geng bas sekolah

Wednesday, August 31, 2011

i like u banyak banyak, boleh?

dia ni style gila kott. kretip habis. aku sukaaaaaa! siapa dah tengok, mari tengok lagi. belum tengok, sila la sila. ngeh2.




Tuesday, August 30, 2011

salam aidilfitri.


salam aidilfitri.

aidilfitri tahun ni, err mendukacitakan. masing2 takde mood nak beraya especially mak. gara2 kawan beliau yg ditimpa musibah, mak pun turut terpukul sebagai orang terdekat. yeah tabik mak. sahabat sejati. sahabat menangis, dia turut menangis. sedaya upaya mak tenteramkan sahabatnya. tabik mak sekali lagi. tabik bapak jugak. sokong mak dari belakang. tabik tabik.

berbalik kepada cerita raya, raya KL memang tak seseronok raya klate kan. takde kanak2 pengarang jantung aku sekalian, takde mek, takde kambing nak beraya sama. hmm, macam biasa terjah rumah tok sedara di semenyih. ternyata rumahnya jugak tak meriah macam tahun sebelum ni. tak ramai sedara bertandang. dan ternyata mereka pun sedang dirundung duka.


raya pertama takde foto raya. yang banyaknya gambar pose-gila-kamera aku aje lah. dah masing2 muka seposen dua, aku sorang muka tak sedar diri nak final exam. hmm, takpe raya kedua aku cuba tarik mereka semua bergambar gambaran. hehe.

harini saja aku dah makan 2 round ketupat di rumah, 2 round soto, 1 round rendang, 1 round mihun sup, beberapa round yong tau fu, pizza - pepperoni dan hawaiian chicken serta kuih muih. wahhh gila punya perut. bila renung2 balik, aku pun terkejut. tahun depan insaf taknak buat dah. ngeh2.

dah nampak masa depan kan kan kan? haha.

ni ha, yang paling kuat makan harini. sila larikan diri dari makhluk asing ni!

Monday, August 29, 2011

ampun beribu ribu ampun.


di sini hari ini, ops lipat ketupat telah berjalan dengan lancarnya. begitu juga dengan ops menggulai. malangnya, ops merendang ayam hanya akan berjalan keesokan harinya. ohh tidak seperti biasa, tahun ni aku tak dapat menjamah ketupat dan rendang ayam pada malam raya. kenapa oh kenapa?

gara2 sibuknya mak, busynya-lah-sangat bapak, dan terlampau-busy-lah sangat abang aku, maka esok pagi baru rebus ketupat, baru bikin rendang. warghhhhh, pathetic gila. aku dah termimpi mimpikan si rendang, tapi itu yang belum ada. sabar sabar, sooner or later dia mai jugak dalam perut. sabar ya. sabar.

maka pada tahun ini, julung2 kalinya aku jadi tutor tak berbayar kepada fie yg kononnya dah hilang ingatan macam mana nak anyam ketupat. cehh, padahal pemalesssss. aku dengan kuasa diktator menyergah dia yang bersenang lenang dalam bilik bersama desktop barunya. ah, saja bikin hati aku letup letup. lepas diterjah beberapa kali, tau pun nak mengalah. hehe esok nak kena mintak maap banyak2 dengan dia ni, sukasuki ngumpat kat sini.

baiklah, sempena dengan raya yang dah selamat diumumkan tadi, saya [dengan penuh kesopanan dan kejituan] ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri. maaf zahir dan batin. ampunnnnn andai kasar saya berbahasa. ngeh2. bak kata sahabat den, muka legend hati kiut. ngeh2.

nah! tatap gambar ketupat ni sepuasnya. siapa nak makan ketupat ayam ni, datang rumah aku. setakat ni aku reti bikin ketupat bawang dengan pasar je, yang ayam tu fail lagi.

Saturday, August 27, 2011

here i am, once again.


assalamualaikum.

hoyeh, aku kembali. berabad jugak tak hapdet blog. ok ini hiperbola semata-mata. gara2 sistem yang kacau bilau, sukacita dimaklumkan blog aku telah diterjah masuk para anon yang hakikinya siswa siswi UTP. sukacita dimaklumkan juga, 2 entri sebelum ini yang bertulis WAS HERE dan UTPBEST, bukan hasil tangan aku, melainkan para anon tersebut.

bukan salah mereka pun ekceli. aku pun ikut ikutan terjah masuk blog orang. tapi tak hingin pulak nak ber-was here bagai. uhuk uhuk.

dan sekarang, aku sedang bersenang lenang di rumah, menikmati santapan berbuka yang maha enak hasil air tangan mak, dan seronok bermanja manjaan dengan keluarga tercinta. berbekalkan buku buku tebal, aku selamat sampai ke rumah dua hari lalu. ulangan, berbekalkan buku buku tebal. ahhhhh, mendukacitakan.

aku perlu memaksimumkan usaha dan menyalurkan kuasa GIGA untuk final exam. hangkut jengkaut nak kaut 40% markah final exam dicampur dengan 60% markah coursework dan test selama ni. sedangkan yang 60% tu dah tinggal saki baki, impian dapat full 40% tu haruslah setinggi gunung fuji.

ke hadapan hipertensi, kau rilek rilek dulu. lepas aku layan rendang, ketupat semua, baru kau datang balik. boleh?

