mak aku pesan lepas subuh jangan tido. degilnya aku si anak tak mendengar kata mak. padan muka aku dapat nightmare yang mengejek diri aku sendiri. dan paling tak buleh bla mak aku nampak adegan tangis menangis aku dalam mimpi. aduh, malunya! teresak esak bagai anak kecil kehilangan bonda. dan aku masih bingung dikala mak aku tanya kenapa aku menangis sebegitu rupa. mak aku hanya mampu gelak bila aku mengatakan itu hanya mimpi. inilah akibatnya apabila ingkar kata mak. sungguh memalukan! kalau la ada kamera tertutup dalam bilik aku...dah dah. cukup mas! tak payah bawak fikiran sampai kutub utara.
*p/s - watak utama dalam mimpi aku adalah abang aku yang kuat membuli. nanti kau! aku bakar vespa kau! haha. minyak petrol dah murah. mancis 20 sen je. hahaha :D
aku benci nightmare
No comments:
Post a Comment