geng bas sekolah

Sunday, January 11, 2009

bukan merungut tapi meluahkan

status - menjaga 1 rumah dan 2 jejaka selama 3 hari

kadang kadang aku macam nak protes.tiap tiap bulan mesti mak aku kena balik kampung.mungkin aku takkan runsing kalau rumah aku dilengkapi tukang masak, tukang cuci baju, tukang sapu, tukang kemas rumah, tukang siram pokok dan sebagainya.hakikatnya,satu pun takde.yang ada hanyalah tukang mintak makan,tukang campak baju sukahati,tukang arah orang sanasini dan seangkatan dengannya*sori bro,aku mengumpat kau.

jadi,tugas segala tukang tu terletak 200% atas bahu aku seorang.selama ni takpela,aku berganding bahu dengan mak aku.takkan nak harapkan bapak aku dan anak terunanya buat keje pulak.redha je la aku sebagai anak dara dalam rumah ni.

pagi tadi abang aku gerak aku bangun semata mata suruh aku masak nasik goreng*dia peminat setia nasik goreng buatan aku.dengan malasnya aku buat la jugak.bapak aku pun turut sama menikmati masakan aku.katanya sedap.terbangga sekejap aku masa tu.tak sia sia aku berkursus dengan mak aku.sekarang ni banyak la jugak makanan yang aku mampu masak.yela,takkan pagi petang siang malam nak makan nasik bungkus kalau mak aku balik kampung kan.

hoover Pictures, Images and Photos cook Pictures, Images and Photos Washing Dishes Pictures, Images and Photos

status esok - rumah-sekolah-anak-pelajar-bibik-muslim-puasa

4 comments:

syakey said...

penah mengalami.
jd maid mmg bosan.
XD

cik chopu said...

kau pasti memahami.
bukan saja bosan malah meletihkan.
ia buat aku tabik sama mak aku.

adeq said...

haha slambep ko!

cik chopu said...

adeq; ya ya.sifat semulajadi :)