geng bas sekolah

Monday, November 21, 2011

memadu kata.


semakin dicuba memadu kata,
semakin kelat kata tercipta,
sekali diibarat hempedu,
selamanya kelat terasa.
andai satu masa peria bertukar manis,
tetap gemetar lidah merasa,
tetap gentar gigi mengunyah,
bimbang pahit masih tersisa.
tapi andai tebu bertukar pahit,
pasti masih ada yang meneguk airnya,
ingin menikmati manisnya,
walau kini tak manis lagi,
suatu masa dulu lidah pernah mengecam manisnya.

6 comments:

D-SIM said...

yeah, ini salah satu sebab aku benci sastera or whatsoever. byk sgt huraian yg boleh diketengahkan -.-'

FeeL da MorE said...

pandainya kamu bermadah =)

cik chopu said...

dsim: dan ini salah satu sebab aku suka sastera. banyak benda yg boleh dianalogikan.

cik chopu said...

feel: masih kerdil lagi.

WANYellαyαli said...

aku tk tahu knp,
suka beno baca tulisan kau :)

cik chopu said...

wany: kau punya lagi mantop kot