geng bas sekolah

Monday, February 14, 2011

malangnya, akulah mas idayu yang kau kenal.


aku sangat tak puashati bila ada manusia, suka nak banding-bandingkan aku dengan siapa pun di muka bumi ni. tak kisah la kau nak bandingkan aku dengan aishwarya rai kah, dengan angelina jolie kah, dengan amber chia kah. aku tetap tak suka. lebih lebih lagi dengan orang yang dekat dengan aku. ingat aku profesor klon kah? tambah lagi i'm not the master of disguise.

well kalau positif tu boleh terima jugak kan. ini nak negative side aje. wey wey, aku jugak tak sempurna, tahukah anda? aku taknak la sebut ayat standard yang selalu disebut-sebut seperti 'aku adalah aku' atau 'i am who i am' tapi itu semua hakikat kan. bukan nak menongkat langit, meninggi hidung. bukan taknak terima pendapat orang. cuma boleh kan if kau kasi nasihat secara direct. tak payah nak beat around the bush sangatlah kan.

walau macam mana payah kita cuba untuk jadi macam orang lain, hakikatnya bila tengok hati kita, sama je. ini tidak, nampak orang tu berjaya sikit, 'eh aku nak jadi macam dia la' padahal strategi takde, minda tak atur dulu. nampak orang tu lawa sikit 'eh aku nak pakai macam dia la' padahal tetap takkan sama pun. dan aku pun tak layak nak sekat keinginan orang, sedangkan aku pun tak suka disekat. hai, payah payah. aku hanya mampu mengeluh.

fakta: adakah entri ini menunjukkan aku ini insan yang sangat keras hatinya ? sila tafsirkan sendiri. minta ampun andai terluka ya. aura jin bertendang baru tiba.

4 comments:

Amirul Hakim Mohamad said...

oh selama nih laen lah ae?

cik chopu said...

akim: mana ada. sama je. fizikal mungkin brubah, hati tetap sama :)

RaRa ShAhErA said...

macam2 rgam mnusia skrg nih

cik chopu said...

rara: yelah, dunia akhir zaman