geng bas sekolah

Friday, December 24, 2010

saya itu akulah,

jika anda doraemon, sila hubungi saya secepat yang mungkin ya. saya sangat memerlukan mesin masa agar dapat kembali ke zaman dahulu kala. kerana dahulu itu benar benar bahagia saya rasa. berbanding sekarang yang semuanya pahit, dah takde rasa gula. mungkin ada la sikit sikit cuma. tapi tu pun bercampur rasa bisa. saya sudah cuba avoid kopi, peria dan yang seangkatan tentera dengannya. namun yang pahit itu tetap terasa walaupun sudah saya telan berkilo kilo gula melaka. aduhai sakitnya kepala. attention ya teman teman, mas idayu dah mula menggila! sila jangan berjumpa dengan saya buat sementara. takut parah tuan tuan puan puan dan encik cik semua. maaf kepada rakan andai saya kasar berbicara. saya cuma kurang mahir menyusun kata kata. ah, pigidah~

Thursday, December 9, 2010

sesi berjiwang-jiwangan

kaulah manusia itu
yang tak reti erti hatiku
walau ku cuba bicara seribu
kau tetap diam begitu

kaulah manusia itu
yang tak reti ubat sedihku
aku pula dimarah kamu
kau memang begitu

kaulah manusia itu
yang tak reti kenang yang dulu
sungguh indah masa yang lalu
tapi itukan dulu

kaulah manusia itu
yang tak reti dalami bahasaku
untuk apa lagi kau ku rindu
sedang rindumu pada dia itu

akulah manusianya
yang selalu kau hadiahi kata bergula
tapi semua itu dahulu kala
saat aku dan kamu masih muda

akulah manusianya
yang bijak melahirkan tawa
saat kau sampaikan halwa telinga
oh, alangkah indahnya

dicarutmarutkan dengan penuh maruah oleh si tuan rumah.

Tuesday, December 7, 2010

spm-semua perkara mudah?

ok ini sangat kelakar, at least bagi aku la.

macam ape tah, spm tahun ni memang betul2 bersejarah dengan paper sejarahnya yang maha payah. aduhai.

sejarah sangat mendukacitakan. kekejaman lembaga membuatkan aku terseksa. dikeluarkannya soalan yang tak pernah keluar trial. memang kejam. aku ni memang pemalas sikit bab2 sejarah ni. keluar rancangan malaya memang ternganga jugakk la mulut aku ni baca soalan.

beralih kepada paper paling latest, si kimia. memang LAWAK antarabenua betul. punya la awal aku jejak dewan excited nak jawab paper3, tau2 tunda gara2 peti besi takleh bukak. aduhai. patut start pukul 2,last2 jadi pukul 4 setengah. bagusnya dapat baca lelebih, tak bagusnya aku memang ngantuk2 jawab exam, takfresh langsung. nasib baik senang. teruja gila bomba datang ramai2 nak pecah peti besi,haha. first time pulak kena kuarantin, haiya.

jangan la time paper LK nanti peti besi meragam lagi. memang aku pegi bom la. nak balik awal, hehe. tak lama lagi, 'selamat tinggal jempol jambul'

Saturday, November 6, 2010

mentah dan matang

si budak mentah ini ingin bersuara
namun tak kedengaran
cuba menjerit di telinganya
si matang yang kejauhan

si budak mentah ini ingin melihat
namun tidak kelihatan
di mana bayangnya
si matang yang kejauhan

si budak mentah ini ingin merasainya
namun tiada perasaan
cuba mendalami hatinya
si dia yang telah matang

si budak mentah ini ingin meneroka
namun tidak kesampaian
begitu jauh dari dirinya
si dia yang telah matang

si budak mentah ini ingin berhenti
namun tidak terdaya
tiada henti menunggunya
si dia yang telah matang

Friday, November 5, 2010

angkat pedang sekarang!

ada satu destinasi yang sangat jauh hendak aku tuju. tapi, aku sendiri belum berani memulakan langkah pertama. bagaimana nak aku tempuh perjalanan beribu batu itu, kalau kaki masih berat memulakan langkah pertama?

lemak yang terkumpul di dalam diri semakin bertambah. hal ini mengakibatkan langkah bertambah berat. patutkah aku berhenti? patutkah aku membantutkan niat yang suci murni kerana tidak sanggup kehilangan?

untuk sampai ke destinasi itu, banyak yang telah aku korbankan. terlalu banyak. dan banyak juga manusia yang turut sama berkorban demi aku. kenapa tidak aku menghargainya? bukankah itu fitrah manusia. hanya belajar menghargai setelah kehilangan nikmat itu. ya, haruslah aku langgar fitrah itu.

bangkitlah mas, berlarilah ke destinasi itu. selagi masa belum tamat, masih belum terlambat

Saturday, October 16, 2010

exploded heart?

rumahku bukan lagi syurgaku,

asrama itu penjara bagiku,

sekolah memang tempat menimba ilmu,

kemalasan terus merajai kalbu,


semua tempat tak aman lagi,

air mata sentiasa membanjiri,

mana pun yang aku pergi,

pasti ada luka di hati,


di mana aku nak cari tempat mengadu?

di mana aku nak menumpang bahu?

di mana aku nak dapat kasih sayang itu?

di mana lagi aku boleh dapat hidup aku yang dulu?

Friday, October 15, 2010

weyyyy

wey, aku dah gila wey!! aku taknak daftar ic kuning macam azamuddin ali wey!

wey, tolong aku wey! aku rindu gila muahxcrew wey! semua benda buat aku rasa bersalah wey! macam mana ni wey??

wey, kenapa spm mengganggu gugat kehidupan aku wey? nyah kau dari sini wey!!

wey, wey, aku nak keluar dari jempol wey, cepat sikitla habis spm wey,,

Saturday, September 25, 2010

it's our first date :)

ke hadapan encik spm,
tak lama lagi kita akan bersua muka,
pertemuan ini telah lama ku nantikan,
hatiku berdebar-debar,
menanti ketibaan hari keramat itu,
adakah aku akan jatuh pengsan?
dek kerana perasaan gemuruh menghantui diri,
oh,alangkah gemuruhnya aku!

aku malu hendak bertemu,
kerana rendahnya diri ini,
kerana kurangnya ilmu di dada,
mampukah aku menghadapimu?

aku terus menanti,
menanti tibanya saat itu,
aku takkan melarikan diri,
semoga pertemuan ini,
mengukir senyum di bibir,
membisik riang di hati.

Friday, September 24, 2010

Thursday, September 9, 2010

syawal berlari ke mari

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



raya zaman mudamuda dulu,
belasan tahun yang lalu,
saat aku hanya pandai merengek,
kagum dengan kasut tinggi,
malu malu bila dicalit gincu,
retinya mintak duit raya je,
rindunya :)

bapak aku pun belum boroi lagi masa ni,hihi

mak,sila tambat saya di rumah,saya takut mak.

aku takut sangat,
takut jadi macam mereka,
berpelukan sana sini,
berpegangan satu body,
boleh luruh jantung aku melihat,
boleh hilang rasa hormat,
sekeras-kerasnya laranglah aku teman,
jangan sampai aku mengikut jejak mereka,
jangan sampai aku malu pada diriku sendiri,

hanya kekasihku yang boleh melindungiku,
kekasihku yang satu,
hanya Kau ya Allah.

