geng bas sekolah

Friday, March 25, 2011

malu betul,


lokasi: sarang beradu
aktiviti: layan k-drama

elok-elok tengah layan, telefon rumah pulak melalak. kacau betul. keluar bilik, angkat gagang. lupa pulak control suara biar kedengaran ayu sikit maka keluarlah voice tak puas hati orang call wrong time.

aku: helo! [dengan lantang dan penuh yakin]
si pemanggil: erm erm erm boleh cakap dengan shafie?
aku: [alamak, terjerit lah pulak] oh nak cakap dengan pie ek, kejap eh. [malu sendiri]

beberapa minit kemudian,

pie: weh, kawan aku ingat salah nombor tadi. asal?
aku: hehe sori. terjerit pulak. hehe. [lari masuk bilik]

fakta: sumpah malu gila. lepasni kalau dia tu datang rumah, aku taknak muncul depan dia. lainkali nak layan k-drama pun jangan taksub sangat. haih.


2 comments:

anis kristal said...

hahaha.garang kau mas !

cik chopu said...

anis: tu lah, over pulak sampai kwn abg aku yg innocent kena jerit. haih,