geng bas sekolah

Saturday, September 17, 2011

episod makan.


kepak kepak kebung kebung
kepak kepak kebung kebung
kepak kepak kebung kebung

hari ni marathon kenduri kawen. ramai pulak kawen harini. aku tumpang senyum, tumpang suka, tumpang gembira. pasaipa? haaa pasai nasik kenduri lah. sedap sedap sedap. hari ni bapak aku tewas. bapak menyerah kalah untuk kenduri yang ketiga. dia tak hadap nasik dah. makan tapai saje. berbanding anak dara dia ni, tiga kenduri, tiga pinggan nasik lah. wajib lah kan. lain kenduri lain menu kan kan kan?

kenduri satu - menu dia yang paling sedap adalah pecal. jawa mari. mak, febret ai tuu ~

kenduri dua - menu biasa biasa je tapi boleh tahan la sedap. sambal belacan dia, pergh.

kenduri tiga - mula mula macam taknak makan. tengok menu klate, mana boleh lepas. nasik dia sedappp. nampak sangat orang kelantan masak, nasik je pun dah sedap. dengan gulai kawah. waaa rasa macam makan kenduri rumah mek <3

haih, malam ni dua lagi open house. taktau la nak redah ke taknak. macam macam dah makan harini. tolong lah, jangan buat majlis serentak boleh tak? kang esok esok dah tak dapat makan kenduri. hihi.



4 comments:

norsafina said...

wah wah, tadi aku pon pegi 2 rumah kenduri. kenyang sangat, tapi kalau dapat lagi makanan, boleh je makan lagi. hehe

cik chopu said...

fina: dah namanya mafia tariq 4 [dorm para pemakan]. memang tahap pelahap semuanya. haha

░♥si lampu neon♥░ said...

gile melantak ni weh..rezeki jgn ditolak kan??

cik chopu said...

neon: haha betul betul. dah orang nak bagi makan, makan je lah