geng bas sekolah

Sunday, March 27, 2011

wah, sangat hot!


kes cuaca yang sangat panas:

aku: belum achieve boiling point lagi setakat ni. alhamdulillah. walaupun dalam hati penuh mengharap agar malam ni hujan turun selebatnya. amin.

abang: banyak sangat assignment nak kena buat. mak pulak suka arah itu ini. maka dia dah mula hot dan setiap benda yang mak nak suruh dia buat mesti mematuhi jadual dia sendiri. kira tak boleh suka suka nak suruh dia la. huh poyo!

mak: disebabkan harini sangat panas, mak mula meroyan tak tentu hala. aneh benar mak harini. macam singa kelaparan. sumpah menakutkan. skill potong mangga boleh jadi kes mahkamah. tengok nona pun mulut tak henti mengkritik. skill menyapu sampah aku pun boleh jadi kecoh satu kejiranan. haih.

bapak: aku terpaksa hidang makanan berlokasi di taman belakang sebab katanya dalam rumah panas. maka terpaksa la usung makanan semua pegi sana. karang tak layan merajuk pulak en.

ah manusia. baru panas dunia dah tak tahan. panas akhirat nanti, takde siapa mampu bayangkan. haih.

2 comments:

anis said...

hari ni mmg hot pon ! weh lawak ah mak kau.haha

cik chopu said...

anis: ya mak aku sangat lawak harini. aku gelak senyap2 je. takut kena baham nanti.