geng bas sekolah

Wednesday, December 31, 2008

reunion

kalau baca title mesti dah dapat tangkap isi kandungan post ni.tentang reunion lah.saat merungkai nostalgia lama.watak utama dalam reunion ni tak lain tak bukan adalah aku sendiri,farah dan jugak haza(jauh dia merantau).

aku actually segan nak jumpa haza.gila weyh.6 taun tak jumpa.gabrah jugak aku memikirkan dialog dengan dia nanti.sepanjang jalan aku diskas diskus dengan farah apa yang bakal kitorang cotcetkan dengan haza nanti.teringat pulak zaman duludulu.paling tak tau malu kitorang betiga la.harihari pau cikgu rosli.haha.tibatiba dah sampai di lokasi pertemuan yakni depan warta.warta masih tak berubah.membosankan macam dulu jugak.nampak kelibat haza dari jauh mencari cari aku dengan farah yang langsung tak menepati masa(farah makeup lama duh).wah.cik hazaratul fatihah semakin kurus weyh.dulu takde la kurus cam sekarang.bagus jugak kalau dia ambik isi aku.tapi,dia macam taknak je.

dari jauh aku tegelak.actually nak cover malu.segan weyh.farah cool je.dan adegan tegur sapa tu berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang tangisan terpaksa.haha.pendekkan cerita,kitorang begerak ke sm.bersila kat popular baca buku secara percuma.aktiviti wajib la tuh kalau datang sm.lepas tu makan.kesian perut haza kempunan mcd.farah insist nak makan kfc.aku tara kisah.universal traveller.janji aku kenyang :)

kisah masa makan terpaksa aku skip kan kerana mengandungi unsur kurang menyeronokkan tentang kisah duludulu.banyak jugak yang kami cotcetkan.ternyata kotak ingatan farah sangat kuat.bahaya betul.lepas makan balik.goodbye haza.jumpa lagi :)

Photobucket

after enam tahun tak jumpa :)

Photobucket

dia.saya.dia

Photobucket

she's haza

Photobucket

sukaria

nostalgia manis :)


Tuesday, December 30, 2008

mengukir senyuman :)

hari ini baran aku mulai reda.yang ada cuma tangisan gembira.mungkin aku terlalu teruja.terima kasih ya ALLAH.terima kasih emak.terima kasih bapak.terima kasih ayahanda.terima kasih cikgu.terima kasih kawan kawan.terima kasih abang.terima kasih makcik dan pakcik.terima kasih semua.alhamdulillah.kini aku mampu tersenyum puas :)

dan sebagai bayaran,bermula esok aku akan berpuasa selama lapan hari berturut turut.bagus jugak.semoga aku boleh mengawal nafsu makan yang terlalu menguasai diri itu :)

*p/s - tak sangka study group aku berkesan juga walaupun lebih kepada gosip group.hey pusat tusen.aku berjaya lagi tanpa kau.kalau tak membazir duit mak aku :)


alhamdulillah

Monday, December 29, 2008

hari ini aku baran.harap maklum.

sifat baran dalam diri aku meningkat dengan drastik hari ni.puncanya mungkin akibat keputusan pmr yang bakal keluar esok.aduh.bermula dengan petang tadi.mulut aku tak berhenti membebel marahkan pengguna jalanraya yang sememangnya menyakitkan hati.otak aku mula berimaginasi andai aku jadi seorang pemandu satu hari nanti.habis semua pemandu jalanraya aku maki agaknya.walaupun dalam hati.dan tahniah kepada aku kerana akhirnya hati aku sendiri yang sakit bila semua memboikot ceramah aku.akhirnya aku diam dan kembali memaksa hati aku membebel.

diteruskan dengan malam yang penuh rasa lapar.kononnya malam ni nak dinner di luar.kadang kadang mak aku nak jugak merasa masakan orang lain kan.maaf mak.anak mak hanya boleh memasak masa mak takde kat rumah je.bila mak ade semua skill hilang.jadi,masakan anak mak ni tak boleh mak rasa kott. jadi,keputusan muktamad.makan di luar sambil beli barang dapur.

tiba di pasaraya x(bukan nama sebenar).aku langsung tak suka pergi situ.bukan kerana keadaannya tapi kerana sikap pekerja situ.dan tak sangka hari ni mereka masih dengan sikap yang sama.stupid! berani dia layan orang lain dulu sedangkan aku terpacak kat situ sebelum dia datang lagi. dan puan x(bukan nama sebenar) dengan bangganya menyuruh dia dilayan dahulu sedangkan aku yang ada kat situ dulu.nasib baik itu seorang makcik.boleh la aku bertimbang rasa. dan sekali lagi ahli keluarga menjadi mangsa bebelan aku.maaf mak.orang lapar memang baran.

