geng bas sekolah

Tuesday, May 29, 2018

Such a long long hiatus

Asslamualaikum.

Hey there blog, it's been awhile kan.

Nothing much to chit chat pot pet these days on blog cause I'm focusing on human computer interaction in daily basis (at work of course, siapa suruh belajar IT haa hadaplah kau PC every single day). So rasa nak muntah dah hadap pc, tak koser nak bukak laptop lagi bila balik rumah. And ada lagi ke reader yang baca blog kau ni mas, dah tak relevan dah kot zaman zaman orang main thread twitter ni. Ohh anyway, human to human interaction do happen without fail sebab my colleague and I tak pernah takde benda to complaint about every single day. There's this daily 'pissed-off topic' going around so yeah everyone shooting like machine gun. Now that I'm in my second job, less stress sikit than the previous one (I hope this one lasts longer or maybe lasts forever?). Sebab you know, ingat rajin sangat la nak bukak linked in jobstreet etc etc job hunting, pergi interview acah baik acah sume benda kau tau. Tak, cerita dia nak update resume pun tak rajin.

Yup, kerja memang penat, stress never ending tapi luckily still ada masa for deep conversation over dinner. Now that I no longer stay with mak, no longer home sweet home, dah kena masak breakfast dinner sendiri, I appreciate time more than I was before. But some days yang kerja belambak, balik lambat, mood nak masak pun ke laut, terpaksa laa makan luar. Cehh terpaksa konon.

Actually nak post my recent Ho Chi Minh trip, tapi ternampak draft ni since entah bila, so post this one first sementara nak karang trip itinerary (kalau rajin). I do miss blogging. But masa tu mostly filled with buat benda lain. Contohnya basuh baju, masak, insta, twitter, movie, eh? Balik kerja pikir nak tidur esok nak bangun pagi. Weekend balik rumah mak another courses of works to be done including entertaining mi madre yang crave for attention (or is it me who crave mak's attention?). Haha anyway, today rilek rilek je having my me time. Selamat Hari Wesak to those celebrating!

Sekian toceh.

💓💓💓 SELAMAT BERBUKA LAGI 6 JAM 💓💓💓


(I dah tua kan?)



Tuesday, March 29, 2016

Bumi

Dulu gua pernah tulis,
bumi ni bulat macam tembikai.
Manusia ni ulat dalam tembikai.
Harini, gua sedih tengok tembikai
yang rakus dimamah ulat.

Masa drive pergi kerja pagi pagi,
itulah saat gua bersentimental dengan bumi.
Kalau dulu atas flyover MRR2 tu, 
terang benderang nampak menara jagung.
Sekarang, susah sangat nak nampak.

Sedih gua tengok bumi.
Macam nak menangis.
Tapi gua pun manusia.
Mungkin gua pun pernah jadi punca
bumi jadi macam ni.

Cintailah bumi woii
Orang kata kalau cinta saja tak guna kalau takde usaha.
Usaha jom pulihkan bumi.
Mulakan harini. Tau.

Monday, March 14, 2016

Nak tengok hot air balloon?

Assalamualaikum.

Nak tau apa gua buat dekat hot air balloon fest today?

1. Side mirror gua kena kiss dengan seketul honda jazz dipandu seorang hijabis yang menggelabah akibat tindakan sendiri. Lawak do expression dia siap tutup mulut macam lepas dengar berita laki dia nak kawen lain tu serius win. Tapi gua chill je sebab kereta gua kental, macam tuan dia jugak.

2. Beli pirate coffee dekat foodgasm instead of lambakan food and drinks acah hipster. Padahal selayang pun ada takat pirate coffee tu, kau pergi jauh jauh sampai putrajaya rugi minyak rugi tol dah apahal?

3. Blah before 5.30pm sebab petir dah pung pang pung pang. Petir dah ke udara, hot air balloon show lagilah tah ke mana mana kan.

So basically takde buat pape pun kat sana weh. Menyesal pergi. Pergi pun sebab sepatutnya ada reunion tapi yang showed up gua dan seorang rakan yang sekereta dengan gua. Baik reunion dalam kereta je demmit.

So lepastu jejak IOI Citi Mall memandangkan takde halatuju dah.
Nak tau gua buat apa dekat sana?

1. Lepak BORDERS cari pen and pensel tekan. Yes, this is so random sebab datang sini pun memang takde planning nak buat apa.

2. Makan nasik ayam dekat ciken rice shop sebab yang lain semua penuh, malas nak beratur malas nak tunggu and sebab hipster level yang bawah paras laut so tak kisah do makan mana pun asal makan.

3. Borak session yang never ending. This is the only good thing that happened in putrajaya today.

K tu je my sunday in putrajaya yang tahapehape. Baik aku lepak selayang mall makan cheesy wedges. Hampeh.

Sekian toceh.