geng bas sekolah

Saturday, May 30, 2009

minggu yang dah pergi,

hidup tak selalunya indah. walau seronok mana pun aku belajar dekat sekolah, peratus keseronokan tu akan beransur hilang bila tibanya hari peperiksaan. badan secara automatiknya menjadi lemah sepanjang minggu dan mata pulak asyik terasa disorong bantal. puncanya bukan sebab belajar terlalu rajin hingga tak tidur malam. sebab setahu aku, aku antara yang terawal tidur antara semua sebab aku memang susah nak lepaskan masa tidur dekat sana. tapi kalau tidur malam dah cukup, kenapa kertas peperiksaan aku mesti menanggung liur aku jugak? mungkin gelaran ratu tidur bakal aku ungguli tahun ni.

hidup tak selalunya indah. walau selincah mana pun aku, walau selucu mana pun aku, walau seloyar buruk mana pun aku, bila tiba saat aku sakit, semua tu macam tak perlu la aku laksanakan. rasa sakit membuatkan aku bertukar negatif. tapi aku bukan selemah tu. aku tetap cuba lincahkan,lucukan dan loyar burukkan diri aku jugak. sebab mak aku pesan, kalau sakit kena lawan. jangan sampai badan kita digodam bakteria jahanam tu. biar kita yang menggodan mereka. hasilnya aku tetap terdampar lemah di bilik rawatan sepanjang sesi persekolahan. tu dah tak boleh nak bantu la kan. menyusahkan makcik tukang sapu je kalau aku bantai muntah kat sekolah pulak. kalau aku pengsan lagi susah nak jawab. siapa la yang sudi nak angkat aku yang berlemak sana sini ni. laratkah?

hidup tak selalunya tak indah. walau tak best mana pun minggu peperiksaan, semua tu tamat macam satu mimpi je. dan hidup aku masih diteruskan macam manusia biasa juga. walau sakit mana pun aku masa tu, akhirnya aku sembuh jugak. alhamdulillah. terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu aku tika aku diserang demam kelmarin. yang menyumbang ubat, yang memapah sana sini, yang suap suap aku makan, yang belikan makanan, yang taja air manis, yang tukang urut, yang menjenguk di bilik rawatan, yang bersimpati, dan yang banyak membebel suruh aku makan ubat. anugerah setia tahun ni aku serahkan kepada mereka semua. maafkan aku sebab kedegilan aku tak nak mendengar kata kamu semua untuk ke klinik. hujah aku tetap sama, aku tak suka pergi klinik!

sekian,wabilahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

3 comments:

AzyanSyh said...

dah macam unsur anafora, pengulangan kata "hidup tak selalunya indah" di awal perenggan.

_guru bahasa malaysia haha

Monkey D Luffy said...

indahnya hidup bila dinikmati

cik chopu said...

azyan; kau ni ada ada je,haha

luffy; macam penah dengar ayat tu,mana ek?