mencari restoran untuk menjamu selera juga membuatkan aku baran.semua full.tau la hari ni maal hijrah.takkan semua nak berhijrah dari rumah ke restoran kott.aduh.setelah meronda,akhirnya restoran feveret abang aku jadi pilihan.tak kisahlah.aku teramat sangat lapar.dan sekali lagi baran aku bermula.stupid betul pekerja restoran tu.aku cakap nak makan tu maknanya nak makan la.kenapa dia kena tanya berkali kali.kenapa dia kena tanya makanan yang aku nak makan tu berkali kali? bukannya aku mintak rusa bertanduk punn.cess.sungguh menyakitkan hati.ternyata bukan aku je yang baran malam ni,bapak aku pun sama duh.tak pasal pasal pelayan tu kena sound secara percuma.kesian pulak aku tengok.nasibla lepas habis makan tu aku kembali menjadi manusia normal.tak mampu aku nak jadi manusia yang tau baran je.tak senang hidup.


an angry man is a hungry man

Sunday, December 28, 2008

ini juga tag

sekali lagi ditag cik azyan.terimakasih.mulanya malas nak buat dulu tapi darjah kebosanan meningkat dengan drastik.jadi terbuat ini benda secara tak sengaja.hoho

7 fakta tentang aku

* pemalas
* lurus bendul
* kurang matang
* sensitip
* sepet
* aries
* pemakan berkaliber

7 perkara menakutkan aku di dunia

* Allah
* kemalangan ngeri
* dicabut nyawa
* kebakaran besar
* kes bunuh dengan kejam
* kes rogol
* bencana alam

7 lagu buat masa sekarang

* terbang - dazmelon
* miracle - cascada
* happy - mocca
* ike ike - hinoi team
* situasi - bunkface
* forward - kamikaze
* rakchanreukwater - kamikaze

7 perkara yang amat bernilai

* diri sendiri
* masa
* emak dan bapak
* maruah
* pengorbanan
* keluarga
* mereka :)

7 pertama kali dalam hidup saya

* pertama kali aku menangis tengok lembu kena korban
* pertama kali hati aku tak keruan kerana makhluk asing itu
* pertama kali aku makan maggi dengan nikmat lepas abis pmr
* pertama kali aku risaukan result sampai termimpi mimpi
* pertama kali mak aku kasi pegi bb dengan rakan rakan tahun ni :)
* pertama kali aku belaja naik basikal masa berumur 5 tahun
* pertama kali aku memandang bumi seperti tembikai beberapa hari lalu

7 perkara selalu sebut

* aduhai
* haha
* cess
* hulamak
* adoii
* wah
* eh

7 orang yang aku nak tag

* mocha
* wany
* sya zahari
* si kambing
* si kodok
* si kutu
* si kerbau

Friday, December 26, 2008

berubah?

sesi bangga diri bermula!

rajinnya aku hari ni.semangat nak masuk sekola mengubah status pemalas bersiri aku kepada si rajin disegani.satu persatu manusia dalam rumah aku masuk bilik aku menjenguk aktiviti aku.haha.terkejutkah mereka? aku kurang pasti.menggelabah kan aku.baru kemas buku dalam bilik sehari dah belagak rajin.bukan senang nak tengok aku rajin tau.haha.

sumpah aku terkejut duh.tak sangka aku ni ulat buku jugak rupa rupanya.ternyata betul apa yang mak aku sebarkan ke khalayak ramai bahawasanya puterinya sorang ni ulat buku.persoalannya betul ke aku baca semua tu? atau keberadaannya sekadar menghiasi rak buku aku? entah.anda tentukan.

sempena nak masuk tingkatan empat,maka selamat tinggal wahai buku menengah rendah.kau jangan risau sangat.kau takkan dibuang,dibakar mahupun dikitar semula.sayang duh nak buang buku.sayang teramat sayang.ilmu tuh.sukasuki je nak buang buang.even kertas exam masa aku tadika pun aku simpan lagi tau.haha.

jadi sekarang rak buku aku dipenuhi bukubuku baru.selamat datang wahai buku.alamilah dunia penuh habuk di rak buku aku.nasibla kau dapat tuan macam aku.cess.bernada bangga pulak menyatakan sifat negatif.sungguh kurang sopan.haha.jangan risaula buku,mak aku takkan benarkan aku melayan kau sebegitu rupa.kau pasti terjaga dengan baiknya.mintak mintak begitu la :)

