geng bas sekolah

Sunday, March 6, 2011

tukang ikrar.


sebenarnya: nak cerita hal lain, tapi tiba tiba dah jadi hal lain.

ceritanya: bukak fesbuk, jumpa cikgu sekolah rendah dulu punya fesbuk. ada pulak en gambar aku masa darjah 6 dahulu kala. gambar masa KUNTUM datang sekolah. dengan geng geng pengawas yang suka sama sama ponteng kelas bajet busy mengamankan sekolah. hoh, rindu gila zaman tu. zaman tudung bulat pakai penegak tudung. zaman suka lepak lepaking dalam bilik pengawas yang penuh barang rampasan. zaman akulah tokoh pelajar yang disegani (?)

kenangannya: zaman sekolah rendah memang skema, tapi jahat sikit. kawan pun pilih pilih, bajet hot en. cikgu bising sebab selalu je dalam group sama, tak pernah nak berjalan dengan budak lain. yelah, kelas banyak pulak en. takkan aku kelas tingkat atas, nak ajak budak kelas tingkat bawah jalan sekali. gila jauh. dulu otak pun bukan main geliga. yelah, tak dicemari unsur negatip lagi en. kebanggaan mak bapak.

lucunya: as pengawas, aku ni jadi tukang baca ikrar. penah sekali, aku hilang time perhimpunan sebab guru besar suruh kunci pagar, huru hara perhimpunan sebab tukang baca ikrar hilang. macam aku sorang je hapal ikrar. hadoi. banggadiri nih, bajet orang penting jaa.

bestnya: lepas tamat upsr ! 24/7 lepak bilik komputer sekolah. kamceng dengan cikgu boleh la en. oh rindunya !


8 comments:

fieya said...

wah, bgz jd tukang ikrar.

mmg time skolah rendah aku pun pilih kwn. hee
skema tp jahat sikit. betul. :D

FeeL da MorE said...

maka kami rakyat malaysia..lalala..hehe rindu zaman dulu dulu..heee

wannurfazrini said...

haaa fesbuk cikgu skolah rendah ? siapa wehh ?

cik chopu said...

fieya: en en, budak sekolah rendah, yg skema tu lah yg jahat en.

cik chopu said...

feel: berikrar! akan menumpukan..... hehe memang rindu :)

cik chopu said...

faz: cikgu zailida. kau ingat tak dia ? dia yg quite garang tuh. selalu pakai jubah bawak beg galas. hmm aku ada add sir kumar jugak but dia belum app.

taqO said...

'zaman tudung bulat pakai penegak tudung.'

keh3.. zaman ni mcm dah zaman dulu kala yg teramat sangat. keh3. :D

cik chopu said...

taqo: haha. nostalgik gila en. buruk benar rupa den masa tuh. haih.