geng bas sekolah

Thursday, November 17, 2011

hihi dia dah 18


ke hadapan rumet yang dicintai dan manjai.

happy 18th birthday! aku nak gelak besar sebab kau akhirnya dah lapanbelas. selama ni kau sibuk intro diri 'NAMA SAYA NADHIRAH. SAYA TUJUHBELAS.' haa esok jangan kau nak kata kau cuma 18 tahun sehari pulak. ada yang aku baling tong gas. haha.

tadi kau kena prank habis habisan. ampun. dan ampunlah, rumet kau ni tak pandai lah nak aniaya orang sangat. so mungkin surprise party ni bukan the best dalam hidup kau pun. dan disebabkan banyak hal yang berlaku, plan A aku dah kucar kacir. dan malangnya aku takde plan B. dan sebab tu aku terpaksa guna plan C yakni aci redah sembur menyembur.

anyway, walaupun aku tau kau tak rajin selongkar blog aku, aku mendoakan agar kau berjaya dunia akhirat. jentik aku bila aku salah. jangan risau, akan aku cepuk kau bila kau silap. kita kawan dah lama. teruskan berjuang. aku ada dalam bilik yang sama dengan kau. haha nak tak nak kau kena hadap jugak muka aku. kita ada 3 tahun lagi untuk sebilik.

ok intan payung, semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki. iloveyou muah muah. haha rasa nak muntah.

6 comments:

Shazwani Ramly said...

happy birthday to kawan :)

SAYA BUKAN SAMDOL said...

happy birthday utk diaaaa :D

Amirul Hakim Mohamad said...

3 tahun untuk sebilik? waaahh gila best! haha

cik chopu said...

shazwani: akan disampaikan.

cik chopu said...

sbs: akan disampaikan juga

cik chopu said...

amirulhakim: haha seronok sangat. best friend sejak sekolah, masuk u sekali mmg seronok lah.