*p/s - actually perasaan aku sekarang masih dikawal oleh result pmr.gelisah.keluhkesah.resah.parah.gundah.kusut.kalut.serabut.takut.ah.semuala.



rindu kau wahai sekolah


tag lagi.trimas sya

pertama - tuliskan sepuluh perkara tentang orang yang tag kamu
-bernama syafiqah zahari
-menuntut di sekula ku juga yakni slayunk garden high school(sekolaku da maju.haha)
-suka gambagamba jugakk
-kelak dia mau jadi photographer.itu katanya
-dia di kelas arab(ajar buleh?)
-muda siket dari aku
-dia riang jugakk
-dia ada geng ooo
-gila bangle.katanya
-yang paling aku pasti dia seorang manusia

kedua dan seterusnya telah terjawab.malas aku si pemalas untuk copy paste semula.sekian.

Wednesday, December 24, 2008

balasbalas tag cik azyan

wah.sekarang di dunia blog ramai ramai main balas tag.trend baru kott.eh.him tu untuk lover ka? aku tiada jadi bro aku jadi mangsa.hehe.jadi ini untuk cik azyan:)

1. What is the relationship of you and him/her?
- adik beradik yang lebih nampak macam musuh ketat

2. Your 1 impressions towards him/her.
- kedekut

3. The most memorable things he/she had done for you.
- bawak aku naik vespa gi sekula.haha

4. The most memorable things he/she have said to you?
- ko kan baikk (ada udang di sebalik batu dia nih)

5. If he/she become your lover,you will...
- gila.haram la weyh.

6. If he/she become your enemy,you will...
- eh, bukan kami musuh ketat ke?

7. If he/she become your lover, he have to improve on his or her
- sifat kedekut.baran

8. If he/she become your enemy,the reason is...
- dia pembuli bersiri

9. The most desirable thing to do on him/her is?
- rahsia

10. The overall impression of him/her is...
- kadangkadang dia tak la kedekut mana

11. How do you think the people around you will feel about you?
- tanya mereka.mereka ada jawapan

12. The character of you for yourself is?
- belum dapat ditafsir

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
- sensitip

14. The most ideal person that you wanna be is?
- bonda tercinta.beliau wanita besi :)

15. For the people who likes you, say something about them.
- ada ke sesapa yang suka aku?

16. 9 people to tag
- nicole alba
- wany
- patin pirana
- shahirah
- sya zahari
- caersyaira
- ketam.bantailah
- kumbang.hantam saja
- siput.hantam juga

17. who is no. 2 having a relationship with?
- family dia lah

18. Is no. 3 a male or a female?
- perempuan.ya aku pasti.

19. If no. 7 and no. 9 were together, would it be a good thing?
- gudgud.jadilah hermit crab :)

20. how about no. 5 and 8?
- tak berani aku pandaipandai

21. What is no. 1 studying about?
- cara mengurat aku.kan cik nicole? haha

22. Is no. 4 single?
- single la. takkan plural kott

23. Say something about no. 6
- itu watak yang diada adakan saja.

tag wany :)

maaf sepuluh kali.baru faham maksud sebenar.sekarang baru menaip.terimakasih :)

pertama - tuliskan sepuluh perkara tentang orang yang tag kamu
-nama beliau syazwani
-bekas pelaja sk sg kertas
-sekarang menuntut di paper river high school kan?
-suka fotografi [berdasarkan pemerhatianku]
-kenal dia melalui nadhirah
-kenal di myspace.jumpa belum lagi
-dia jelita :)
-aku denga dia gadis intelligent
-peramah jugak
-dia juga mangsa pmr macam beta.haha

kedua - masukkan emo yang kamu suka
- emo? tak layan

ketiga - senaraikan novel kegemaran kamu
-adam dan hawa
-aA+bB

keempat - senaraikan lima benda yang kamu sayang
-laptop
-phone
-kamera
-bilik
-jam tangan

kelima - tag tujuh orang
-wani sebagai tanda trimas
-syafiqazakaria
-shahirah aka che ah
-sya zahari
-cik azyan
lima sajala.terimakasih.

hobi tak rasional

masa senggang aku dipelopori dua aktiviti.10% berfaedah dan selebihnya ERROR!

pertama - makan,eat,'make'[loghat klate] dan melahap tanpa had.tak dapat aku jelaskan kenapa nafsu makan aku terincrease secara mendadak.setelah aku kaji dalamdalam punca utama yang dikesan - kebosanan melampaui batas norma seorang manusia.punca lain - mungkin untuk meningkatkan lagi metabolisme tubuh kott.i'm too fat to be much more fat.tahniah kepada aku.berat aku bertambah lagi.maaf aku tak mampu bersorak keriangan atas kejayaan ini.

