geng bas sekolah

Monday, June 1, 2020

Seoul & Busan Trip - Day 5

Hey there assalamualaikum salam shoo shoo corona virus!

To be honest, aku tak plan nak continue this Korea trip post tapi tiba-tiba Corona gaiss. Aku tak plan to be this bored up to the level yang aku bukak balik Blogger dot com semata nak continue Seoul & Busan trip yang I guess for now no one is interested in. Tell me, siapa je yang boleh pergi travel sekarang ni? Apa khabar brand new luggage korang? Luggage aku kirim salam PKPB. Nanti kita main tiktok tarik tarik luggage kayh.

Alright we stopped at Day 4 previously. For Day 5 we finally move on from Seoul to Busan. Exciting gais, we took TRAIN TO BUSAN! I know this might sounds like daddy's joke but nope, no sight of zombies, not even Gong Yoo oppa was in sight :( Okay la selain kedekut to spend more on flight to Busan, another reason is nak experience la their train kan acah acah balik kampung beraya (but let's stick to kedekut as main reason). Cause honestly we could save time if we took KTX/ITX but we took Mugunghwa train instead (this is like paling cheapskate ever!). KTX paling laju la dalam 3 jam dah sampai, ITX takes 5hrs, and paling sendu goes to Mugunghwa - 6hrs. Price diff dalam RM100 jugak la, but if you ever plan to take Mugunghwa, make sure take night train. First, kau dah jimat hotel 1 night, secondly kau celik mata it's morning! So you have extra days to explore Busan. For us, ended up we tidur siang lah dalam train but it's okay the whole journey nampak la kepelbagaian rupa bentuk bangunan dan alam sekitar. Duhh forget it, just take night train gais.

TRAIN TO BUSAN! Dia lebih kurang macam interstate KTM je tak banyak beza pun
Masa dalam train ni, ada sorang haelboji ni erm macam atok2 la dia asyik dok usha kitorang macam orang tua nak ajak borak tu haa camtu. So one time celik2 mata tengok dia dok pandang goshhh did he see my liuq basi? Tak dan nak check (or at least wipe ma saliva), he started talking to us. He thought we're Indonesian, apa mungkin gue iras2 BCL ya? Ah berangan lo, turned out anak dia study fashion kat Indonesia and he just came back from Indonesia so make sense la (obviously, ya really think you look like BCL?). Anywayyy he knew some Malay/Indonesian word so perbualan tu takde la macam ayam dengan itik sangat eventho masa tu actually dah dekat nak sampai. And just like typical atok2, seronok eh dia cerita dia beli itu ini dekat Indonesia, barang baik blabla. Ehem, please come to Malaysia we show you some Made in China stuffs in Petaling Street (oops). Till we meet again, haelboji!

Haelhoji boleh tahan high fashion kayhh, meanwhile us - bare potato face
Okay maybe dah bagitau in previous post, we left our luggage in Maru Guesthouse in Seoul and bawak like one small beg baju je to Busan sebab macam leceh nak heret luggage everywhere. So sampai Busan Station tu singgah beli fries Lotteria cause we've been starving, lepastu memang terus pergi Gamcheon Cultural Village the Asia's Santorini! Oh lupa lupa, during end of winter ni weather in Busan dah chill chill macam kau pergi Cameron Highland so memang super love the weather there! Bazir je bawak jaket, takyah bawak pun takpe cause warm inner pun dah cukup sebab dia chilly je.

Gamcheon ni senang je nak cari actually sebab kalau naik the correct bus memang akan terus sampai dekat port yang nice ambik gambar. Gunakan kuasa teknologi yang korang ada, tunjuk je gambar macam bawah ni nanti ada je orang bagitau naik bas apa (kalau pening tengok Naver Map). Oh btw in Busan memang kitorang mainly naik bas sahaja. And boleh guna the same T-Money card yang korang dah guna in Seoul, takdehal lah.

Tips: Hujung winter adalah best timing pergi Busan. Cause kalau korang pergi time lain panas dia nauzubillah (Menurut sumber yang dipercayai)

Asia's Santorini! Mungkin dekat dah tu nak sampai Santorini pulak hiks bye Corona we hate you

Balik kampung suami i jap. 보고 싶다 

Sunkissed camni kalau pakai jaket lagi peluh taktau la berapa bakul
Kampung dia so nice kayh ada random art camnih, erm tapi Melaka pun ada kan erm takpe sis kagum jugak
Blackpinkfong new member. New song - Baby shark doo doo doo doo
The most amazing part about Busan when we were there was, Busan dah start berbunga!! SPRING STARTED EARLIER THERE KAMI JAKUN CAM MALAYSIA TAKDE BUNGA KBAI 💮
Pretty cherry blossom

Depan rumah siapa tah main redah je kau eh


After macam dah sedar diri sikit (and semput) due to jalan naik turun bukit too much, we made a move to Jagalchi Market. Market ni kan kalau korang memang aim nak makan seafood memang banyak lah dekat sini yang jual fresh seafood and dorang masak on the spot dekat korang. We skipped due to serabutness ramai sangat ahjumma panggil2 macam eh tak rilek eh acik acik ni, bye cik.

