geng bas sekolah

Thursday, April 30, 2009

rungutan demi rungutan

weyh,penatlah hari ni,
boring aa naik KTM,
ramai manusia la,
semua bukan kaum penyabar,
masing masing nak hot je,
macam KTM tu abah dia punya,
mencarut tak tentu hala,
bukan reti nak hormat orang tua,
aku pulak yang rasa bersalah bagi pihak dia,
cis,macam dia je yang penat,
habis aku tak penatla,
berdiri dalam bas,dalam KTM lagi,
kesian aku tengok makcik kena tolak,
entah hilang mana tah budi bahasa diorang ni,
moral takde ke,
haih,aku harap aku dapat rehat cukup cukup cuti ni,
walaupun aku tau benda tu takkan jadi nyata,

Sunday, April 19, 2009

a journal?

aku memang rajin beli buku,
rajin beli tak bermakna rajin baca,
hari ni beli lagi,
pakcik aku ajak jalan klcc,
lepak kinokuniya lama lama seronok jugak,
dengki jugak mocha dengan nazz jumpa novel bernilai 1.50,
bukan senang nak dapat tu,
serius aku dengki,
kamus jepun tak semurah yang aku sangka,
komik jepun apetah lagi,
aku ingatkan standard harga komik malaysia je,
haih,barang import ni semua mahal mahal agaknya,
entah kenapa aku masuk kelas bahasa jepun,
banyak perabih duit,
kurang sikit duit untuk aku makan,
bengang sikit aku macam ni,
balik penat,
diorang ajak bergurau senda lagi,
peluang macam ni memang susah nak lepaskan,
bukan selalu aku balik rumah,
macam rumah ni destinasi persinggahan pulak,
alahai,lusa ada test lagi,
mana ada aku study lagi,
kerja sekolah tu ada la aku jeling sikitsikit,
entah bila mood aku nak datang,
2 setengah pagi dah ni,
nazz dah lentok benar,
mocha sibuk buat apetah dengan laptop dia tu,
better aku tido,
adios :)

Friday, April 17, 2009

mungkin muka aku macam musuh lama dia

aktiviti berbelog aku dah kurang terlaksana. aku cuma berbelog dalam journal je. wajib hantar journal setiap isnin. miss tan kata, "just write whatever you want to share with me. i'll keep it as a secret. and you can write about everything" noktah. kiranya aktiviti blogging aku masih aktif. bezanya aku berbelog dalam buku. semua karya dalam bukan-bahasa-bonda-aku melainkan bahasa-bonda-britneyspears. tukang komen pulak hanya satu. tapi, keseronokannya macam sama. i love you very strong la miss tan.

aku nak ulang balik kisah yang dah aku ceritakan pada miss tan. bagi aku saranan yang beliau kasi tu, kurang memuaskan. jadi, aku nak tau pendapat orang lain.

aku ternampak sorang perempuan budak form1. budak tu form1 ambilan kedua. pandangan awal aku mengatakan budak tu macam comel je. budak comel mestila kena berperangai comel kan. jadi, masa aku nampak dia dalam surau, aku memberikan senyuman lebar kepadanya. mestilah aku mengharapkan balasan yang serupa kan. sebaliknya berlaku bila budak tu pandang aku dengan pandangan menyampah lantas memandang arah lain. sememeh sangat ke senyuman aku ni?

lepas kejadian di surau tu, hampir setiap masa aku akan terserempak dengan budak tu. pada awalnya, setiap kali bertembung, aku senyum lebar lagi pada dia. malangnya lagi dia pandang aku atas bawah, dan blah macam tu je. sahabat aku menjadi saksi setiap adegan antara aku dan budak tersebut. tahap kesabaran aku ada batasnya. setelah patah hati menerima respon liar budak tu, aku pun melenyapkan senyuman 100% untuk dia dan hanya memberikan pandangan sinis. respon dia tetap jugak sama. sekarang ni timbul rasa menyampah bila aku tengok muka dia. rasa macam kasut aku nak melayang je kat muka dia. nasib baik keimanan aku masih tebal. lagipun sekolah aku mengamalkan sistem touch and go. berani sentuh budak, out lah aku dari sekolah tu. jadi, sampai ke hari ni aku tercari cari apa salah aku pada budak tu.