kedua - mengahadap si laptop almost setiap masa.ni lagi satu hal.teramat sangat melekakan.bukak web sana.bukak web sini.semua aku nak selongkar.bila bosan,laptop bertukar jadi video game.my laptop my darling.i love u lebih la :)

adalah lebih baik aku rasa JIKA aku selak bukubuku yang selamat abang aku pos ke bilik aku.gila banyak duh.mentang mentang dia suda tamat skola.haih,jangan kata nak selak.tenung pun jarangjarang.ada la sekali.aku rajin siket.bukak la buku add math.gila.apa ni mak?sumpah tak paham.dah la aku si pemalas ke pusat tusen.abang aku sibuk promote tempat dia tusen.pigidah.seumur idup aku, darjah 3 4 je aku tusen.atas reason yang tak munasabah pulak tuh.malas la aku nak menambah akaun simpanan orang lain.lagipun,aku teramat sangat busy.aku kan wakil rakyat.nanti kang tade masa lak nak melawat rakyat jelata.haha.

*p/s - eh,kau ada hobi best tak? kongsila.hehe


tidur lagi best


Monday, December 22, 2008

karut belaka

betulla kata orang manusia tak pernah berpuas hati.semestinya aku tak terkecuali.aku bukan la manusia yang sempurna.sekarang ni mana ada manusia yang sempurna kan.aku bukan supernatural.aku bukan superhuman.aku bukan jugak ironman.aku biasa biasa je.mungkin kadang kadang perangai aku agak luarbiasa dan mereka fikir aku gila.eh,yeke? pendapat orang aku tak buleh nak bantah.tak buleh jugak aku terima 100%.tolak pun tak buleh.apa yang boleh aku buat cuma diamkan dan hidup bergaya dalam dunia aku tanpa hiraukan orang lain.aku tak kacau orang lain.kalau diorang rasa masa yang diorang ada hanyalah untuk ambik tahu hal aku dan orangorang lain,itu hak peribadi diorang.aku tak boleh tentukan hidup dia.sedangkan mak bapak dia pun susah nak tentukan hidup dia.apatah lagi aku.eceh.membebel lagi aku.

actually aku cuma nak bagitau pasal manusia tak berpuas hati kan.macam aku.masa sekolah aku gedik ayam nak cepat cuti.masa cuti aku nak cepatcepat masok sekola.aduhai.aku ni tak kenal dek untung.masa result periksa nak keluar awal awal aku marah pasal cuak nak dapat result.sekarang dah tunda pun aku tak puas hati jugak.apa jenis manusia aku ni.korang rasa macam mana?mungkin betulla ada virus yang menggodam selsel otak aku.nampaknya aku kene minum susu enfagrow macam anak kecil la camni. bia selsel otak aku berhubung kembali.haha! mati kau virus!hiyakkkk!

*p/s - aku dapat mimpi pelik la pasal result aku.wargh! ada ke keputusan 1b beberapa c dan d dan 1u? kau rasa macam mana? lagi satu mimpi aku dapat 9a. dari mana datang lagi 1a? sumpah aku tak buleh jadi ahlil nujum macam ni.


8 hari lagi weyh!

Saturday, December 20, 2008

muntahan perasaan

aduhaduhaduh.result pmr semakin mengusutkan benak aku weyh.bila aku lupa je hal result ada je manusia yang refresh ingatan aku pasal tu.mereka tak lain dan tak bukan rakan seperjuangan yang juga sekotak sekatik dengan aku.ya,aku hargai niat murni mereka tu sebab peringatan mereka buat aku lebih banyak berdoa.bukankah itu cukup baik?tapi kenapa aku masih gelisah dan keluh kesah.padehal,kalau dapat result baik sekalipun,aku takkan melompat setinggi klcc.kalau result teruk pun bukannya aku akan nangis sampai banjir satu malaysia.dan bukan jugak aku akan meraung bak tarzan kan.

mungkin sebab ramai sangat yang menaruh harapan tinggi menggunung kat aku.terutamanya my dearest bonda dan ayahanda.sanggup ke aku nak berdepan dengan mereka kalau result aku teruk?ya.mungkin bapak aku pernah cakap,"jangan la takut sangat dengan result tu.janji adik dah buat yang terbaik." masalahnya,betul ke aku dah buat yang terbaik? macam tak banyak effort pun.aduh.rasa bersalah mula la nak penuhkan dada aku ni.

ah.pedulikan la tu semua.baik penuhkan masa dengan berdoa daripada berfikir yang tidak tidak.ha.pi'e kan suka aniaya aku.saat tu paling tepat untuk aku berdoa.bukan ke doa orang yang teraniaya dimakbulkan?haha.

