geng bas sekolah

Tuesday, March 8, 2011

yang saya manjai.


macam biasa, sebenarnya nak cerita benda lain, tapi lain pulak jadinya.

mood sekarang adalah sangat sukacita. makcik aku dah bersalin, bertambah lagi seorang hero aku dalam koleksi kanak kanak yang aku cintai dan manjai. memandangkan mak bapak taknak hadiahkan aku seorang adik, maka aku menagih kasih dari setiap kanak-kanak yang aku jumpa. aku jadi suka bila dengar ada orang baru bersalin. haha gila punya jiwa. naluri keibuan begitu memuncak ya.

gila tak berapa nak gila la, tapi kalau dah sampai jumpa baju baby je, tak sayang mana duit rasa nak beli. padahal taktau nak bagi siapa pun. hoi sedar diri woi. kau tu 8belas pun baru nak cecah, result spm pun tak keluaq lagi, tak payah nak bernaluri aneh aneh la en.

mak aku pun garu kepala dengan perangai pelik aku meronta-ronta nak beli baju baby bila pegi sopping mall. memang elak la en lalu zon kanak-kanak. kang habis semua nama aku up kan, sebab nak beli baju depa. so nak tunjuk sikit cinta hati saya yang saya manjai sekalian~








8 comments:

aimi hazwani said...

wah..mereka sangat comey..suke2..

Myrul Afiz-iyye (Amirul Hafiz Zulkifli) said...

Hati-hati, atau mereka semua akan berakhir di meja barbeku...~

wannurfazrini said...

ololo tomei tomei mcm mas idayu :P

cik chopu said...

aimi: eh, tengok la mereka bertalian darah dengan siapa, hehe

cik chopu said...

bolissss: bukan diorang, tapi kau yang akan berakhir di meja barbeku! wahaha.

cik chopu said...

wannurfazrini: hihi i loike!

azyansyahirah said...

kalau orang yang suka beli baju paper doll tu naluri apa ha? Takkan kepatungan kot haha

cik chopu said...

azyan: tu namanya naluri keanak-anakan.