geng bas sekolah

Sunday, February 22, 2009

siapa mahu jadi PA ku?

terlajak tidur,
kenapa?
tidur lewat,
kenapa?
main game,
belajar tak?
belum lagi,
exam bila?
esok,
nak gerak bila?
lepas zohor,
sekarang buat apa?
buang masa,
pergilah belajar!
malas,
beg dah kemas belum?
belum jugak,
dah makan belum?
belum,
mandi?
pun belum,
sekarang jam berapa?
9.30pagi
pergi buat semua kerja,tinggalkan benda alah ni!
baiklah,
cakap apa?
saya pergi dulu,

Saturday, February 21, 2009

jangan kacau mereka yang bukan milik kau.

mereka di sini,aku di sana
senang senang mereka kau sakiti
aku di sana tahu segala agenda di sini
bukan kerana kuasa saikik
bukan kerana deria keenam
hanya keajaiban teknologi
yang mengatasi segalanya

pendek kata,
sekali mereka kau sakiti
janganlah kau harapkan pelangi indah selamanya
semua itu takkan pernah muncul bagi kau
walaupun dalam mimpi
sekarang kau seronok bergelak ketawa
mungkin gembira dengan kejayaan sementara
esok lusa kau rasa akibatnya
menyakiti mereka yang aku punya

bukan dendam yang aku coretkan
hanya balasan yang tak terpendam
kerana sayang yang melampaui batasan
itulah penghalang segala tentangan

jangan kau anggap mereka lemah
hanya kerana saiz kau yang ketara
sesungguhnya yang kecil itu lebih licik
jangan kau tak tau
satu hari nanti semudahnya kau dipijak mereka

ingatlah,selagi mereka milik aku
jangan kau berani sakiti mereka
jangan kau ambil kesempatan
hanya kerana aku jauh dari mereka
hakikatnya,kita tak sejauh mana

Friday, February 20, 2009

masih normal.

pertama kali masuk sekolah asrama.
tempat yang asing,bersama manusia2 yang asing,dengan suasana yang asing.
aku kalut di tengah tengah golongan genius.

mungkin paling selekeh di antara mereka.
mungkin paling kurang bertatasusila,kurang sopan santun,
sebaliknya paling banyak tersengih,tergelak,terjatuh,terlanggar anak orang,tertidur dalam kelas,dan macam macam ter lagi.
tapi rasa hormat,senyum manis,tolong orang,semua tu ada :) cukup bukan.

aku kan terlalu obseskan sesuatu yang 'mengenyangkan' dan 'percuma'.
mungkin aku patut tukar 'mengenyangkan' kepada 'menyelerakan'.
makanan sini memang memenuhi kriteria 'mengenyangkan' tapi langsung tak 'menyelerakan'.
semuanya macam indah rupa dari rasa.nampak sedap tapi hakikatnya tak.
nak bawak garam kicap semua,karang terasa pulak makcik DM tu.

walaupun golongan di sini bertatasusila dan sebagainya,
mereka kurang pandai menjaga hati manusia lain.
itu pendapat aku sendiri.
tapi,aku tak kisah pun semua tu.
aku kan wanita besi.
small matter lah.

aku masih normal setelah dua minggu berada di sana.
semoga aku masih normal dua tahun kemudian :)

p/s - bila ada yang senyum pada kau,baik kau senyum balik supaya kau tak dianggap sombong.itu yang terdetik di hati aku bila orang tak senyum dekat aku balik.

Saturday, February 7, 2009

menara jagung.

last day dengan geng sekolah rendah arini di klcc.di kinokuniya,aku diganggu seorang lelaki.pak arab kott.sangat menakutkan.mulamula dia tegur,'hey,malaysian?' aku yang taknak digelar warga yang sombong menyahutla ya.lepas tu dia mula merepek hal bukanbukan dan hati aku kuat mengatakan yang aku perlu lari dari situ.tibatiba haza melintas.aku heret dia,aku cerita kat dia.lelaki tu ikut aku.aku pegi hujung mana pun,dia ikut je.menakutkan.sekarang dah takde sebab untuk aku terus berada dalam tempat tu.aku berlari keluar.nasib baik dia tak kejar aku sampai rumah.apepun,selain daripada hal pak arab tu,segalanya berjalan lancar harini.

*p/s - batu caves jam gila woo.berjam jam aku dalam perjalanan.siot je.

Friday, February 6, 2009

goodbye sementas :(

pagi tadi aku kabut setelkan benda yang tertangguh untuk urusan pindah sekolah.alhamdulillah,semua setel.seronok bergamba dengan ayahanda.beliau semakin sporting.haha.macam yang aku dah agak sejak awal,sekolah aku bakal banjir dengan airmata.semua pakat nangis nangis.16 orang keluar dari sementas.aku salah satunya.terharu jugak aku tengok diorang bersungguh nangis.paling teruk,aku bukan setakat menangis,malah termuntah.entah kenapa.pelik betul aku.bila sedih nak muntah,bila gabra nak muntah,bila takut nak muntah,semuanya nak muntah.tak tau la kalau aku mengandung nanti cemana.

aku rasa otak aku masih boleh mengingati sesuatu hal yang aku anggap penting.jadi,kenapa diorang pikir yang aku akan lupakan diorang? sedangkan nyamuk gigit aku pun aku ingat.apetah lagi diorang.haih,aku terpaksa stopkan entri ni di sini sebelum bilik aku pulak yang banjir.

*p/s - malas aku nak tayang gamba.semua mata bengkak.malu.

