geng bas sekolah

Saturday, August 22, 2009

workaholik - work without horlick? oh,ramadhan

macam dah lama aku tak berbelog,
jangan salah faham,
sekarang bukan lagi sebab malas,
sebab aku bukan lagi pemalas yang berkaliber,
aku dah melakukan sikit anjakan pada diri sendiri,
mungkin 10 peratus lancar,
bagi aku 10 peratus dah cukup hebat,
sebab cikgu aku cakap,
sikit sikit lama lama jadi bukit,
nasihat cikgu kadang kadang boleh pakai jugak,
malangnya aktiviti belog aku tertunda kerana cikgu jugak,
yang kasi kerja berlambak lambak kenapa,
sampaikan masa cuti aku,
habis dengan menghadap buku je,
kasi can la sikit cikgu,
fakta tentang form4 tahun honeymoon,
hanya tinggal fakta,
mungkin aku anggap tu auta semata mata,
ah,tertipu aku dengan kata kata senior,


once upon a time in sbpi jempol:

KISAH SATU
aku baru nak seronok seronok main game lucu dengan geng 7W, miss heng lak tetibo muncul depan kelas. "4HR belapa olang?" "24 miss heng" "mana ketua kelas?" "sakit miss heng" "penolong?" "syera miss heng" "sekalang kamu pigi ambik modul addmath atas meja miss heng,ambil dua puluh ampat saja,cepat" "kene buat semua ke miss heng?" "saya tak cakap buat semua,saya suruh buat saja,buat sebanyak mungkin la" "tak payah buat boleh tak miss heng?" "misti buat punya". keceriaan 4HR sebentar tadi hilang seketika. tebal gila modul tu. page depan belakang. cis!

KISAH DUA
prep hari sabtu selalunya aku tak pegi kelas. belaja kat ruang legar seronok sikit. kafe dekat. aku kan selalu lapar. boleh usha orang lalu lalang. kelas aku dah la atas sekali. memang malas nak mendaki. jadi seperti biasa sabtu tu pun aku prep kat ruang legar. aku pun berpeleseran la sekitar sekolah bila kerja aku dah siap. malangnya malam tu aku baru dapat tau yang pagi tu dapat modul fizik kat kelas. tebal gila. rugi aku tak pergi kelas. kalau tak boleh la aku buat separuh. bertambah kerja rumah aku. siot je.

KISAH TIGA
dalam hari yang sama aku dapat kerja BI dan arahan ustazah supaya hafal semua topik PAFA. naik cuti ustazah nak tasmi'.nasib la senang. kalau tak, gila meroyan aku.

KISAH EMPAT
emelya berpesan "mas,jangan lupa siapkan ruangan klik2 untuk majalah sekolah cuti ni"

cikgu KNZ berpesan "cuti ni saya nak kamu cari dan buat pelan rumah macam yang saya suruh.nanti naik cuti buat model rumah tu ikut kumpulan masing2" dalam hati aku "ah,dah la dapat kumpulan dengan mamat dua orang yang blacklisted tu. jabal ok la lagi. hezry, bueekkk!"

pipo berkata "mas,ko masuk pertandingan membina laman web tau.ko dengan aku buat grafik" aku bermonolog dalaman "apa? sukahati je taruk nama aku. adui, cuti ni mesti aa kene cari idea. ah, makin belambak keje"

niqi berpesan "mas, ko jangan lupa prepare bahan bahan study group kita cuti ni. naik cuti senang aa nak ikut jadual" aku bermonolog dalaman lagi "ya, ya, makin bertambah kerja aku"


belog ini ditaip semata mata untuk aku recall semula kerja yang aku kena bereskan. kalau tak,mesti aku lupa. aku dah la selalu makan semut dua tiga hari ni. dah makin nyanyuk dah. sekian, aku berlari membereskan kerja.

4 comments:

nazz said...

oh, makin kurang untuk aku luangkan masa bersama kau kan ):

Monkey D Luffy said...

baguslah tu

drpd bz blog jer

menekan keyboard said...

haha!
bgusnya mas ni.

eh, tetiba td..
aku mcm rndu kau.
kebetulan pula, kau baru update :)
eheh.
happy fasting!
jgn lupa niat haa.

cik chopu said...

nazz; ala,rilek la syg,masa utk kau sntiasa ada :))

luffy; haisy,mnusuk kalbu

wany; aku rse,kita ada chemistry kott,haha.aku xlupa la niat.selamat bpuasa :))