geng bas sekolah

Wednesday, January 7, 2009

hari ini di sekolah

macam biasa aku antara yang terawal sampai ke sekolah.langit masih gelap.rutin harian masih sama.melambai mesra mereka yang dikenali.perhimpunan panjang terpaksa aku tempuh lagi hari ni.ternyata cuti dua bulan menyebabkan para guru merindukan yang namanya mikrofon.sedangkan pelajar sekolah masih dengan perangai lama,masuk telinga kiri keluar telinga kanan.kenapa perkara itu langsung tak cikgu sedari? mungkin aku saja yang sedar.

dalam kelas aku masih berperilaku normal.mungkin lebih aktif berbanding yang lain.aktif mengawetmudakan diri sendiri dengan gelak tawa.hampir setiap minit haha haha.mereka juga.satu hal yang memalukan terjadi.akibat terlebih gembira bermain gam,aku terjerit apabila cikoala yang semakin nakal melakukan perbuatan kurang sopan terhadap aku(perbuatan tersebut terpaksa dirahsiakan).terima kasih warga 4musytari kerana hanya memandang kosong tingkahlaku aku.sesiapa berani gelak memang tak sayang nyawa.malu jugak terhadap puan norimah.pengawas jenis apekah aku?

mengenai pembelajaran; aku belum berpeluang berkenalan dengan yang namanya addmath.sedangkan yang lain sibuk bergosip tentang kepayahan subjek tersebut.betulka? tunggu saja sampai cikgu rashidah habis cuti naik haji.sabar kan separuh daripada iman.tentang biology pulak; berdasarkan apa yang diceritakan oleh puan salwati,aku dapat menangkap bahawa subjek ini extremely hard.kenapa abang aku paksa aku ambik subjek ni? mungkin dia menantikan ayat ini terkeluar dari mulut aku,"aduh,aku gagal duh!".kata mereka gagal perkara biasa untuk subjek begini.bila spm nanti mesti result cun.betulka? tunggu dan lihat jelah.hari ini di sekolah,banyak kerja.jadi,adios :)

4 comments:

azyansyahirah said...

opinion aku sendiri,
addmath n bio 2 subject yg klo ko faham kau boleh score. pedulikan apa org cakap. mereka terlalu terdedah dgn perspektif negatif mngenai subject tu. motif mahu mnakutkan org. ah benci aku. haha

cik chopu said...

azyan; trimas kasi nsihat bernas.
betul apa ko ckp.

syakirahmn said...

hey.
edmet besh la.
xsusah
hee ;D

tp bio nyampah
XD

cik chopu said...

baru mula menjengah addmath.
agk interesting.
bio pulak,okok je la takat ni.