Tips: Ada member yang duduk Korea cakap, korang kena careful sikit kalau beli seafood dekat sini sebab ada scam jugak, compare price and please bargain before purchase kayh. 

Ni antara kedai kedai yang jual seafood, lai lai pilih2

Cuba teka ni ikan ke ayam

Don't quite remember tapi rasanya BIFF square was just walking distance from Jagalchi market ni. So we walked there to hunt for streetfood! BIFF square ni memang famous dengan streetfood contoh macam Hotteok (Korean sweet pancakes), yang ni memang enak banget sihhh dalam tu macam2 jenis kacang and madu and apetah lagi but all kekacang la. Dia goreng panas panas korang makan on the spot pehhhhhhh. Harga dalam KRW1300 ~ RM4 macam tu sekeping.

Nindiaaaaa hotteok otokke i want
Selain dari hotteok tu, ada jual kimbap, dry squid, dry food, and macam macam la and area sini pun ada kedai halal food, tapi compared to Seoul, Busan susah sikit nak cari halal food. Kalau ada pun bukan Korean dishes la, macam Indian cuisine gituh. Sesudah capek berjalan, we went to check in. We stayed in Business Hotel Busan Station sebab dia quite close dengan Busan Station obviously. Walking distance lah tapi kalau korang ada luggage erm maybe kena naik bas or cab jugak lah kot.

Kimbap KRW 2500 ~ RM9

Again, gamba hasil ihsan Booking.com sebab tak ambik port nak ambik gambar hotel
Source: Booking.com - Bilik kitorang lebih kurang camni la
Hotel ni best la jugak sebab location wise senang cari and dekat dengan Busan station and dekat jugak dengan bus stop. Nanti episod last in Busan aku cerita kenapa kitorang syukur gila location dia dekat dengan Busan station. Kdrama ye gaiss, tak gi Korea la kalau tak drama. Anyway bagi Malaysian sebab utama pilih hotel ni adalah sebab ada bidet. Kau bayangkan semua public toilet takde bidet, takkan balik hotel pun takde bidet, nanges punggung melayu sis camnih.

Petang tu we gerak to Gwanggalli Beach, sebuah pantai di mana Penangites akan merindui kampung mereka sebab ada sight of Penang Bridge over there. Lemme show ya guys kalau tak caye.

Ni contoh orang Penang yang dah start merindui nasik kandaq setelah nampak Penang Bridge
Ni pulak kalau menuju Jambatan ke Hati Gua, eh.

Leggo to the beach beach beach
Cantik gila aku the bridge at night!


Ni macam kedai2 in front of the beach, macam hang lepak stabak near Batu Feringgi

Beach in the city at night
Then macam dah malam sikit we go back to BIFF Square mencari dinnahhhhh. Jalan jauh jauh we need energy, selalunya either lunch or dinner we will go grab makanan berat sikit. Cause kalau pagi petang siang malam nak berat, selain nanti badan pun berat and mata berat, nak bayar pun terasa berat sebab as mentioned, makanan in Korea tidaklah murah ye gais. So dekat BIFF Square ni ada satu kedai Indian cuisine nama dia Little India. Korang jalan jalan BIFF tu mesti jumpa punya.

Tudiaa kita pekena chicken biryani satu kali KRW14000 ~ RM51. Have have ye kau makan biryani lagi mahal dari Tarbush KL
And ni view BIFF Square dari dalam Little India. Romantic ambiance tapi I nak fefeeling pun I gi ngan member, kalau ngan suami lain cite
Okay kalau rasa tak puas shopping dekat Myeongdong street, kat sini pun korang boleh shopping skincare or souvenirs sebab not bad jugak la harga dia. Tapi recommended Myeongdong or area Ewha (will story next yepisode) la sebab murah lagi. Tapi ada kedai Artbox nearby sini yang syok gila barang semua mur mur macam2 lah ada, macam korang pergi Daiso+Kaison+Watson tapi yang ni lagi best siyes siyes.

Someone can't decide. Just grab all lah!

Hasil rembatan malam pertama
Okay lah gaiss stay tuned for next day in Busan. First day in Busan tak banyak jalan lagi tapi tah la dah panjang camni gue tulis nih. Stay safe and wear your mask when you go outside! Bukan sheet mask tau gais, tau nak skin lawa glowing cam Korean tapi please eh, pakai face mask, bukan sheet mask kang viral kau. Haha sekian toceh!





No comments: