geng bas sekolah

Wednesday, May 4, 2011

ya, aku tak matang.


lelah dah dengar orang dok sebut sebut ayat ni
"bila la kau ni nak matang"
lelah lelah lelah
apa jawapan? esok? minggu depan? bulan depan? atau tahun depan?
aku akui aku jalan terhuyung-hayang
aku akui aku memenuhi ciri-ciri si bongsu yang cemerlang
aku akui aku suka pancarkan emosi dengan gaya terbaik dari bendang
aku akui aku suka 'ganggu hidup' abang aku dengan bermacam cara
aku akui gaya duduk aku tak macam si manis lapanbelas
aku akui aku sanggup takmandi demi kartun
aku akui aku suka bukak astro ceria
aku akui aku suka berebut makanan dengan abang
aku akui aku jerit panggil mak bila terasa bahaya
aku akui aku suka joget-joget satu rumah
YA, AKU AKUI AKU TAK MATANG
bila saatnya tiba dan kau rasa kau dah tak kenal aku lagi, percayalah saat itu aku dah matang. dan percayalah saat itu kau akan dapati, aku seorang yang membosankan. dan aku tak pernah menunggu hari itu tiba.

10 comments:

syahirah(: said...

mas.biar tak matang asalkan bahagia.hehe.
rindu nk brjoget-joget dgn kau mas.:))

nur shazwani said...

biar ape org nak kata.

just be yourself =D

azalia hjsalleh said...

yang penting kita selesa dgn diri kita
kita tahu siapa kita

cik chopu said...

syahirah: haaaa saat gila tu. aku pun rindu. sengal oh nad, dia simpan lagi video aku joget tengah aspuri

cik chopu said...

nurshazwani: yeah, kalau la telinga ni boleh selalu dipekakkan bila dengar aneka kata2 manusia. btw tengss :)

cik chopu said...

azalia: yupp itu yang terbaik :)

FeeL da MorE said...

org matang neh sll belagak yg die byk pengalaman. so bia laa kalau kite neh xmatang kan. at least diri kite xriak. kan. kan. kan =)

cik chopu said...

feel: haha betul betul betul. mari tubuhkan angkatan immature sedunia. wee wee

syakey said...

sapa la matang sangat pun. even laki umo 27 nak kawen pn tak matang jugekk.

ok,knapa kena laki umo 27 -__-

haha
lantak la org nk kata tak matang, janji kta happppyyyy ;D

cik chopu said...

syakey: haha kenapa mesti 27? heeee ada kes eh? haha.