geng bas sekolah

Friday, February 24, 2012

pesanan ringkas dari mak.


kadang benda yang paling ringkas tu lah yang paling malas kita nak buat. contohnya:

1. maimun (bukan nama sebenar) makan nasik. habis makan maimun pun kenyang. maimun pergi basuh tangan. maimun letak pinggan dalam sinki. ehh maimun tak lupa basuh pinggan. cuma maimun malas. 
moral: aku paling pantang dengan perangai macam maimun.

2. bedah (bukan nama sebenar) basuh pinggan. sinki pun tersumbat. banyak sampah dalam sinki. bedah pun biar dan bedah pergi. bedah tak lap tepi tepi singki. 
moral: aku paling pantang dengan perangai macam bedah.

untuk certain perkara aku memang tak berapa nak rajin. tapi kalau hal sinki, aku memang pantang. mungkin sebab dari kecik sampai besar mak asyik dok bebel pasal sinki memanjang. mak kata, kalau nak tau orang tu macam mana, pertama sekali tengok sinki atau tandas rumah dia. dari situ kita boleh tau orang tu macam mana. bukan nak kata cermat sangat guna sampai haruslah shining sentiasa macam iklan mr muscle. tapi kalau dah tahap tersumbat, penuh sampah, lalat sana sini, tak lap, lalu ke kau nak makan kat rumah dia? mintak simpang. 

lagi satu mak pesan, kalau dah habis masak, selagi dapur tak habis kemas, jangan nak duduk makan. bila dah habis makan, jangan nak longgok pinggan dalam sink. barulah rumah tak disinggahi lalat dan yang sama waktu dengannya. 

haha banyak sungguh bebel. banyak lagi kalau mak yang bebel. hihi. sekian toceh.

3 comments:

D-SIM said...

yeah,

aku pun ada masalah yang sama dengan orang macam maimun & bedah tu -.-'

sabo jelee

raksasa kuku biru said...

sama lah mak kau dengan mak aku.

syaafee said...

ta payah tunggu mak bebel.
nanti bila dah jadi wife.
kita sendiri yang start bebel.
sape kena dengar?
mestilah suami.
haha.
anak?
4 5 tahun after.
baru nak membesar.
bawu nak paham. heee