geng bas sekolah

Sunday, May 6, 2012

menghadap kertas putih lagi.

assalamualaikum ~

dear notes yang minta dibaca, kejap ya. aku curi masa sikit hapdet blog. hadap kau 24/7 bikin jiwa kacau.


esok paper first final exam sem ni. so memang wajarlah aku dok bergolek sakan dengan notes kiri kanan. tengok housemates semua dok stadi macam nak makan je nota, aku pun haruslah termotivasi kan. masa masa macam ni memang banyak godaan. semua benda rasa seronok je buat, main solitaire pun rasa syiokk, tapi bila stadi rasa macam (,_, )hmm ( ,_,)hmm (`_`)hmm macam macam lah. ngantuk lah, penat lah, sakit pinggang lah, lapar lah, nak call mak lah, nak labur saham lah ~~ ngeh ngeh dasar pemalas.

jutaan terima kasih diucapkan kepada biskut pucat sebagai peneman setia di kala lapar. tak lupa juga mister potato yang dah tinggal habuk habuk. juga periuk nasik yang banyak berjasa membuatkan aku tak payah kerap turun kafe. well, kan study week, semua pakat ramai2 berkumpul makan dalam rumah. rasa macam turun kafe ambik masa lama dan rugi masa stadi. cehh padahal semua pemalas. dah sedap dok lentok atas singgahsana masing-masing, memang pikir banyak kali lah nak turun kafe. 

sekarang adalah masa untuk kentalkan jiwa dan teguhkan hati. perbetul niat sucikan minda. insyaAllah boleh jawab. ngee. sekian toceh!

ok notes, ayuh kita kembali berasmaradana.





4 comments:

WANYellαyαli said...

bila tu start cik chopu?
all the best tau!

Mai-Yu said...

Hajimemashite!
Gambatei, Mas-san!

syakey said...

haha. lawak la kauu mas.

mmg! aku setiap kali study week aje mesti ketagih main game. padahal lepas exam takde pulak main @_@

konpius aku tauuu. haish!

mas, all the best wehh! buat yang terbaik. asmaradana lebih sikit dgn notes. untuk kali ini sahaja. lepas tu hoorayy la okeyyy ;)

cik chopu said...

wany: sejak isnin dah start. one more to go. ngee

syakey: kan kan kan? balik rumah tak rasa nak sentuh pun game tu. thanks syakey!