*p/s - mari samasama berdoa untuk kejayaan semua.amin :)



basya!



Monday, December 15, 2008

bye bye holiday :)




krabi,thailand

raya haji sudah lepas.lembu sudah disembelih.air mata aku sudah habis berderai saat ia disembelih.dagingnya sudah dimasak sup.juga sudah dimakan.sudah dikeluarkan semula juga :) tak sangka aku.lembu korban ternyata begitu enak.lebih enak dari lembu potong yang dibeli di kedai. tapi kenapa aku sensitip saat ia disembelih? kenapa airmata mesti bercucuran? wah! aku ini animal lover juga lah nampaknya. terima kasih pakcik makcik dan kanakkanak sebab gelakkan aku saat aku si photographer yang ditugaskan merakam detik putusnya nyawa lembu itu menangis teresak esak sambil merakam. terima kasih tak terhingga kepada bunda tercinta sebab tenangkan aku.betul kata mak.lembu itu terus ke syurga.hey kalian.jika ingin masuk ke syurga segera sila la kamu mejadi lembu juga.itu kata makcik aku kepada aku.haha.

saat bercuti juga sudah lepas.thailand telah aku gegarkan.binatang di songkhla zoo semua sudah aku sapa.pulau pulau indah di krabi semua aku dah tawaf.indah tak terkata tempat tuh.anak ikan buntal sempat aku pegang.nasib baik ia tak buntalkan diri masa tuh. duri dia gila tajam.monyet kat sana lucu duh.haha.sempat gak aku mandi manda kat satu sungai ni.ala ala uluyam.tapi jauh lebih jernih dari uluyam. sekali pandang macam swimming pool semulajadi.sempat gak aku cuci mata. syiok menonton tayangan perdana si matsaleh memakai bikini.lagi pulak bila si perawan boroi pakai seluar mandi semata.haha.kelaka uh. mereka ni tak kenal erti malu kot.lantak la dia.dia tak kacau hidup aku pun. after all,bilik aku jugak yang aku rindurindu.dan sekarang bilik aku beserta internet kembali jadi teman setia.holiday sudah bernoktah :)


kembali gerunkan si result


Saturday, December 6, 2008

adios KL, holla KLATE

wahai kamukamu sekalian.aku nak luahkan perasaan! sila bagi sepenuh perhatian yang kamu semua ada. dan pengumumannya ialah.jeng jeng jeng! aku nak balik kampung! wahaha. teruja duh. sape mau ikut? dijemput bawa kenderaan korang sendiri. sebab kereta aku dipenuhi lembu dan kambing untuk dikorbankan di kelate. mek, rindu la kok mek. mek masok gapo eh? haha.

aku kalau balik kelate mesti dengan perut yang kosong. supaya dapat aku makan setiap makanan yang extremely lazat kat sana. dan laut! oh laut! masa aku balik arituh tak sempat aku nak menjenguk kau! kali ni mesti kau busan tengok muka aku. harihari aku lepak pantai eh.wahaha. tapi tak buleh la aku nak bermandi manda dan bermesra dengan kau. gerenti ombak besar.aduhai. asal cuti je musim ujan.musim ujan je cuti. takpela. aku pasrah dengan kehendak Ilahi.

tak kisah la korang mau bercuti sampai kutub utara sekalipun. bagi aku dapat balik kampung pun sudah cukup. bak kata bapak aku, "nak buat apa pegi tempat lain, bukan ada tok nenek pun kat sana." wahaha. ala bapak. kalau cakap mau jimat ongkos pun takpela. anakmu sangat memahami :)

jadi bernoktah aku di sini untuk berkemas. kereta bergerak jam 1 pagi nanti. weeeeee. entah apa pulakla cerita yang bakal bapak aku bukak dalam perjalanan kali ni. dan pastinya akulah yang tido dulu. wahaha. adios ma lapopos. doakan aku selamat sampai ya kawan kawan :)


selamat hari raya aidiladha :)

Tuesday, December 2, 2008

spm - saya perempuan muda :)

weh weh weh.abang aku bakal menikmati hidup penuh gumbira lepas nih. khamis nih last paper dia. dan aku bakal bergelumang dengan perasaan cemburu tahap tak laku duh! dengkinya! dia suda bebas dari alam sekolah. dia sudah buleh menikah la. mau juga mau juga. haha. lagi pulak dia suka kecoh kecoh depan aku. aduhai. bila la masanya nak tiba untuk aku ungkapkan byebye pada baju sekolah aku? entah hidup lagi ke aku masa tuh?

