan balik dengan bas rapidkl juga dengan tiket yang sama.tapi masa balik tu,aku telah terlupa bahawasanya dalam dompet aku dah ada tiket rapidkl.jadi aku membayar tambang sekali lagi dengan harga seringgit.setelah bas mula memasuki kawasan rumah aku,barulah benak aku ni teringat tentang tu.sungguh mengecewakan.saat tu yang aku bayangkan hanyalah makanan di sekolah yang boleh aku nikmati dengan seringgit tersebut.aku sangat kecewa sebab aku telah rugi seringgit dan ia bukanlah untuk keenakan rasa makanan tetapi untuk menambah akaun syarikat bas rapidkl.aku menyesal :(

Wednesday, January 14, 2009

drama tak sehebat kartun

pertama kali aku menonton renjis 2 hari ini.episodnya bernoktah di sini.tak perlu memanaskan punggung berabad lamanya menonton penuh asyik.cukup sekadar peleraian ceritanya.entah apa permulaan,perkembangan,klimaks, mahupun konfliknya.tak kisah la sebab bagi aku keseronokan sesebuah cerita terletak pada peleraiannya.hebat peleraian maka kebaboom la cerita tu.macam yang biasa aku tengok,konflik bagai nak rak, peleraian macam haktuih! menghabiskan airmata dan peluhpeluh masin aku je kemaruk menonton.dan paling menyakitkan bila mak aku mula membebel kerana keasyikannya menonton selama ni berakhir dengan frust menonggeng sebab ending langsung tak masuk akal.wahai pengarah drama bersiri sekalian,janganlah kau terus menyeksa perasaan kaum wanita seperti mak aku tu.sesungguhnya,kami kaum yang kurang perkasa.lemahlembut tu sentiasa ada*adekah? sebab itu aku lebih gemar layan digimon,slam dunk,detective conan,doraemon,shin chan dan seangkatan dengannya.cerita seperti ni lebih memahami kehendak sanubari aku yang sentiasa memerlukan kepuasan drastik*bukan dari individu.

*p/s - kadangkadang layan cerita tamil best woo.abang aku yang ajar aku.bila kau bosan kan,kau bukak cerita/berita tamil, mute, pastu ko buat dialog sendiri.kalau orang dalam rumah kau mampu gelak,maka misi kau berjaya.kalau tak,cuba lagi taun depan.haha.

Monday, January 12, 2009

i lap you :)



amaran: jangan melakukan aksi ni di hadapan awek kau.beri perhatian pada liriknya :)

Sunday, January 11, 2009

bukan merungut tapi meluahkan

status - menjaga 1 rumah dan 2 jejaka selama 3 hari

kadang kadang aku macam nak protes.tiap tiap bulan mesti mak aku kena balik kampung.mungkin aku takkan runsing kalau rumah aku dilengkapi tukang masak, tukang cuci baju, tukang sapu, tukang kemas rumah, tukang siram pokok dan sebagainya.hakikatnya,satu pun takde.yang ada hanyalah tukang mintak makan,tukang campak baju sukahati,tukang arah orang sanasini dan seangkatan dengannya*sori bro,aku mengumpat kau.

jadi,tugas segala tukang tu terletak 200% atas bahu aku seorang.selama ni takpela,aku berganding bahu dengan mak aku.takkan nak harapkan bapak aku dan anak terunanya buat keje pulak.redha je la aku sebagai anak dara dalam rumah ni.

pagi tadi abang aku gerak aku bangun semata mata suruh aku masak nasik goreng*dia peminat setia nasik goreng buatan aku.dengan malasnya aku buat la jugak.bapak aku pun turut sama menikmati masakan aku.katanya sedap.terbangga sekejap aku masa tu.tak sia sia aku berkursus dengan mak aku.sekarang ni banyak la jugak makanan yang aku mampu masak.yela,takkan pagi petang siang malam nak makan nasik bungkus kalau mak aku balik kampung kan.

hoover Pictures, Images and Photos cook Pictures, Images and Photos Washing Dishes Pictures, Images and Photos

status esok - rumah-sekolah-anak-pelajar-bibik-muslim-puasa

Friday, January 9, 2009

impian tercapai :)

hari ini di sekolah; sambutan pelajar cemerlang pmr 2008 buat aku teruja.bunga plastik tahapehape yang aku idamkan*buruk taste aku, teddy comell yang aku dapat.wah,berbaloi aku tunggu sampai berabad lamanya*ini tipu.dengan segan silu aku ke depan terima hadiah.stupidlah aku.bukan aku dapat hadiah sempena buat dosa pun.aduh,cikgu pulak suruh duduk lama lama kat depan.pastu pulak sesi begamba.dah la aku tak reti cover cun.kabut semacam je.kan dah tak jadi cikgu *tutt nak buat menantu.haha. kalau ada yang minat aku diamdiam terus aku terkeluar senarai.haha.gila punya imaginasi.stupid betul.

actually teddy yang aku dapat tu taklah seberapa pun.aku rasa aku lebih appreciate 3 bijik limau mandarin yang jadi hadiah selingan tu.suka betul benda yang boleh kenyangkan perut ni.bahagia je.haha.lagi lagi limau tu sumbangan ayahanda.thanx ayahanda.3 arif love u.

