geng bas sekolah

Saturday, January 17, 2009

berlari lari anak

sebenarnya apa erti merentas desa ya? perlu ke berlumba di desa? takkah itu merbahaya? aku rasa cukupla sekadar berlari lari anak secara normal dan bukan berlari seolah olah kau berada di trek larian.macam tu apa maknanya larian kau? semata mata nak mengejar kemenangan dan melupakan tujuan sebenar acara ni diadakan.dapat ke kau amati kawasan perumahan dengan seluruhnya kalau kau asyik memecut je.lagi lagi kalau sampai melupakan terus semangat perpaduan dek kerana pentingkan diri sendiri.sampai makcik sebelah rumah jerit panggil dia pun boleh buat dek je.ape jadahnya tu.

aktiviti aku sepanjang merentas desa;
1. menyanyi dengan kuat lagu penambah semangat.tanpa iringan muzik ya.
2. menegur makcik yang sedang menyapu sampah.tapi tidak dilayan.sungguh kesal.
3. mengejar si rerama.juga tidak dilayan.
4. memimpin sahabat yang memerlukan tenaga extra.
5. 10% berlari lari anak dan 90% berjalan sepanjang acara.
6. memberi senyuman manis kepada makcik makcik yang aku kenal.
7. memuji rumah rumah yang ada.
8. berborak melebihi had.inilah masa terbaik.cikgu tak marah.
9. termengah mengah walaupun kurang berlari.
10. sepanjang larian aku memikirkan air sejukk.

tahun ini paling best.dan paling memenatkan.dan macam yang dah aku sangka,tak dapat nombor pun.haha :)

6 comments:

haaa said...

betul betul.
mrentas desa ni baguss!
time ni lah nak borak
habis habisan tnpa ade yang
marah atau memarahi :)

cik chopu said...

sya; ya.perempuan paling menyukainya,

adeq said...

hahaha
umah pe mng wehh??

cik chopu said...

adeq; rumah biru.sebab dorg kn pling rmai yg dtg.

Maya Ayam said...

lama aku tak masuk cross country... semenjak dah xbelajar kt sek men..dulu aku siap singgah 7-eleven. beli slurpee..memang mcm syaitan yg dilaknat.

cik chopu said...

maya; wah.gila best.malangnya ktorang x lalu 7-e.tapi kdai mamak tpi jlan laku gile la.haha.