tapi bila tiba masa tu nanti, gembira ke aku? alamak. masa tuh aku mesti dah lain siket. lebih feminin kott. haha. jangan kau terkejut tengok aku pakai heels. aku reti tau. tanak tunjuk skill je. haha. eh eh. tertuka topik. haa, mampu ke aku berpisah dengan kenangan aku selama ni? adeh. gerenti aku tachink tahap tak tau malu masa tuh. konon konon dah tak jumpa kawan kawan. padehal, rumah bukan jauh mana un. cuma tula, terbatas la siket. tak buleh la aku nak buli dorang hari hari. hmm. lepas habis skula apa aku mau buat eh? kawen? eceh. tanak tanak. tunggu dan lihat je la apa yang jadi nanti. hoho.

berhenti aku berangan. aku baru limabelas dan bakal menjadi enambelas tahun depan. belum tiba masa aku fikir sume ni. adios ma lapopos :)



masa berlari laju

Sunday, November 30, 2008

igauan selepas subuh

mak aku pesan lepas subuh jangan tido. degilnya aku si anak tak mendengar kata mak. padan muka aku dapat nightmare yang mengejek diri aku sendiri. dan paling tak buleh bla mak aku nampak adegan tangis menangis aku dalam mimpi. aduh, malunya! teresak esak bagai anak kecil kehilangan bonda. dan aku masih bingung dikala mak aku tanya kenapa aku menangis sebegitu rupa. mak aku hanya mampu gelak bila aku mengatakan itu hanya mimpi. inilah akibatnya apabila ingkar kata mak. sungguh memalukan! kalau la ada kamera tertutup dalam bilik aku...dah dah. cukup mas! tak payah bawak fikiran sampai kutub utara.

*p/s - watak utama dalam mimpi aku adalah abang aku yang kuat membuli. nanti kau! aku bakar vespa kau! haha. minyak petrol dah murah. mancis 20 sen je. hahaha :D



aku benci nightmare

Saturday, November 29, 2008

bila aku buleh kawen ha?

eh.hari hari ade je orang kawen. dengki la pulak aku tengok. aku bila lagi mau kawen? mau tanya bapak aku la bila dia mau kawenkan aku. haha. gila ke ape. kang bapak aku kawenkan betol betol baru la aku menangis tak berlagu. ish. tanak aku. pmr pun belom dapat result. ada hati nak kawen. bukannya zaman nenek aku dulu. 13 taun da kawen. wah. jelitanya nenek aku dulu dulu. haha. tapi tu kisah dulu. sekarang lain. menurut iklan akhbar tuh,

'zaman dah berubah dunia dah maju'

tapi kalau aku tanak kawen buleh tak? eh.aku nak jugak rasa ada anak. maklumla, children lover. mengarut je aku. btul ke ayat tu? bukan animal lover je ke. eh. lantakla. tapi aku ta buleh join persatuan gedik gedik malaysia yang menggedik dengan jejaka jejaka tuh. nampak dek bapak aku, naye. time tu jugak status anak dara aku bertuka jadi bini orang. pergh. pedih siot. korang tak tau betapa tegasnya bapak aku. dulu, makcik aku pun kene paksa kawen sebab diketahui gi dating memalam. tu yang aku taknak terjebak langsung hal kapel kapele nih.

haha. berterima kasih aku kepada bapak aku. di atas ketegasan beliau la aku jadi orang. tak lupa jugak kepada mak aku yang tercinta. bebelannya pun menjadikan aku seorang anak dara yang sedar diri. eh. luahan perasaan ke ni? haha. pape je la. berhenti aku berleter. sekian.


kucingku kawen lari


Tuesday, November 25, 2008

demi sehelai baju

oh baju, kau meragut hatiku! aku nak jugak baju tu! baju ape eh? entah! aku sendiri pun tatau. tapi yang pasti;
kerana sehelai baju aku dapat penat
kerana sehelai baju aku dapat lapar
kerana sehelai baju aku kerek rajin tolong mak aku
kerana sehelai baju ah, macam macam la
tabiat asal aku - lepas subuh je sambung mimpi sampai angka sembilan
tabiat baru aku - lepas subuh je aku ceraikan katil.haha

adakah ini satu anjakan paradigma macam yg cikgu selalu cakap masa perhimpunan yang maha bosan tu? atau adakah ini satu perubahan mendadak hanya berdasarkan sebab musabab yg tertentu? atau adakah ini satu petanda aku semakin rajin? atau adakah ini tandanya aku sudah mula berdikari?

bukan aku tak buleh bodek bapak aku setakat nak beli baju sehelai. tapi, aku nak jugak rasa beli benda hasil usaha aku kan. aku tak kisah la apa orang nak kata. kononnya aku ni bajet rajin demi kepentingan diri ke ape ke. lantak koranglah! yang pasti aku tau niat aku. haha.