Monday, September 6, 2010

Sunday, September 5, 2010

my ambition

cukup cukupla,
aku dah penat dengan kata-kata manusia,
mencela,mencerca,mengata,
semua tu tak kekal lama pun,
jangan sampai aku jahit mulut mereka,
barulah aku terkenal masuk paper,
biar padan dengan muka

sewn lips Pictures, Images and Photos
nak aku jahit mulut kau macam ni?


jantung berlari laju

mak, saya meminati dia tu,
dia taktau pun mak,
minat dari jauh je,
mak marah tak?
minat je mak,
minat je la,
minat je,
hehe :)


Saturday, September 4, 2010

meet my sunshine

sun Pictures, Images and Photos

bunga tak mencari kumbang,
kumbang perosak keindahan bunga,
bunga mencari si matahari,
harapan bunga untuk terus hidup.

bulan tak mencari bintang,
hanya menumpang keindahan bulan,
bulan mencari si matahari,
pemberi sinar buat sang bulan.

burung tak mencari teman yang lain,
yang buat ia tak terbang bebas,
burung mencari si matahari,
supaya ia tak buta dan terbang sebebasnya.

aku mencari dia,
dia yang ingin menjadi matahari,
bukan kumbang,
bukan bintang,
dan bukan yang lainnya.

tapi bukan sekarang,
tunggulah saatnya nanti.

boleh ENCIK MATAHARI?

haih,

aku benci ayat ni,

lagi lagi MAKAN MAKAN MAKAN!

kenapa aku dihujani ayat ni?

love him? hate him?

i met MR TRIAL,
i sacrificed days and nights for him,
but though,
he was a nightmare for me.
goodbye dear,,

dear MR SPM,
i'm too nervous to see you,
will you give me nightmares too?
please don't..
oh dear,calm me down,,

dancing Kakashi and Exam Procter Pictures, Images and Photos
here my both lover,,

Sunday, July 18, 2010

kau nak kawan ke tak ni?

alahai manusia. kadangkala aku rasa diperguna. mungkin jugak sepanjang masa. tapi siapa gerangannya yang memperguna. sedarlah wahai kawan, aku dah penat dengan lakonan. lakonan kau sikit pun tak nampak palsu. percuma bagi aku, yang sememangnya jelas nyata kebendulannya. kau ni betul ke ikhlas berkawan dengan aku? atau aku hanya plaster 20 sen yang membantu kau mengubat luka di hati? yang akhirnya ditanggalkan dan dibuang setelah kau sembuh? begitu ke definisi kawan bagi kes ni?

ya, aku masih bertanda soal dengan perilaku kau yang bikin aku haru biru. habis negatif otak aku macam ni. aku ingat kita kawan. tapi, kau macam dah tak nak kawan. anehnya, setiap kali fikiran tu menjelma, confirm kau menjelma barang sesaat lepas tu. saikik ke apa kau ni?

bila imbas balik, seronok kawan dengan kau. memang seronok. dulu memang best. tapi tu la, tu dulu. dah tak sama. nanti, bila aku dah makin besar, mungkin sikit sikit memori tu akan hilang. harap2 la. makan semut banyak banyak mas!!

*bongok gila. macam budak tadika je aku ni. sungguh tak matang.aduhai

Sunday, June 20, 2010

walhal aku tak cengeng

selalu macam tu,
orang lain salah,
aku jugak yang kena,
macam pukul anak sindir menantu,
ya,aku je la yang kena.

maklum,
aku bukan anak emas,
aku bukan yang tersayang,
tapi ya, aku pun ada hati,
kenapa semua orang tak fikir?

cukup la hati aku berdarah,
boleh banjir dah bilik aku,
takkan nak keluar air mata darah,
baru semua orang nak faham.

aku dah la jauh,
jauh sangat,
apa salahnya bila aku dekat,
aku dapat rasa manisnya,
hah,makin pahit ada.

masa aku jauh jauh,
diterjah dengan amarah,
aku mengganggu ke?
masa aku dekat,
lagi parah diterjah amarah,
mengganggu jugak ke aku?

jadi, pada siapa aku nak tumpang bahu?
pada siapa aku nak mengadu?
huh, hidup segan mati tak mau.

mungkin sejak aku jauh,
semua dah makin jauh,
aku penat lah jauh hati macam ni,
penat.

haih, penat aku bersedih macam ni. makan lagi bagus.

