geng bas sekolah

Sunday, January 29, 2012

kasut aku mana?


dua hari lepas.

punyalah bosan. nepal sista ajak jog. memang tepat pada saatnya. semangat sangat. dah siap siap. menuju rak kasut. kasut aku mana? senyap. kasut aku mana? senyap lagi. ada nampak kasut aku? semua geleng. ah sudah. rembat kasut rumet. sepanjang jog berfikir. kasut aku mana? alahai kasut aku mana?

balik geledah satu bilik cari kasut. aku ingat aku ada susun atas rak. converse corduroy aku yang sejak beli tak pernah cuci. kasut yang sebelum nak beli turun naik sungai wang cari merata. kasut yang bila bosan situ pun jadi medan menconteng. kasut yang dah macam macam lumpur aku salutkan tapi cuma sekali aku simbah air. ya, aku simbah. tak sampai hati nak berus. kasut yang aci redah je pakai bila masa sahaja yang aku nak. dengan baju kurung ke kelas, jog petang petang, hangout pun boleh, pegi kem pun lepas. kasut yang selalu kena bebel dengan mak sebab aku taknak basuh. kasut yang susah payah aku mintak dengan bapak baru aku dapat. ahhh tak tension pulak aku. aku tak tau kenapa aku sedih sangat sampai sembab mata menangis. 

wahai sesiapa yang ada terambik kasut aku. kasut berkarat aku tu, aku sayang sangat. ambik sepuluh kasut yang lain pun aku tak kisah asalkan jangan ambik yang tu. haih mana la kasut aku pergi ni?


sila kembali segera.






6 comments:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

sayang betui cik chopu dengan kasut tu

D-SIM said...

iye iye jea ambil yg spuluh lain xpe,haha

la tahzan.. mne taw dpat converse baru ? everlast ke... mane taw ??

cik chopu said...

sbs: mesti lah . banyak kenangan tu :(

cik chopu said...

dsim: eh aku serius kot. dh kalau ke mana pergi pun aku pakai yg tu je, buat apa 10 yg lain kan.

Amirul Hakim Mohamad said...

siapa berani curik? grrr curi kasut takpe, curik hati jangan.haha

cik chopu said...

amirulhakim: haih kalau tau siapa, dah lama pegi curik balik. wahh kalau lah semudah tu hati dicuri.