geng bas sekolah

Friday, March 4, 2011

tumpang menghuni.


apa yang aku rindu tentang dorm tariqziad 4:

# adik adik dorm yang memang banyak stok makanan untuk didermakan pada aku. sebabnya stok makanan aku sendiri tak berapa nak lekat dalam locker. hari ni full, esok dah kosong [ni kes baikhati sangat derma pada budak kelas yang kuat makan]

# dorm dekat bawah, so senang nak bergerak ke sana sini tanpa perlu berpeluh peluh panjat tangga tingkat tiga macam budak usamah dan budak khalid. hihi. sebab tu lemak yang terkumpul dalam body juga tidak ingin pergi dari sini.

# dorm depan ampaian, so senang beta nak menyidai. sekali lagi tak perlu susah susah nak hangkut baldi jauh jauh macam orang lain. memang serasi dengan makhluk yang tak berapa nak rajin.

# hari ahad paling best. banyak makanan sedap. parents budak dorm nih baikbaik belaka. masing masing nak tambah kilogram anak tercinta. memang best sebab hari ahad DM menu tak best.

# jadi markas warga 5HR yang hebat berniaga tatkala SPM semakin memekik di telinga. untung woo meniaga dan aku rasa rugi tak start sejak dulu kala.

# penghuninya semua berotak gila dan gila dan gila. aku kira itu sangat serasi dengan beta yang tak kurang hebat gilanya. a big tocheh pada mereka sebab berjaya tahan perangai beta yang suka joget joget dan beraksi ngalahkan aishwarya rai di taman bunga.

# di situ ada katil haku yang sangat empuk especially saat penat penat balik lepas prep. kadang kadang sampai terponteng prep sebab terlalu empuk ya si katil nih. tambahan pula, saya tinggal bawah kipas en, memang selimut 24/7.

# banyak lagi sebab, tapi dah penat, so lastly sebabnya aku huni dorm ni dua tahun sejak aku terpenjara di sbpi jempol tahun 2009 yang lalu. jadi every corner tu dah sebati dengan jiwa beta. toilet sebelah pun dah bersemadi dengan baldi baldi beta. hoho bajet permaisuri enn.

i love you dear TZ4 ! sekian tocheh~


7 comments:

syahirah(: said...

haha..suke tariq 4 gak..
markas 5hr tue..huhu

cik chopu said...

yett: ha tau takpe. dah la katil aku jugak yg kau orang jahanamkan en. masa spm paling best :)

Myrul Afiz-iyye (Amirul Hafiz Zulkifli) said...

'Pemakan Berkaliber' Tariq 4
(Sumber: Al-Qalam SBPIJ Edisi 2009)

cik chopu said...

myrul: amboi! tu je kau ingat en. tak habis habis nak bahan aku.

norsafina said...

waa.rindu tariq 4.

norsafina said...

waa.rindu tariq 4.

cik chopu said...

fina: haha aku lagi la rindu