geng bas sekolah

Friday, April 17, 2009

mungkin muka aku macam musuh lama dia

aktiviti berbelog aku dah kurang terlaksana. aku cuma berbelog dalam journal je. wajib hantar journal setiap isnin. miss tan kata, "just write whatever you want to share with me. i'll keep it as a secret. and you can write about everything" noktah. kiranya aktiviti blogging aku masih aktif. bezanya aku berbelog dalam buku. semua karya dalam bukan-bahasa-bonda-aku melainkan bahasa-bonda-britneyspears. tukang komen pulak hanya satu. tapi, keseronokannya macam sama. i love you very strong la miss tan.

aku nak ulang balik kisah yang dah aku ceritakan pada miss tan. bagi aku saranan yang beliau kasi tu, kurang memuaskan. jadi, aku nak tau pendapat orang lain.

aku ternampak sorang perempuan budak form1. budak tu form1 ambilan kedua. pandangan awal aku mengatakan budak tu macam comel je. budak comel mestila kena berperangai comel kan. jadi, masa aku nampak dia dalam surau, aku memberikan senyuman lebar kepadanya. mestilah aku mengharapkan balasan yang serupa kan. sebaliknya berlaku bila budak tu pandang aku dengan pandangan menyampah lantas memandang arah lain. sememeh sangat ke senyuman aku ni?

lepas kejadian di surau tu, hampir setiap masa aku akan terserempak dengan budak tu. pada awalnya, setiap kali bertembung, aku senyum lebar lagi pada dia. malangnya lagi dia pandang aku atas bawah, dan blah macam tu je. sahabat aku menjadi saksi setiap adegan antara aku dan budak tersebut. tahap kesabaran aku ada batasnya. setelah patah hati menerima respon liar budak tu, aku pun melenyapkan senyuman 100% untuk dia dan hanya memberikan pandangan sinis. respon dia tetap jugak sama. sekarang ni timbul rasa menyampah bila aku tengok muka dia. rasa macam kasut aku nak melayang je kat muka dia. nasib baik keimanan aku masih tebal. lagipun sekolah aku mengamalkan sistem touch and go. berani sentuh budak, out lah aku dari sekolah tu. jadi, sampai ke hari ni aku tercari cari apa salah aku pada budak tu.

7 comments:

a.b geldofg said...

tkpa teruslah bsenyum.....walau dlm keadaam manapun :)

cik chopu said...

a.b; tu kira hipokrit sunat tu

captain pem said...

haha..
agak xgune jugak bdk tuh..

Kapten Luffy said...

biar aku wakilkan kasut aku ;p

cik chopu said...

phem; mmg tak guna pun.haha

luffy; aku hrap ksut kau bebau.haha

haaa said...

eleh, belagak betul budak tu.

cik chopu said...

eh,tpi an skang budak tu dah mula berbaik dgn aku,tau takut,hehe