Sunday, August 14, 2011

Was Here

UTPbest!

#utpbest

sini memang penuh dengan hackers ke?

serius menakutkan.

sebelum aku sampai ke dashboard aku, aku bukak blogger.com . expectation aku, mestilah keluar ruang untuk sign in kan. tapi yang keluarnya bukan sign in. tapi dashboard makhluk asing yang aku tak kenal. tak terkejut pulak aku. apa jadah nih?

maka aku view blog makhluk asing tersebut. lebih mengejutkan, bila aku kembali ke dashboard, dah bertukar jadi profile orang lain pulak. another makhluk asing yang aku tak kenal. jadi aku ulang langkah sama. aku view profile dan seterusnya tekan dashboard balik. lagi sorang makhluk asing keluar. woaaaah, ape nih ape nih ape nih?

maka aku cuba la klik edit post pada dashboard unknown itu tadi. bukan nak hack, nak test. kalau boleh, memang lepas ni aku terus tutup la akaun blogger aku. parah la kalau orang lain boleh bukak sukasuki macam ni. aku tekan, tapi mujur yang keluar petak sign in. maka aku terus log masuk.

yang lagi aneh, bila aku dah sign in, aku tekan dashboard sekali lagi, dah dashboard orang lain pulak keluar. cis, pengkhianat betul. klik klik klik banyak kali baru keluar balik dashboard aku. berjoget jantung aku macam ni.

selongkar punya selongkar, aneka dashboard yang aku dah bukak tanpa rela tu semuanya budak UTP punya. ni memang ada la hacker dah tumbuh tanduk ni. sini memang belambak la hackers yang takde kerja gamaknya, semak semakkan diri pedajal orang. cis cis cis.

lepas aku habis taip benda alah ni, ada orang komen entri before ni, kata dia access dashboard aku. wah wah! apa semua ni?

buat masa ni aku stop kejap bukak blog. balik rumah kang aku bukak balik. adios people.

jangan rindu aku blog ~ :)

Monday, August 8, 2011

surat berantai.


ke hadapan PENAT,

sudikah kau berdamping dengan aku lagi menjelang beberapa minggu mendatang? sudikah kau menemani hari hari terakhirku sebelum datangnya SUKACITA pada tanggal 27/8 apabila aku mula melangkah keluar dan pulang ke rumah tercinta? sudikah kau masih bersama dengan aku pada tanggal tersebut saat bahu aku memikul bagasi? sudi ke tidak?

ke hadapan OTAK,

sudikah kau terima belasan bab lagi minggu ini untuk ku bawa kau berperang? sudikah kau segarkan diri di tengah malam menemani aku terkumat-kamit menelaah? sudikah kau dibebani aneka soalan membunuh menjelang hari yang mendatang? sudikah kau bantu aku lulus dengan cemerlang? sudi ke tidak?

ke hadapan MATA,

sudikah kau berjaga pagi petang siang malam tanpa sedikit keluhan? sudikah kau sentiasa segar tatkala katil empuk memanggil kamu? sudikah kau baca lagi nota-nota cacingan yang aku cakar sekian hari? sudikah kau dipakaikan lensa akibat pandanganmu yang semakin kabur? sudi ke tidak?

PENAT, OTAK dan MATA. tolong reply ASAP!

ikhlas dari yang mencintaimu, cik sengsara yang semakin kuat mengeluh.

[balik balik tulis surat en. bila la aku pulak nak dapat surat ni? muahaha]

Sunday, August 7, 2011

surat cinta.


ke hadapan insan-insan yang ku cintai, rindui dan manjai.

marilah mari ke sini. ambik esaimen aku sorang satu tolong siapkan. ambik test aku sorang satu tolong jawabkan. ambik skrip drama aku sorang satu tolong hapalkan. ambik ambik ambik.

mula melaung : MAK, NAK BALIK! !

Thursday, August 4, 2011

ruang selesa.


saat ini aku berada di ruang paling selesa di utp. tiada ruang yang lebih selesa dari ruang ini di utp. walau jasadku di kelas, hatiku tetap teringatkan ruang paling selesa ini. andai saja ruang ini mampu aku bawa ke mana-mana, sudah pasti akan kubawa. sesungguhnya ruang ini menjadi penadah tangisku. menjadi saksi gelak tawaku. menjadi penonton aksi protes besar-besaranku. menjadi kawasan longgokan notaku. menjadi medan sepahan esaimenku.

memberontak jiwa setiap kali meninggalkan ruang ini.

menjerit sanubari setiap pagi.

sungguh aku cinta kamu.

hai katilku <3

Monday, August 1, 2011

ramadhan al murtabak ??


ramadhan al mubarak, bukan ramadhan al murtabak.

maka diingatkan bulan mulia ini bukanlah bulan di mana kaki melangkah pantas ke bazar ramadhan tapi mula longlai saat diajak bertarawih. bukan juga bulan di mana perut bersuka ria menikmati muatan lebih tatkala azan maghrib berkumandang. bukan juga bulan di mana siang hari menjadi sangat tak produktif dan hanya dipenuhi dengan berenang-renang di atas katil. hargailah sebulan penuh berkat ini sebaiknya. agar kita tak terlepas nikmatnya bercinta dengan yang namanya ramadhan.

ahlan wasahlan ya ramadhan :)