geng bas sekolah

Monday, September 26, 2011

urat berjoget.


kelas pertama untuk sem 2 dah menunjukkan aura negatif. bukan dari sudut emosi. emosi memang sedang terkinja-kinja nak resap ilmu baru. ni dari sudut fizikal. barangkali urat terkejut hangkut bagasi raksasa selepas hidup senang lenang 2 minggu. sakit urat. kepala berat. lenguh. mual. suhu naik. lidah hilang deria. ya ini semua dugaan.

terasa nak terjah klinik poket C malam ni. tapi bila memikirkan se-bundle ubat-ubatan yang paitt, lupakan saja klinik. lepas ni perlulah joget joget aktifkan diri supaya bakteria hodoh cepetan berambus dari tubuh aku.

hoyehh malam ni ada kelas english di poket D jam 10-11 malam. wahh, tak boleh lewat lagi lah kelas. sejuk panas sejuk panas terasa badan ni. malam ni kena embun lagi. tadi dah bantai redah hujan. nak bawak payung ke taknak? ya, payung aku memang tersergam indah atas rak buku. jauh dari cacat cela. haih.

[hoyehh, lepas ni boleh henshin lagi macam haritu]

6 comments:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

get well soon cik chopu :D

aktifkan urat-urat anda sokmo hihi

Amirul Hakim Mohamad said...

haha tu lah.masa cuti lain kali, belai urat urat uh.pegang lembut lembut.haha

cik chopu said...

sbs: yeah sedang aktifkan diri lah ni. makan sebanyak mungkin. muahaha.

cik chopu said...

amirulhakim: lain macam pulak bunyinya. tak kuasa den. haha

A retarded kitty said...

tutup air cond dan minum sup panas sampai terkencing-kencing

bagus untuk tegangkan urat


kekeke

cik chopu said...

kitty: sini takde aircond. sini sup tak sedap. ngeh ngeh.