geng bas sekolah

Saturday, March 3, 2012

the end and the beginning.


assalamualaikum manusia sejagat.

banyak sangat pos tergendala. mati kutu nak menulis. nak tulis essay apply scholarship pun merangkak-rangkak. menyorok dalam perigi ke aku yang dulu? so what happened yesterday and the day before?

29022012

ok aku dah miss pos 4 tahun sekali. boleh buat tak endah dengan tarikh unik yang tak selalu sunggah. I wonder  did I post anything on 29th feb four years back? ok lepas ni cek [aku dah cek dan rupanya masa tu aku belum mula berbelog, hihi] 29feb adalah hari penat lelah aku tahun ni. after solat zohor, lintang pukang dengan other housemates+classmates pergi tesco taman maju. apa bikin sana? of course lah lunch dulu kasi penuh tangki. then bergerak ke pejabat daerah perak tengah, sibuk cari pegawai nak cop pengesahan. kami anak dagang duduk jauh dari rumah datang mintak simpati pegawai daerah perak. dan alhamdulillah mereka yang bertugas adalah manusia yang sangat sangat ramah. susah nak jumpa pegawai kerajaan yang nice macam tu. especially dekat imigresen few years back. mintak simpang. uhukk.

selesai dekat pejabat daerah, cepat cepat ronda taman maju cari bisnes yang sesuai untuk disumbat ke dalam esaimen kitorang. jumpa sasaran terus serbu. at first auntie tu macam taknak layan kitorang sebab takut kena intebiu macam macam. tapi dengan 5mulut yang ada, A sampai Z dia membebel pasal bisnes dia. ok done with that part, tinggal nak taip dan hantar je lagi.

habis semua tu, balik singgah pasar malam, solat asar dekat old mosque, lepak @ pavilion UTP makan makan, camwhoring kejap then baru balik. lelah sangat. malam silat pulak. haih.

sahabat serumah sekelas sekotak sekatik


02032012

apa jadi semalam? permulaan bulan yang membikin jantung dup dap dup dap. semalam ada phone interview dengan maybank. and it was my first time ever. jadi aura jakun dan cuak berganda ganda ya. janjinya nak call pukul 4, tunggu punya tunggu, 4.30 baru dia call so jiwa kacau tu memang tak terhingga la. 

basically dia memang banyak tanya pasal aku je. aku pulak celupar sangat pergi cerita panjang lebar membuatkan dia makin banyak soalan nak tanya aku. some of the questions are:

  1. When you were a prefect, how did you handle with problematic friends?
  2. Have you faced any difficulties in doing your work in editorial board?
  3. What is your ambition?
  4. Why do you choose that ambition?
  5. Why do you think you deserve this scholarship instead of other?
  6. If you can change anything in life, what will you change?
  7. What is your greatest achievement in life?
  8. If we give you the scholarship, what will you distribute to Maybank
  9. and other few questions yang mencarik bulu roma
  10. macam soalan survey je kan kan kan? 
you think phone interview is easy? ya think? ya really think ???? think twice.

bukan mudah nak otp dengan someone you never met before, tiba tiba je nak korek A sampai Z pasal kau. oh no, amat payah oke. aku dah lah lenguh sikit cakap talipon lama lamaan. the longest conversation was 15 minutes. dan ni, ada dekat setengah jam dia borak dengan aku. lenguh sangat. dan aku pun macam gagap bebenau untuk seketika. nevermind, all is well.

next dia tanya if aku ada soalan nak tanya, haaaa ada la dua tiga soalan aku tanya dia regarding the scholarship. at last dia kata, kalau pass yang ni, ada another interview dekat menara maybank kelak. doa doakan lah ya. [with the fact that I was gagap bebenau, really need your doa]

ok habis sudah 2 chapter kehidupan yang aku dah tangguhkan. sekian toceh :)



3 comments:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

ohhh yeah cik chopu kembali.

btw, buku tu best. =D

u shud read it

D-SIM said...

eh, asal minx scholarship maybank ? amek acc eh ? O.o

cik chopu said...

sbs: ok ok akan baca kelak :) thanks for suggestion btw.