geng bas sekolah

Wednesday, January 14, 2009

drama tak sehebat kartun

pertama kali aku menonton renjis 2 hari ini.episodnya bernoktah di sini.tak perlu memanaskan punggung berabad lamanya menonton penuh asyik.cukup sekadar peleraian ceritanya.entah apa permulaan,perkembangan,klimaks, mahupun konfliknya.tak kisah la sebab bagi aku keseronokan sesebuah cerita terletak pada peleraiannya.hebat peleraian maka kebaboom la cerita tu.macam yang biasa aku tengok,konflik bagai nak rak, peleraian macam haktuih! menghabiskan airmata dan peluhpeluh masin aku je kemaruk menonton.dan paling menyakitkan bila mak aku mula membebel kerana keasyikannya menonton selama ni berakhir dengan frust menonggeng sebab ending langsung tak masuk akal.wahai pengarah drama bersiri sekalian,janganlah kau terus menyeksa perasaan kaum wanita seperti mak aku tu.sesungguhnya,kami kaum yang kurang perkasa.lemahlembut tu sentiasa ada*adekah? sebab itu aku lebih gemar layan digimon,slam dunk,detective conan,doraemon,shin chan dan seangkatan dengannya.cerita seperti ni lebih memahami kehendak sanubari aku yang sentiasa memerlukan kepuasan drastik*bukan dari individu.

*p/s - kadangkadang layan cerita tamil best woo.abang aku yang ajar aku.bila kau bosan kan,kau bukak cerita/berita tamil, mute, pastu ko buat dialog sendiri.kalau orang dalam rumah kau mampu gelak,maka misi kau berjaya.kalau tak,cuba lagi taun depan.haha.

4 comments:

adeq said...

hahaha patot ko pndai muhonkk tamil mas! haha

cik chopu said...

adeq; haha.abang aku kan sifu terhebat.tu yang aku turut sama hebat.

Monkey D Luffy said...

betul... aku suka ending yg bagus baru aku ckp cerita tu bagus

cik chopu said...

luffy; tapi malangnya cerita takkan berakhir kalau tak bermula kan.