*p/s - blog ni aku ketap ketip masa lapa menggila. skema si ayat. kelaparan mengubah akulah! haha


tak semudah ABC 123



Saturday, November 22, 2008

suka suka

sila tonton kalau kau busan. sila senyum lepas tonton. sekian.




forward by kamikaze

Friday, November 21, 2008

bebelan akal

sabtu. jam 3.30 pagi. aku termenung macam orang baru putus cinta. putus cintakah aku? oh, tak mungkin! cintan cintun thing never appear lah! tapi kenapa aku macam kucing hilang anak? serabut, kalut, gelisah, serba tak kenalah. oh mak, apa sudah jadi dengan anak daramu tengah tengah malam ni mak? aku agak ada virus jahat menyelinap masuk dalam otak aku dengan hasrat tak murni nak menakluk diri aku! eh, pergi lah kau jauh jauh! kau ingat kau plankton dalam katun spongebob ke? aduhai.

apa sudah jadi dengan aku? adakah aku menghidap penyakit pelik? terasa mencucuk cucuk je dekat hati aku ni. takkan aku menghidap penyakit yang buleh bawak mati kot? jangan! jangan! aku belum kawen lagi. aku masih ada impian. aku belum maju setapak pun daripada musuh sendat aku. ah, persetankan tu sume! aku takkan kalah dengan mudah! ya, aku yakin! eceh, poyo je aku.

apa la nak jadi dengan aku. kadang kadang macam orang tade perasaan. kadang kadang overperasan. kadang kadang terlebih berperasaan. hakikat kehidupan. terima je la :))

p/s - maaf tira. aku tipu kau. aku kata aku ok! hakikatnya aku sakit. dan sakit tu tak boleh ditampal dengan plaster 20 sen. tolong aku weyh.


peria + gula = lumrah hidup

Tuesday, November 18, 2008

ke kota london lagi

pusing pusing dalam bilik tatau mau buat apa. suda busan tahap gaban skodeng awek nih. yeah! aku nampak pen dan kertas. aku rembat la. entah aku punya ke sape tah. aku nak lakar muka kau, aku tak reti. aku nak lakar muka aku, kang dah takde rupa aku kang. senang citer aku bukan reti pun seni lukis melukis nih. makan tido aku pakar la. haha.

jadi aku pun menghunus pen dengan penuh maruah. mula menulis. entah apa yang aku tulis pun aku tatau. asalkan pen berlari laju, aku ikut je la. eh, penat la kejar kau! tangan aku ni laju je kalau dapat pen ngan kertas. kang tak pasal pasal biodata satu family aku tulis. bak kata abang aku kepada kawannya,"adik aku buku teks pun dia salin." adoii.tu dulu la. sekarang aku la si pemalas dalam umah ni. aduhai. aku tetap busan ni.

akhirnya aku ambil keputusan drastik! aku nak pegi kota london kejap. nak jumpa lover aku kat sanalah :) babai semua. flight dah ready dalam igauan tengah hari. mari ke london tanpa passport :) hebat kan aku!

*p/s - aku hanya copy paste apa yang aku merapu dalam buku. ampun nazz! habis buku kau aku conteng. aku ingatkan buku aku. kau tak marah kan kan kan? kita kan saling sayang menyayang. hoho.


-tamat segala busan-

kalau itu kalau ini

kalau siput kawen dengan ketam, apa kau rasa?
kalau aku nak kawen dengan bantal peluk, mak aku restu tak?
kalau bilik kau penuh kamera, kau mampu buat 'peace' ke?
kalau kau nampak aku, kau tegur tak?
kalau aku jumpa dia, aku pengsan tak?
kalau perempuan gay, apa kau fikir?
kalau kau jumpa seposen, kau loncat tak?
kalau aku rambut afro, mengguda kan?
kalau pepsi campur kopi, sedap ke?
kalau aku jadi mak, aku gorgeous tak?
kalau aku taip lagi kau marah tak?
kalau aku kata kau sedang buang masa kau sekeh kepala aku tak?

tahniah kerana berjaya membuang masa kau yang sangat berharga macam emas!
cuba lagi tahun depan :)

*p/s - inilah yg berlaku bila darjah kebosanan aku meningkat sedrastiknya!