Thursday, February 5, 2009

ah,kau karanglah title sendiri.

aku tak senang duduk masa jamuan pengawas di syakey's tadi.risau diorang tunggu lama.berpuluh kali aku tengok jam.tibatiba ada kejutan.trimas.tak sangka dapat penghargaan sempena kitorang nak melangkah keluar sekolah.sekali lagi trimas.aku appreciate muffin*bapak aku yang kebas dan saputangan yang ada nama aku tu.

berjanggut aku tunggu majlis tamat.alhamdulillah,aku berjaya larikan diri sebelum majlis secara rasminya berpenutup.menderita perut diorang tunggu aku.plan pergi melalak dibatalkan.cis,penat aku berlatih habis-habisan.tapi bagus jugak.nak sopping lagi.karang balik lambat puan seri kat rumah aku bising.hari ni tahap keborosan aku naik dengan mendadak.entah apa benda yang aku beli.terpaksa sorok dari pengetahuan puan seri.tali jam aku bertukar lagi.aku dah pakai jam yang sama untuk empat tahun.sayang gila jam tu.bukan sebab ia hadiah harijadi aku masa darjah enam,tapi sebab susah bapak aku nak keluarkan duit beliau untuk the only anak dara beliau ni.

hari ni berakhir dengan penat yang melampau.aku perlukan tidur yang cukup.esok sekolah.lusa cuti.tulat pun cuti.selepas tulat pun cuti.selepas tulat punya tulat aku dah bertukar sekolah.heh? cepatnya masa berlalu.pejam celik pejam celik nanti tah tah aku dah kawin.siapa tau.

baru aku tahu

baru aku tahu pelajaran sejarah dah sampai tamadun indus.aku ingat masih mesopotamia.ternyata aku kuat bermimpi masa sejarah.

baru aku tahu pawagam tu akronim bagi panggung wayang gambar,tadika singkatan bagi taman didikan kanakkanak,dan kugiran tu singkatan bagi kumpulan gitar rancak.

baru aku tahu banyak step yang perlu aku ambil hanya untuk tengok sel epidermis bawang.aku ingat beliakkan mata terus nampak.

baru aku tahu yang aku mampu membebel tentang chemistry walaupun aku sendiri tak paham apa yang aku bebelkan.

baru aku tahu cikgu cikgi juga pandai tachink tachink.terutamanya masa tengok telenovela.kan cikgu kan?

baru aku tahu kawan kawan aku ternyata sayang melampau lampau terhadap aku.bukan aku perasan.diorang yang mengaku.

baru aku tahu yang aku selalu tertidur masa depan laptop.terutamanya masa aku taip sesuatu.

baru aku tahu yang aku siap boleh mimpi walaupun aku hanya tertidur beberapa saat.

baru aku tahu segala benda yang baru aku tahu ni aku tak berapa sedar dulu.sekarang,baru aku tahu.

baru aku tahu yang aku dah matang sikit,haha :)

Monday, February 2, 2009

pagi tadi.

hari ni cuti.bukan pasal hari wilayah.pasal semalam sukan.terimakasih cikgu.pagi pagi lagi aku bersemangat nak pergi main basketball dengan mereka.konon nak buat lagak hanamichi.tapi dah macam apetah aku main.slow jog naik empangan seronok jugak.sampai atas lagi seronok.tapi empangan dah tak secantik dulu.sayangnya.pulangkan empangan aku yang dulu!

zul;mira;nazz;tira;mas
[berehat sebentar,penatlah naik bukit!]

sebelum aku terlupa, SELAMAT HARI JADI HAZA! kau dah tua.haha.

rakusnya oh ulat.

aku memandang bumi seperti tembikai yang bulat.dan manusia pulak seperti ulat ulat yang menghuni tembikai itu.merasai segala nikmat tembikai,dan akhirnya menghancurkan segala keindahan tembikai itu.segala isi tembikai dinikmati dengan rakusnya,yang tinggal hanyalah tembikai yang sudah tidak elok seperti dulu.samalah macam manusia.menikmati hasil bumi dengan rakus,seterusnya seolah olah menghancurkan bumi itu sendiri.sama bukan.mungkin ini hanya imaginasi aku.tapi mungkin jugak ia realiti.

sebenarnya sekarang aku lapar.teringin pulak nak makan tembikai.

Sunday, February 1, 2009

lelah aku macam ni.

sukan tahunan sekolah aku bernoktah hari ni.lokasi tiap2 tahun sama,tak pernah berubah.stadium mps,dah jemu aku pergi.hari ni ingatkan aku hanya bersenanag lenang kat sana sebab aku hanya jadi simpanan untuk pandu puteri*ramai tak sangka aku ahli girl guide,kenapa ya? ganas sangatkah aku?.tibatiba aku dapat berita sorang tak dapat masuk sebab dia masuk acara terakhir.cis.tersia sia jugak peluh dan tenaga aku hari ni.

tahun ni macam segalanya menarik bagi aku si ahli pandu puteri dan rumah kuning.aku patutnya pulang dengan seronok.pandu puteri yang tak pernah dapat tempat di mps,dapat nombor empat dalam perbarisan.dan rumah kuning yang tahun lepas menduduki tempat terakhir,menjadi johan keseluruhan tahun ni.tapi,macam biasalah,aku hanya menunjukkan reaksi kosong.macam orang takde perasaan.tahniah buat krs.kau orang memang sentiasa aku tabik.tapi aku taknak sertai kau orang.sebab aku hanya akan menghancurkan kegemilangan kau orang.

teramat sangat penat hari ni.sampai ajakan bapak dan abang aku nak pergi mana tah,aku tolak mentah mentah.mungkin mereka balik lewat ini malam.aduh,baru aku sedar yang aku sorang je kat rumah.seram sikitsikit la.bukan seramkan hantu jembalang ke apa,cuma seramkan manusia bertopengkan syaitan.haisy,cepat la balik,,