diteruskan dengan malam yang penuh rasa lapar.kononnya malam ni nak dinner di luar.kadang kadang mak aku nak jugak merasa masakan orang lain kan.maaf mak.anak mak hanya boleh memasak masa mak takde kat rumah je.bila mak ade semua skill hilang.jadi,masakan anak mak ni tak boleh mak rasa kott. jadi,keputusan muktamad.makan di luar sambil beli barang dapur.
tiba di pasaraya x(bukan nama sebenar).aku langsung tak suka pergi situ.bukan kerana keadaannya tapi kerana sikap pekerja situ.dan tak sangka hari ni mereka masih dengan sikap yang sama.stupid! berani dia layan orang lain dulu sedangkan aku terpacak kat situ sebelum dia datang lagi. dan puan x(bukan nama sebenar) dengan bangganya menyuruh dia dilayan dahulu sedangkan aku yang ada kat situ dulu.nasib baik itu seorang makcik.boleh la aku bertimbang rasa. dan sekali lagi ahli keluarga menjadi mangsa bebelan aku.maaf mak.orang lapar memang baran.
mencari restoran untuk menjamu selera juga membuatkan aku baran.semua full.tau la hari ni maal hijrah.takkan semua nak berhijrah dari rumah ke restoran kott.aduh.setelah meronda,akhirnya restoran feveret abang aku jadi pilihan.tak kisahlah.aku teramat sangat lapar.dan sekali lagi baran aku bermula.stupid betul pekerja restoran tu.aku cakap nak makan tu maknanya nak makan la.kenapa dia kena tanya berkali kali.kenapa dia kena tanya makanan yang aku nak makan tu berkali kali? bukannya aku mintak rusa bertanduk punn.cess.sungguh menyakitkan hati.ternyata bukan aku je yang baran malam ni,bapak aku pun sama duh.tak pasal pasal pelayan tu kena sound secara percuma.kesian pulak aku tengok.nasibla lepas habis makan tu aku kembali menjadi manusia normal.tak mampu aku nak jadi manusia yang tau baran je.tak senang hidup.
an angry man is a hungry man
No comments:
Post a Comment