tanpa kalau kapal terbang tak wujud

Monday, November 17, 2008

hero yang super


.0. Pictures, Images and Photos
korang ingat tak superhero zaman kanak-kanak korang? aku rasa aku ingat lagi kot sikitsikit. duludulu aku gila tengok cerita sailormoon. 'dengan kekuatan bulan akan menghukummu!' haha. best je ayat dia. then, aku banyak berjangkit ngan bro aku. dia tengok masked rider aku tengok masked rider. dia tengok ultraman, ultraman la aku tengok. lagi power rangers, robocorp, baja hitam(entah betul ke nama dia). kalau macam lelaki super ngan lelaki lelabah tu tak payah cakap la. memang ta penah miss. dulu nama orang jahat pun hafal. tapi skang bro aku je yg ingat. aku dah lama lupa. otak penuh karat. tak boleh nak buat ape la. hoho.

aku tanak jadi ultraman sebab dia besar sangat - abes musnah bangunan
aku tanak jadi sailormoon sebab dia overgedik dengan mamoru
aku tanak jadi spiderman sebab aku takut lelabah
aku tanak jadi superman sebab dia pakai baju adik dia - ketat gila
aku tanak jadi baja hitam sebab bila ending je mesti tempat tu meletup - pencemaran udara
aku tanak jadi power rangers sebab aku taktau nak jadi kaler apa.

pendek kata, kalau diberi peluang pun, aku tanak jadi superhero. biarlah aku jadi ordinary person saje.

*p/s - aku terlalu naif dulu sebab percaya cerita superhero. tapi sekarang aku dah matanglah! aku yakin aku mampu terbang! oops :)


akulah hero!


Sunday, November 16, 2008

siapa di sisi kau?

best friends Pictures, Images and Photos
daripada pandangan mentaliti aku, orangorang macam yg aku senaraikan di bawah adalah stupid tahap bebal!

-tak suka berkawan dengan sesape pun. pendek kata sombong!
-jenis kawan makan kawan. pendek kata tikam belakang!
-berkawan semata-mata sebab kepentingan peribadi.
-jadikan kawan balaci tahap hamba abdi.
-berkawan bila happy je. ko sakit ke, ko susah ke, ko sedih ke, dia peduli hape!
-selfish tahap tak laku!

itu je la rasanya yg terlintas dalam benak aku. tapi kalau ikut logik akal, takde kot manusia yg pakej semua perilaku tu. kalau ada, nauzubillah. tak payah la buat kawan. merana badan oi.

rasanya tak perlulah aku senaraikan perilaku baik seseorang kawan. sebab memang tak terkira banyaknya. lagipun bagi aku, kawan adalah the best thing yg muncul dalam hidup selain family aku sendiri. mohon jauhilah kawan kawan yg berperilaku stupid drpd aku. dan jauhilah aku drpd tergolong dalam kawan bersifat stupid. amin panjangpanjang.

*p/s-tajuk ni disarankan oleh cik alia.trimas yunk!

-no friend no school-

Saturday, November 15, 2008

bulan

moon Pictures, Images and Photos
mengikut apa yg tersirat dalam benak aku ni, bulan tu begitu indah. ni bukanla pandangan dari remaja yg sedang hangat bercinta dan melihat semuanya indah. tapi hanyalah reaksi kosong aku si gadis yg tak penah ada kena mengena dengan cinta. hmm, indah sangat la kau rupanya. sampai aku terguda. hoho.

darjah keterujaan aku meningkat bila dengar lagu yg ada memasukkan bulan dalam lirik dia. contohnya macam:-

'biarlah bulan bicara sendiri...'
'tapi sayang, hanyalah impian, bulan tak bisa tumbuh di taman'
'oh bulan tolonglah daku katakan padanya ku cinta dia'

aku ingat lagi hari aku nak amik pmr. aku keluar rumah nampak bulan. cantik je. sempat aku berceloteh sorangsorang dengan si bulan. tapi entah kenapa hari tu aku tersenyum je on the way ke sekolah. penangan sang bulan memang hebatla. indahnya dunia ciptaan YANG MAHA ESA. dengkinya aku dengan sheikh muzaffar. boleh datingdating dengan si bulan. haha.


-terang rembulan lebar senyuman-

bermula semula

aku mula menjengah blogblog yg dipost merekamereka yg kukira hebat berblogger. sepantas kilat aku delete semua blog aku yg terdahulu. terasa diriku ibarat hidup segan mati tak mahu dalam dunia blog. terlalu kecil blog aku berbanding mereka. tabik spring lah kat korg! trimas kepada mocha di atas nasihat beliau untuk aku buang blog aku tu! kewajarannya jelas terpancar. hoho.

blog ni aku jadikan yg pertama. trimas dan maaf kpd merekamereka yg sudi memberi luahan peribadi terhadap blog aku dulu. aku nak majulah! harap korg faham. hoho.


-trimas sejongkong emas-