geng bas sekolah

Sunday, April 21, 2013

They said 4 months break itu menyeronokkan.

Assalamualaikum.

"Woiiih biadap betul berabad dah kau gantung aku tak bertali" - jerit si belog pada sang tuan.

ampun belog berjuta juta ampun. 4 months break aku dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah ni wehh. dan buat masa ni aku rasa budak yang tengah nak hadap final dekat utp tu lagi syok landing atas katil berbanding aku yang ligat sana sini tolong mak bisnes ni. mak punya diktator memang kalah hitler aku cakap. jiwa aku terjerit terlolong dah ni nak balik utp sederas yang mungkin. jiwa ni memang mengada. masa dekat sana terpekik nak balik rumah. dah cuti lelama mula gelenya nak balik sana.

sepanjang 4 bulan, rekod pertemuan dengan rakan-rakan berada di tahap terendah sepanjang hidup. sedangkan zaman hingusan dulu pun dalam sehari wajib jumpa sekali main baling selipa. dalam 4 bulan aku cuma keluar dengan dua insan bertuah yakni ceknaz dan suaida. itu pun belum habis stres yang terbuku dalam dada aku lempiaskan, mak dah call tanya bila nak balik. kau tak kenal mak aku. sekali dia call tu, dia akan expect kita sampai rumah dalam masa paling lewat sejam. and masa tu asar pun baru nak masuk. ya, aku dah 20 tapi aku tetap anak mak yang perlu pasrah dan redha setiap masa. I was trained to be like this. so for those yang taktau mesti akan rasa aku ni somewhat tradisional asyik takleh keluar rumah, asyik kena tolong mak, asyik kena balik awal, asyik itu asyik ini. itu for those yang tak kenal mak aku la.

yeah aku sedar cuti ni memang banyak pun aku memberontak macam jiwa calon-calon pilihanraya kalau tak menang PRU, eh. kakda dengan abang called me drama queen. tapi diorang jugak paling banyak back up aku. paling banyak keluar bawak aku berhibur. lesen untuk keluar rumah tu hanya dengan dey all sahaja. so for time being, those two boleh dapat mandat jadi bestfriend aku lah. hehe.

tapi ada reason kenapa aku habis habisan gadaikan cuti yang teramat precious ni untuk tolong mak semata-mata. aku ada reason. reason tu tak payah la tau. tapi macamlah orang nak tau pun. kihkihkih. perasan sejenak. siti nurhaliza pernah menyebut, biarlah rahsia. so yeah biarlah rahsia. ngeeeeee.

maka dengan cuti yang masih bersisa tiga minggu setengah ni, aku harapkan tidur malam mimpi indah. aku harapkan mak masak menu best best. aku harapkan ada masa untuk aku melempiaskan 100% rasa stres yang menebal dalam jiwa.

dan suka aku nak ingatkan, balik utp kelak rumah aku tingkat 5. maka wassalam lah lemak lemak tepu. kau bakal terhapus dengan sendirinya. sekian toceh.

2 comments:

Shazwani Ramly said...

hahahah gelak gelak baca. semoga dpt habiskan cuti dgn sebaiknya :)

cik chopu said...

shazwani: insyaAllah :) hehe