geng bas sekolah

Tuesday, January 20, 2009

back to the future?

bicycle Pictures, Images and Photos


6.45 pagi tadi sama jugak macam 6.45 pagi sebelum ni.lampu jalan masih belum ditutup tapi kenderaan dah semakin bertambah di jalan raya.destinasi mereka mungkin tak serupa tapi tujuan sama.ada yang hantar anak ke sekolah,ada yang ke pejabat, dan mungkin ada jugak yang sekadar menghabiskan minyak kereta*adekah?.aktiviti aku pagi tu jugak masih sama.menunggu mana mana bas yang datang dulu untuk aku ke sekolah.memerhati gelagat manusia.memandang langit yang gelap,indah sangat.

tapi pagi ni sedikit berbeza.aku terlihat perkara yang aku rasa cukup istimewa.seorang budak perempuan,pelajar sekolah rendah*sekolah aku dulu mengayuh basikal dengan sepenuh tenaga kecilnya dengan membonceng adiknya di belakang.dan aku dapat rasakan yang perbuatannya tu teramat sangat ikhlas.di bibirnya hanya ada senyuman.langsung tak nampak terpaksa atau menyusahkan.tak sampai berapa minit lepas tu,lalu seorang ibu mengayuh basikal juga membonceng anaknya yang bersekolah tadika*tadika aku dulu jugak.adegan ni buat aku teringat cerita shinchan pulak.tiba tiba aku rasa macam balik ke masa dulu je.ramai pulak yang menunggang basikal.ada jugak sorang pakcik berumur 40-an menunggang basikal tua dengan pakaian pejabat.terpegun la jugak aku dibuatnya.bagus tindakan mereka.jimat petrol jimat duit.

aku teringat kisah duludulu.aku pernah dihantar ke tadika naik lori masa aku tertinggal bas.seronok betul aku masa tu walaupun bapak aku hanya bawak lori.kalau budak lain mungkin malu kott.bapak aku jugak pernah hantar aku ke sekolah rendah naik kereta yang ibarat hidup segan mati tak mahu.pun aku masih begitu teruja.kononnya kereta tu antik.mungkin hidup aku dulu tak sesenang sekarang.tapi aku cukup bersyukur.dan sekarang aku jadi teringin nak pergi sekolah naik basikal.kan itu satu senaman.paling penting,jimat seringgit aku :))

7 comments:

.adeqqs. said...

hhahaha ang nih jimat sgguh!
huhu :)

mas cner ehh ko wat bg yg ko post nihh je de kt page??

cik chopu said...

adeq; mestilah.demi makanan.haha.

eh,mne ada aku buat pape.klau ko tkan yg aku post ni kt dashboard ko,maka yg ni je la kua.itu je.

Maya Helmi said...

kau naik lori?aku pon pernah...duk belakang lagi..sampai sekolah habis kusut masai rambut aku--time aku sekolah rendah.tumpang pakcik aku sebab keta bini helmi rosak.

Monkey D Luffy said...

aku pun pernah bonceng basikal bapak aku ke sekolah

cik chopu said...

maya; haha.nikmat kan naik lori.rasa besar je.keta lain dipandang rendah.haha.

luffy; wah.best.setakat ni abang aku je penah bonceng aku.bukan naik basikal.naik vespa.haha.

menekan keyboard said...

perghh..
indah sungguh coretanmu kali ini :)

cik chopu said...

wany; indah? takde bukitbukau dan airterjun pun.haha.