*p/s - sabtu ahad ni,psp milik aku,thanx bapak!*akhirnya aku akan dapat psp.tu pun dengan susah payah.orang lain senang je dapat.mungkin cara aku lebih berkat.amin


Thursday, January 8, 2009

kisah sibajubiru dan budakcina

si baju biru mendekati satu group student cina junior dengan rambut straight tapi masih serabai.pada waktu itu semua pelajar petang dah berpusu pusu ke kelas masing masing.

sibajubiru: ni form brapa?
budakcina: saya form 4 maaaa.(menipu dengan yakinnya)
sibajubiru: nonononono, i don't think so. (agak menggedik bunyinya)
budakcina:(mengulangi perbuatan si bajubiru)
sibajubiru:(entah kenapa tibatiba menari nari tanpa sebab munasabah di hadapan budakcina)
budakcina:(berlalu pergi.mungkin kerana memikirkan sibajubiru kurang waras)

selepas adegan tersebut berakhir, semua pelajar di kawasan berdekatan memecahkan tawa mereka.saat itu barulah sibajubiru sedar bahawa dia telah memalukan dirinya sendiri.namun,beliau masih berbangga kerana skill tersebut telah berjaya menghalau budakcina masuk ke kelas mereka.

*p/s - ini adalah kisah benar yang tidak langsung ditokok tambah.berlaku kepada sibajubiru yakni aku sendiri.sekarang kau tahu betapa taktau malunya si pemalu ni.

Wednesday, January 7, 2009

hari ini di sekolah

macam biasa aku antara yang terawal sampai ke sekolah.langit masih gelap.rutin harian masih sama.melambai mesra mereka yang dikenali.perhimpunan panjang terpaksa aku tempuh lagi hari ni.ternyata cuti dua bulan menyebabkan para guru merindukan yang namanya mikrofon.sedangkan pelajar sekolah masih dengan perangai lama,masuk telinga kiri keluar telinga kanan.kenapa perkara itu langsung tak cikgu sedari? mungkin aku saja yang sedar.

dalam kelas aku masih berperilaku normal.mungkin lebih aktif berbanding yang lain.aktif mengawetmudakan diri sendiri dengan gelak tawa.hampir setiap minit haha haha.mereka juga.satu hal yang memalukan terjadi.akibat terlebih gembira bermain gam,aku terjerit apabila cikoala yang semakin nakal melakukan perbuatan kurang sopan terhadap aku(perbuatan tersebut terpaksa dirahsiakan).terima kasih warga 4musytari kerana hanya memandang kosong tingkahlaku aku.sesiapa berani gelak memang tak sayang nyawa.malu jugak terhadap puan norimah.pengawas jenis apekah aku?

mengenai pembelajaran; aku belum berpeluang berkenalan dengan yang namanya addmath.sedangkan yang lain sibuk bergosip tentang kepayahan subjek tersebut.betulka? tunggu saja sampai cikgu rashidah habis cuti naik haji.sabar kan separuh daripada iman.tentang biology pulak; berdasarkan apa yang diceritakan oleh puan salwati,aku dapat menangkap bahawa subjek ini extremely hard.kenapa abang aku paksa aku ambik subjek ni? mungkin dia menantikan ayat ini terkeluar dari mulut aku,"aduh,aku gagal duh!".kata mereka gagal perkara biasa untuk subjek begini.bila spm nanti mesti result cun.betulka? tunggu dan lihat jelah.hari ini di sekolah,banyak kerja.jadi,adios :)

Monday, January 5, 2009

sehari di sekolah

hari ini di sekolah;

-berjalan dengan gembira sambil melambai makhluk yang dikenali(hey kau!)
-menempuh perhimpunan yg maha bosan dengan jayanya(zz.zz)
-kesal kerana anugerah untuk pelajar pmr ditunda(cess.penat aku berlatih)
-menerima kelas 4musytari dengan redha(sains?aduh)
-bersempit dalam kelas yang dihuni 50 pelajar(kebanyakan berkacamata tebal)
-tuntut hutang piutang yang belum diorang langsaikan(weyh,duit aku mana?)
-berlegar legar dalam kelas ibarat wakil rakyat(hai,boleh berkenalan?)
-melahirkan hilai tawa rakan seperjuangan(athirah kata dia akan jadi pelupa kalau duduk sebelah aku)
-melahirkan bibit suka pada subjek chemistry(aku ada chemistry dengan chemistry.hehe)
-mengeluarkan riak bosan semasa meeting pengawas('saya nak kamu jaga sana,jaga sini,blablabla')
-melantak nasik lemak sementas(makcik,nak sambal lebih buleh?)
-gosip yang terkumpul pun terlerai(nak tau,bedah tu kan..blablabla)

*p/s - aku rasa macam baru form3 je.sedangkan dah form4.aduhai.perasan muda.


menanti hari esok