geng bas sekolah

Saturday, February 18, 2012

cirit birit.


tajuk yang agak straight forward aku kira.

sepanjang hari ni entah berapa kali keluar masuk tandas sejak pagi lagi. pukul 10 tutorial calculus, dan 9 setengah aku masih dalam tandas untuk kesekian kalinya, berperang dengan cirit birit. waktu yang sepatutnya aku dah ready untuk final touch up betulkan tudung yang senget benget. rupanya mekda bilik sebelah lagi dasyat dari aku. dah siap muntah bagai. ok ini menakutkan. sebabnya.....bendalah ni..


itu dia, safety alert dari utp  [klik untuk tumbesaran]

agak kecundang jugak dengan fakta rupanya cirit birit juga membawa maut. housemate aku saja dah 3 orang mengalami simptom ni. dan finally aku memang yang paling tegar sebab tak relakan diri menapak ke poket c nun jauh di sana untuk klinik semata. (yang nyatanya air garam je pun yang dia baginya)

dan akibatnya, agak melampau aku berlamaan di tandas semasa kuiz calculus sedang ke udara. tutor suruh ke washroom for refreshment, tapi aku ke sana berperang dengan perit dan jerih yang kalau aku mengadu kat mak, pasti dia takkan sama tarafkan dengan sakitnya melahirkan aku. (aha, ini dah jauh menyimpang)

mungkin aku terlebih makan sambal semalam. bukak puasa laju laju makan sambal kerang. sebab kehadiran aku diperlukan selepas maghrib untuk satu program. perasan orang penting. dan seusai program tamat, dibekalkan lagi dengan nasik lemak super sambal telur mata. mana boleh tolak, mustahil mustahil. hmm mungkin ini puncanya.

habis kelas calculus, perut rasa lega sikit singgah kafe tapau food. wah sambal tempoyak. lupa habis hal cirit birit dan terus dengan niat suci murni untuk pekena sambal tempoyak pulak. balik bilik habis makan barulah merasa azab yang teramat pedih. aku harap rollercoaster dalam perut berhenti beroperasi menjelang esok. 

6 comments:

farhana | selamat said...

teringat kau selalu pergi klinik sebab cirt birit time sekolah dulu. tak sangka lak melarat sampai ke U. heheh. opsss, terkantoi sudeyyy!

farhana | selamat said...

teringat kau selalu pergi klinik sebab cirt birit time sekolah dulu. tak sangka lak melarat sampai ke U. heheh. opsss, terkantoi sudeyyy!

SAYA BUKAN SAMDOL said...

try makan pil che kiti on la. haha ok tak tau nak eja nama pil tu macam mana

cik chopu said...

fana: haha kau ingat lagi. malu je, ngeee

cik chopu said...

sbs: hihi taknak la. ubat kecik tapi kena makan banyak2.

syakey said...

kasihan. aku rasa cirit birit ada lah satu sakit yang melemahkan sluruh organ dalaman termasuklah otot2 dan lemak2 kat badan. nak bangun ponnn lemah sgt.

rehat banyak2. esok kan ahad. makan tu jangan nak bedal aje, check kelulusan jakim dalam perut tu dulu okeyyy.

:D