geng bas sekolah

Saturday, June 2, 2012

mood nak membebel.


assalamualaikum.

mood nak membebel ke udara!

finally lepas dua minggu balik utp, aku kembali ke guabatu. yeah dua minggu memang tak lama. tapi kalau bapak izin balik apa salahnya. balik semalam lapar gila, sampai rumah terus masuk dapur bukak tudung saji bantai nasik sepinggan dua. sampai lupa nak ajak bapak makan sama. bertuah betul. malam pulak fie beli burger bakar. belanja lah kononnya. wajib catat dalam diari sebab seabad sekali pun belum tentu dia nak belanja. dan burger bakar tu adalah super tebal yang bikin aku cirit birit pagi ni sebab terlebih dos agaknya.

petang tadi lepas fie solat jumaat, hantar mak kat jalan duta kejap then mak kasi can aku jalan jalan dan makan makan dengan abang. so fie bawak ke amcorp mall seperti yang dijanjikan untuk cekau buku 2nd hand yang agak agak best. lepak tiga kedai buku best kat sana dan akhirnya aku berjaya beli dua buah buku puisi dengan harga rm5 each sahaja. buku agak lama tapi dalam masih elok, isi masih padat. fie macam biasa, borong koleksi komik marvel 90-an dia tak habis habis. balik rumah mak tanya, 'buku gapo ni? pelek pelek la budok duo oghe nih' haha

penat shopping, fie pun keluarkan tiga baucer yang dia ada. nak mana? domino ke, subway ke, popeye? kalau ikut hati, aku nak popeye sebab rindukan mashed potato. tapi dekat mall tu takde popeye pulak dan aku kalau boleh nak hentak kaki ajak fie pergi curve beli popeye jugak tapi tak sampai hati sebab parking sini mahal macam apa, so agak tak berbaloi kalau nak terus keluar. at last aku redha dengan subway. makan laju laju dengan harapan dapat challenge fie, malangnya aku kalah lagi. cis.

malam pulak pergi tolong tolong isi doorgift esok ada kenduri dekat dekat dengan rumah ni. dengar kaum kaum ibu dok sembang, agak agak aku nak kawen nanti macam ni jugak diorang dok sembang pasal pengantin agaknya. ngeh ngeh. saat paling mencemaskan bila semua dok tanya, 'hang bila nak menikah? umur dah 19.' wah makcik sekalian, baru 19 belum 20. aku pun tak rela nak jawab, sedekah je lah dengan senyuman. tak mampu tak mampu. biar mak tolong jawabkan. senang habis cerita.

esok kenduri ada majlis bertunang dengan sambut menantu. aku dah tak sabar nak pekena nasik minyak. hopefully hidangan menyelerakan. ngeeee. sekian toceh!