geng bas sekolah

Friday, September 23, 2011

em emma es esa. masa.

procrastination is the thief of time. ya idiom ni memang layak untuk aku. lempar tepat tepat kena batang hidung. tangguh itu tangguh ini. ungkapan rilek, ada masa lagi memang dah terlalu asyik menari-nari di bibir ni. hasilnya, macam biasa lah, itu tak siap, ini tak buat. bukan takde masa. maklum lah, busy sangat rilekkan diri. kejadahnya.

masa itu emas. ya, malah lebih berharga lagi. at least emas dah gadai, ada duit kang pegi tebus. dah jual ada duit kang pegi beli baru. masa kalau dah buang takde makna nak recycle balik. dia tak layan dah. sekali pergi tak balik balik lagi dah. mahal tu. sekarang masa bukan berkuasa siput macam dulu. kalau puasa nak tunggu berbuka, tengok jam macam tak gerak gerak. sekarang puasa rilek tak rasa apa. tau tau, eh dah berbuka.

time waits for no man. betul, memang betul. aku dengan kau, kau dengan dia, dia dengan mereka, mereka dengan semua umat manusia sama. masa yang kita ada sama. tak payah nak dengki dengki.

well, ekceli aku nak motivate diri sendiri. inilah natijahnya, cuti dah dua minggu. harini baru nak susun jadual sem 2. berpinar pinar jugak lah nak menyusunnya. haritu berlagak bukan main. alah, setakat susun jadual. sambil lepak makan kuaci tengok shin chan esok boleh susun. ambik kau.

4 comments:

tira said...

tu ah. sma dgn aku. tp as long as kte bergelar human xkan lari derr dri word TANGGUH ni. heihh.

cik chopu said...

tira: ha tau takpe ~

Umie Artoqiemie said...

apesal tajuk lain macam? haha

cik chopu said...

umie: itu adalah sebutan macam mana nak eja masa.