geng bas sekolah

Thursday, December 22, 2011

vacation.


hmm lately ni tak boleh nak berlagak macam orang free 24 hours sangat memandangkan final exam bakal datang terpa aku. words dari lecturer programming, serius tak boleh terima. 'lambat lagi kan final exam kamu. tahun depan kan'. ha ha ha, itu sangat lawak sir. yes, memang tahun depan, tapi kalau dah tinggal dua minggu je lagi nak end 2011, tak payah nak tahun depan sangat lah kan. hmm rasa macam baru semalam final exam sem satu.

maka krismas ni warga utp pun berpusu pusu pulang ke rumah. mencari ketenangan mungkin sebelum nak hadap study week. aku pulak bukan main gelora jiwa sebab mak tak bagi balik. mula mula macam dah pasrah je kan, siap plan nak ke gua tempurung merawat luka. but then, mak cakap, kita akan ke langkawi. aku pun macam, 'apa mak? serius aa serius aa serius aa.' hmm apa cerita vacation emak ke chiang mai?

hihi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, vacation mak dan bapak officially cancelled. patutla nada cemberut semacam. tu lah, lain kali kalau plan kena include anak dara yang tercinta baru menjadi. kiranya plan mengejut ke langkawi ni merupakan episod merawat hati yang lara lah. haha terbaik lah mak. berbekalkan fakta yang kita memang dah lama tak jejak langkawi, berita ini adalah sangat menggembirakan. hihi [last time aku empat tahun je kot. mana ingat apa2]

moga moga vacation ni akan menambah exam spirit aku! hoyehh. sekian toceh!

2 comments:

WANYellαyαli said...

ha! jangan leka. semoga berjaya! solat hajat jangan lupa :D

cik chopu said...

wany: hihi thanks wany