geng bas sekolah

Saturday, December 20, 2008

muntahan perasaan

aduhaduhaduh.result pmr semakin mengusutkan benak aku weyh.bila aku lupa je hal result ada je manusia yang refresh ingatan aku pasal tu.mereka tak lain dan tak bukan rakan seperjuangan yang juga sekotak sekatik dengan aku.ya,aku hargai niat murni mereka tu sebab peringatan mereka buat aku lebih banyak berdoa.bukankah itu cukup baik?tapi kenapa aku masih gelisah dan keluh kesah.padehal,kalau dapat result baik sekalipun,aku takkan melompat setinggi klcc.kalau result teruk pun bukannya aku akan nangis sampai banjir satu malaysia.dan bukan jugak aku akan meraung bak tarzan kan.

mungkin sebab ramai sangat yang menaruh harapan tinggi menggunung kat aku.terutamanya my dearest bonda dan ayahanda.sanggup ke aku nak berdepan dengan mereka kalau result aku teruk?ya.mungkin bapak aku pernah cakap,"jangan la takut sangat dengan result tu.janji adik dah buat yang terbaik." masalahnya,betul ke aku dah buat yang terbaik? macam tak banyak effort pun.aduh.rasa bersalah mula la nak penuhkan dada aku ni.

ah.pedulikan la tu semua.baik penuhkan masa dengan berdoa daripada berfikir yang tidak tidak.ha.pi'e kan suka aniaya aku.saat tu paling tepat untuk aku berdoa.bukan ke doa orang yang teraniaya dimakbulkan?haha.

*p/s - mari samasama berdoa untuk kejayaan semua.amin :)



basya!



4 comments:

sya ZAHARI :) said...

hope akak dpt straight A .
piqa doakan !!
:DD

cik chopu said...

trimas trimas :)
ajk 1 family bdoa eh.
haha

syieda ibrahim said...

result pmr.
result pmr.
tak takut.
tak takut.
haha
hey,nnt bagitahu rsult yek!
saya pun nnt bagitahu gak.
kita kan sama gitu.
;]
kalau dpt 4A.
DSLR come to mama!
haha

cik chopu said...

okok.
no hal la :)