geng bas sekolah

Tuesday, August 25, 2009

tarawih bukan tawarih

bulan ramadhan selalunya banyak cerita best pasal tarawih. dulu masjid dekat rumah aku tu buat 20 rakaat tarawih plus 3 rakaat witir. tapi lepas lapan rakaat memang berduyun duyun jemaah keluar. aku pun salah satunya. masa tu aku jahil lagi. witir pun aku tak buat. pastu balik berlagak cakap aku dapat pahala lebih dekat kawan aku yang tak pergi. padahal pahala aku pun kira kurus jugak. masalahnya aku balik pun bersebab. kanak kanak riang tu kalau dah main mercun macam nak bom masjid. kan dah tak khusyuk solat aku. tapi kira ok la bagi aku yang masih muda dan belum matang lagi masa tu. kalau nak dibandingkan dengan pakcik makcik yang dah boleh berfikir menggunakan logik akal yang sempurna, ehem, tak tau la. masalahnya kalau buat lapan terus balik rumah tu consider la jugak. ni buat lapan lepak luar masjid tunggu time makan. ada pulak yang time makan baru datang masjid. ape kes diorang ni.

tapi tu dulu. tahun ni masjid rumah aku dah tak buat 20 rakaat. sekarang sistem baru buat lapan je. tapi lepas tu 20 minit tazkirah. lepas tazkirah baru witir tiga rakaat. aku suka kot cara baru ni. sebab penceramah yang bagi tazkirah tu memang bijak bijak belaka. pandai menyampaikan ilmu. ringkas dan bermutu. tak kurang kacaknya. haisy, itu tak diambil kira kot.

tapi bila aku teringat balik, dulu niat aku pergi terawih memang tak betul. ni masa zaman aku sekolah rendah la. pergi sebab nak jalan dengan kawan. pergi sebab lepas balik tu nak beli burger ramai ramai. pergi sebab saja saja nak tunjuk telekung. haha. kanak kanak.

p/s - juadah kat masjid sedap tak? seumur hidup aku tak pernah merasa. segan weyh, haha

2 comments:

azyan said...

aku kecik2 pergi pun masa kat kampung. jalan malam gelap gulita pergi surau kampung aku dengan nenek aku. malam gile happening kot. mercun di mana2. haha! tapi since kerajaan asyik berlari berkejaran mencari mercun, dah tak feel oh nak main mercun. Haha!

cik chopu said...

azyan; tulah,aku dulu berani main mercun kt kg je. sebab bpk aku xkasi weyh main mrcun. kt kg xpe, pkcik aku bwk aku jauh2 pegi main.