geng bas sekolah

Thursday, June 11, 2009

la la la kampungku

mana pun aku pergi,aktiviti harian aku yang selalunya aku laksanakan dengan jayanya adalah makan.sesungguhnya kampung aku adalah gedung makan yang terhebat bagi naluri si pemakan macam aku.nenek aku bukanlah rajin dalam hal masak memasak.mak aku sendiri mengakui hal tersebut.dulu aku ingat mak aku timba ilmu memasak dari nenek aku.rupanya aku salah.ternyata mak aku lebih hebat dari nenek aku sebab mak aku berguru dengan moyang aku.
tapi kenapa nenek aku taknak berguru dengan moyang aku? mungkin tak sempat.maklumlah,nenek aku kahwin umur 13.nasib baik nenek aku tak suruh aku contohi dia.jadi,senang je tugas aku.beli je la makanan sedap mana yang aku nak.dekat sana semua sedap.paling seronok,semua murah.memang berbaloi.

tapi bukanlah aku kerja melahap je kat sana.sekali sekala aku pergi la jugak jenguk pantai yang menyimpan banyak nostalgia cinta zaman kecik aku.ah,malu aku.sekarang aku tak kenal pun
hero yang aku jadikan mangsa cinta aku tu.haha.wujud lagi ke dia? terkenang saat dia intai aku mandi laut dari jauh.tau la aku seksi masa tu.melampau betul.nasib baik masa tu aku hanya seorang budak berumur tujuh.hai,gatal sungguh aku kecik kecik dulu.

hari hari aku layan kamen rider masa kat kampung.kadang kadang nenek aku pun join sekaki.pakcik makcik aku dan anak anak mereka pun tak lepas peluang menonton.layan gila la.ungkapan "nenek aku kata" tu macam seronok gila je.patut la abang aku sanggup beli DVD tu.kadang kadang bila tamu datang,diorang macam tertipu je bila tengok kitorang semangat tengok cerita tu.konon ingat kitorang tengok drama jepun la kan.aku bantai gelak je bila
tiba tiba hero bertukar.haha.gerenti bengang diorang uh.

Saturday, June 6, 2009

apa semua ni?

aku menggigil,
bulu bulu roma aku mula berdiri,
seolah olah berada di zaman titanic tenggelam,
sejuknya ibarat berpelukan dengan iceberg,
siapa yang mampu memanaskan aku saat itu?

mungkin tangan solar abang aku mampu,
tapi dalam situasi ni,
aku tak perlukan tangan tu,
seluruh badan membeku,
darah menyerbu pelosok mukaku,
getaran berlaku di bibir,
kenapa?
aku tidak tahu.

tekak terasa mual,
tidur tak lena,
perut terasa lapar,
mak,ape semua ni?

apa kau rasa?

Thursday, June 4, 2009

aku berdarah seni?

tadi aku tengok 'cerita artis malaysia'. pertama kali kott aku bukak siaran tu. kisah hari ni pasal artis yang dah jadi artis sejak baby baby lagi. aku pun bukannya suka sangat nak tau pasal artis ni. tapi tah la,aku tertarik pulak dengan cerita tu. rupanya banyak family artis kat malaysia. mak artis, anak artis, kakak, adik, atok, abah, nenek, semua artislah.darah seni betul. aku pun ada darah seni jugak kalau nak ikutkan. arwah tok ayoh aku dulu tok dalang. artis la jugak kan, wayang kulit tu. mak aku pun dulu aktif aa dekat wayang sekolah. seni jugak tu kan. bapak aku pulak boleh dikatakan pakar aa dalam senibina. seni jugak kan. abang aku? seni lukis pro gila. seni lagi. aku sendiri? dulu masa sekolah rendah aku pun aktif dalam joget joget ni. tapi tu dulu aa. sekarang kan aku si pemalas berkaliber. tapi paling best nama aku aa kan. serupa artis dah tu.

tapi apa nak bangga dengan darah seni? apa nak bangga dengan gelaran artis? aku lagi bangga kot kalau aku berdarah pahlawan. boleh jadi hero. aku kan hero. boleh sumbang kepahlawanan dan keperkasaan aku kepada agama, bangsa dan negara. besar uh cita cita aku. tapi bila direnungkan balik, aku bersyukur sebab aku adalah aku. tiada siapa pun berhak meniru aku. hakcipta terpelihara terhasil daripada mak bapak aku ni. haha.

p/s: dunia seni memang penuh dengan hipokrit. tapi aneh kan. kenapa ramai yang berpusu pusu nak jadi artis? tak lama lagi bumi dipenuhi makhluk hipokrit aa camni. renung renungkan dan selamat beramal, *maaf dr. fadhilah kamsah,terciplak ayat tuan.

Tuesday, June 2, 2009

jangan menangis sayang,

semalam masa makan,mak aku cerita la pasal adik kepada sepupu aku yang meninggal haritu. adik dia tu umur dalam 2 tahun setengah macam tu la. mak aku tanya, 'mana abang?' dia cakap, 'abang dekat kubur, haritu kepala abang bedarah, adik bedarah dekat leher ni (sambil tunjuk leher dia). tapi malam malam abang balik, tidur sebelah adik. daddy la bawak kereta laju, tu abang bedarah macam tu' macam tu dia jawab dengan pelat dia tu,dengan bahasa kelantan pekat. aku tak tau kenapa, aku terus menangis dengar cerita mak aku. aku terfikir, lepas ni dia nak main dengan siapa? dia nak gaduh dengan siapa? sedangkan sebelum ni dia asyik dengan abang dia je. minggu
depan aku balik kelantan,aku nak dengar sendiri cerita tu dari mulut dia. rasa rasa,mampu ke aku tahan air mata masa tu? ah,aku dah tau dah jawapan persoalan aku ni.

argh! aku rindu!

Monday, June 1, 2009

begitulah aku

hari ini hari isnin. sepatutnya aku dah mula jalankan operasi menmbereskan kerja sekolah. tapi nampaknya satu kerja pun belum aku siapkan. sikap suka bertangguh ialah sikap yang buruk. mak aku tak pernah ajar aku supaya bertangguh. begitu jugak cikgu cikgu aku. jadi,dari mana aku belajar mengaplikasikan sikap tu dalam kehidupan seharian? dalam kes macam ni, aku selalunya salahkan syaitan jahanam itu kerana menghasut aku walhal aku yang bodoh pergi ikut cakap dia kenapa. mulai hari ni aku bertekad untuk memerangi musuh nombor satu aku tu habis habisan. aku akan mula pekakkan telinga dengan hasutan kau wahai syaitan. semoga niat aku yang suci murni ni mampu membuat aku melompat lompat bila semua homework selesai. lepas tu baru la aku boleh qada' tido sepuasnya. tunggu aku wahai bantal. bersedialah kau menjadi peneman aku yang setia setelah siapnya semua homework aku. adios!