geng bas sekolah

Monday, April 22, 2013

taman bunga dalam hati

Assalamualaikum.

tadi aku teman mak pergi beli barang. as usual aku drive sopan sopan sebab mak ada sebelah. cuma kalau ada satu dua kereta yang dipandu macam tahi, aku punya kesopanan tu tercicir sikit la. entah kenapa mood mak luarbiasa baik harini. sampai ajak shopping bagai. tengah tengah banyak nak pakai duit ni mak ajak shopping memang pelik bin ajaib jugak lah. apepun, kecik tapak tangan satu KL aku tadahkan. rezeki jangan ditolak ye dok?

rupanya kasut mak dah syahdu sangat kedaifannya. family aku memang gini pesen dia. kalau beli something, pakai sampai jahanam baru pasang niat beli baru. selagi tak rabak selagi tu pakai sampai lebam. membazir itu kan amalan syaitonnn. kasut aku yang sokmo sokmo pakai dengan baju kurung pun dah semacam uzur keadaannya so mak pun offer lah kalau kalau nak beli sepasang. eleh sebenarnya mak tak suka tengok aku pakai kurung dengan crocs mahupun sneakers. tapi semua macam gegel melampau. maka niat baik mak aku reject dalam keterpaksaan. try pancing mak kot kot boleh ganti dengan jeans ke. alhamdulillah, laju je mak angguk. sebab tu aku cakap mak luarbiasa baik harini.

paling happy bila pegi tempat baju budak. aku punya meroyan macam ada anak kecik 10 orang. bersinar mata tengok baju baby kiut kiut. maka lesaplah ringgit malaysia dihabiskan beli baju anak buah. ngeh ngeh. kalau boleh nak borong je semua. cuteness level - infinity. hehe nampak tak betapa luasnya taman dalam hati aku? kih kih kih :D

sekian toceh.



1 comment:

penunggu blogger said...

wehh!! untung kau dah ada lesen. aku tak terambil lagi. sobs