geng bas sekolah

Thursday, June 4, 2009

aku berdarah seni?

tadi aku tengok 'cerita artis malaysia'. pertama kali kott aku bukak siaran tu. kisah hari ni pasal artis yang dah jadi artis sejak baby baby lagi. aku pun bukannya suka sangat nak tau pasal artis ni. tapi tah la,aku tertarik pulak dengan cerita tu. rupanya banyak family artis kat malaysia. mak artis, anak artis, kakak, adik, atok, abah, nenek, semua artislah.darah seni betul. aku pun ada darah seni jugak kalau nak ikutkan. arwah tok ayoh aku dulu tok dalang. artis la jugak kan, wayang kulit tu. mak aku pun dulu aktif aa dekat wayang sekolah. seni jugak tu kan. bapak aku pulak boleh dikatakan pakar aa dalam senibina. seni jugak kan. abang aku? seni lukis pro gila. seni lagi. aku sendiri? dulu masa sekolah rendah aku pun aktif dalam joget joget ni. tapi tu dulu aa. sekarang kan aku si pemalas berkaliber. tapi paling best nama aku aa kan. serupa artis dah tu.

tapi apa nak bangga dengan darah seni? apa nak bangga dengan gelaran artis? aku lagi bangga kot kalau aku berdarah pahlawan. boleh jadi hero. aku kan hero. boleh sumbang kepahlawanan dan keperkasaan aku kepada agama, bangsa dan negara. besar uh cita cita aku. tapi bila direnungkan balik, aku bersyukur sebab aku adalah aku. tiada siapa pun berhak meniru aku. hakcipta terpelihara terhasil daripada mak bapak aku ni. haha.

p/s: dunia seni memang penuh dengan hipokrit. tapi aneh kan. kenapa ramai yang berpusu pusu nak jadi artis? tak lama lagi bumi dipenuhi makhluk hipokrit aa camni. renung renungkan dan selamat beramal, *maaf dr. fadhilah kamsah,terciplak ayat tuan.

10 comments:

cicakgirl said...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

haha..bestla ayat doktor tu..aku pun nak pinjam jgk la ^_^
aah..nama ko pun dah mcm artis
seni tu indah kan?
kebanyakan yang pandai lukis ni laki kan?
joget?haha..aku pernah gak nak rasa masa darjah 4..tapi malu..jadi aku x masuk
adik aku masa tadika tahun lps, giler bersemangat masuk joget..ckgu diorg siap suruh joget utk org kahwin
demam-demam pun dia sanggup dia latihan joget dia
ko joget apa dulu?joget lagu p.ramlee ke joget tradisioanl mcm inang, zapin?

Monkey D Luffy said...

sebab org suka fofuler

tu jer

cik chopu said...

cicakgirl; haha,gila bebakat adik kau,aku sume join mse skola rndah sbb aku ahli kbudayaan.so mcm2 joget aa aku jogetkan,seronok.skang malu dah

luffy; gila glamer kan

cik chopu said...
This comment has been removed by the author.
captain pem said...

haha..
betul2..
name akk pun dh mcm artis dh..
haha..

si kura said...

saye berdarah merah...
banggee

cik chopu said...

pem; haha,tepaksa mngakui kbenaran tu uh

sikura; siapa berdarah hijau? hehe

cik chopu said...
This comment has been removed by the author.
AzyanSyh said...

aku darah Raja Indra Suparman Agusti Ibni Indrawaseh Sumatera Sikata Penyakita Kwashioko.

Bangga! HAHAHA

cik chopu said...

azyan; bangga gila,haha.aku ada gak berdarah chulalongkorn mix harimau bertendang