geng bas sekolah

Monday, December 19, 2011

tiga hari dua malam.


dah banyak hari sangat aku speechless bila hadap blog. tangan aku dah hilang daya nak menaip. lebam habis. kem punya pasal. terkejut jugak balik tengok tangan semua lebam. itulah akibatnya menjadi lepasan spm yang tak dipanggil sertai plkn. urat terkejut tak pernah main lasak.

DAY 1
masing masing bising sebab bas gerak sejam lewat. dah la nak kena menapak sejauh-jauh chancellor hall. pentadbiran agak kucar kacir mungkin sebab faci tak cukup experience. memandangkan girls adalah minoriti, maka protes besar-besaran dimulakan apabila terpaksa menapak jauh-jauh. haih. salah batch kitorang. ramai tarik diri saat akhir. counselling unit pun banyak kuciwa.

macam biasa aktiviti first wajiblah ice breaking. seronok sembang dengan international. semangat sangat diorang tu. kadang ada yang over bersemangat tu, memang tahap kena gelak la. malamnya nightwalk. nightwalk paling osem dalam sejarah hidup aku. lama sangat nak tunggu sorang sorang turun, tertidur atas bukit berlantai tanah, berbumbung langit. group aku among yang last turun. around 6am baru kitorang turun kot. tangan lutut semua berbirat langgar batu, pegang tali.

DAY2
haa, ni lagi osem. tak pernah aku pergi kem dia bagi rest lama lama. disebabkan semua kepenatan, maka aktiviti start pukul 11. memang tahap tidur berguling guling lah semua orang. faci pun dua kali lima. petang tu obstacle pulak. yang ni memang betul2 plkn punya aktiviti. dalam sejarah hidup, monkey bar adalah musuh ketat yang paling aku benci. dulu kini sama saja. aku tak pernah reti nak gayut2. so dalam terpaksa aku pegang dua palang, dan dengan lafaz bismillah terus aku terjun dalam air. aura gelak tawa pun mula ke udara.

preparation untuk culture night paling seronok. platoon aku kena buat boria. preparation terbaik tapi persembahan, haha teruk sangat. sebab aku lupa lirik. wahaha. kesian international semangat gila hafal lagu. tapi seronok tengok diorang enjoy gila belajar boria.

DAY3
dah nak balik semua pun dah penat. ada satu game ni, train-apa-tah. memang sangat perlukan team work. team girls berperang mulut dengan faci time game ni. well, faci memang diwujudkan untuk menyeksa kami dari hujung rambut hingga hujung kaki kan. syeda paling dasyat sampai kena panggil bagi ibrah. haha.

dah balik. penat. tido. badan berbirat. otak kejang. marathon siapkan esaimen. haha.

2 comments:

syakirahmn said...

gagah ahhh nak marathon esaimen pulak, kalau aku mau pengsan sehari badan konon penat sgt. XD

cik chopu said...

syakey: nak tak nak kena hadap jugak esaimen tu aa. hihi