geng bas sekolah

Saturday, May 7, 2011

si perobek hati,


hati, kalau terasa sakit, terasa terguris, terasa dirobek, kenapa tak menjerit? menjeritlah beritahu si pemberi rasa sakit, beritahu si pengguris, beritahu si tukang robek sesungguhnya kau perit menahan pedih. sudahlah cela si perobek hati, jangan kau sangka mereka punya kuasa untuk tahu sakit yang kau tanggung.

tanpa sedar, akulah rupanya yang rakus merobek hati. hati yang penuh rasa sayang, mula terhakis bagai dicurah asid. sungguh andai kau menjerit, aku pasti kalut mengubat luka, aku pasti kabut mencari penawar. tapi ya, masa tak lagi mengengsot. masa berlari laju. masa menggelongsor pergi. mana mampu aku kejar. akhirnya, hati indah itu hilang. tinggal cebisan memori yang berserakan.

[entri ni buat seorang kawan yang aku sayang. sungguh aku tak berniat bikin hati dia luka. sungguh aku bukan sengaja lari dari janji. sungguh itu takdir yang tak dapat aku lari. maafkan aku]

6 comments:

Adibah faizah said...

Puitisnye Mas oi..pusing2 kpale aku baca..

azalia hjsalleh said...

semua org penah buat salah
jdikan ianya pengajaran untuk kita lebih maju ke hadapan.
pe pun sayangilah org disekeliling kita

cik chopu said...

adibah: aku cuma boleh menjerit guna jiwa dan jari. sebab tu lah. hehe

cik chopu said...

azalia: yeah, nak patah balik pun tak mungkin kan. thanks

KURARIMMBA said...

hati menjerit mulut berbisik. aitchehhh macam osman ali lah kau

cik chopu said...

kura: haha aku patut amek sastera en