Sunday, June 13, 2010

dah lama tak kawen?

setelah sekian lama tak kawen, eh eh *tersipu sipu* setelah sekian lama tak menyibuk-nyibuk di kenduri kawen, semalam terlangkah jugak kaki aku yang memang tak ternafi beratnya ni ke kenduri kawen. siapakah makhluk asing yang bahagia tu?? ala, jiran aku tu. yang selalu marah marah kalau aku main mak mak dengan adik dia dulu tu. woohoo gilang gemilang majlis dia. macam kat genting pulak suasana dewan tu. berkabus bagai. aku kawen nanti taruk salji aa dalam dewan. seronok sikitt. well, malaysia ni kan panas *oh jempol paling panas*

waah nasik minyak dia. memang tiptop. aku dah la gian nak makan setelah lama terpenjara. apetah nama katering dia tu. nanti aku kawen memang panggil diorang la. oh seronoknya rewang rewang. haha. tak sabar sabar pula. *uhuk uhuk*

umur baru setahun jagung, berkobar kobar nak berumah tangga. alahai masidayu woii. sedarlah diri woii. bangkitlah dari igauan tengahari. siapa suruh tido lepas subuh ha? oh, tersalah topik pula. wah, abang aku baru sahaja menyampaikan satu fakta yang memang bikin panas telinga. kawan dia kawen lepas habis sekolah? sebaya pulak tu. dan kini anak mereka berumur 5bulan. wahai manusia, kau kaya boleh la. tak payah belaja tinggi tinggi pun dapat sara anak dara orang dan anak anakmu jua. oh dengkinya.

lepas spm ni boleh la mak, nak join kursus kawen. boleh ye mak..... *berdehem bapak aku* ok, lupakan. aku pun tak rela kawen muda.

Friday, June 11, 2010

gigitan emosi

beburung tak lagi menyanyi riang,
sebaliknya,
terpekik terlolong memancar emosi,
dari kedalaman hati,

terselit satu rasa,
yang pasti menggigit rakus,
segenap ubun2,
pedihnya bagaikan dijilat,
lidah2 umpatan,

terdengar suara memanggil,
pulang ke tapak permulaan,
ludahlah tempurung kegelapan,
carilah haruman kesucian,

mungkin jauh terperosok,
di sudut yang terdalam,
kembangkan sayapmu beburung,
teruskan pencarianmu.

Wednesday, June 9, 2010

siapa jumpa sila pulangkan!

di mana ya?
gelak gelak aku yang dulu tu?
yang memang muka tak tau malu tu?
yang boleh sampai guling2 tu?
yang sampai kena cubit dengan mak aku tu?
yang sampai nenek aku jerit marah2 tu?

di mana ya?
tangisan aku yang dulu tu?
yang memang confirm bengkak mata tu?
yang boleh banjir satu malaya tu?
yang sampai mintak makan aiskrim tu?
yang sampai bingit telinga abang aku tu?

di mana ya?
sifat rajin aku yang dulu tu?
yang memang periksa nombor satu tu?
yang boleh bikin proud mak bapak aku tu?
yang sampai habis buku teks aku salin tu?
yang sampai bertubi tubi orang puji aku tu?

di mana ya?
mas idayu yang dulu tu?
yang memang selalu jatuh longkang tu?
yang boleh tahan kutukan manusia tu?
yang sampai sudah pun taknak ponteng sekolah tu?
yang sampai boleh bikin budak pindah sekolah tu?

di mana ya?
di mana?
di mana?

rindu la aku yang zaman pakai beg tarik tu, yang ikat rambut ala rabbit tu. haha, trimas dyla. kau ingatkan aku yang aku dah tua. mas idayu yang dulu tu, rindunya aku!

Friday, May 28, 2010

tumpang lalu,

bernyawa lagikah engkau wahai belog?
maaf andai kau terluka.
wahai aku yang pemalas.
mungkin telah mengguris engkau si belog.

ya, aku selalu berkata.
spm menerjah aku.
jadi aku tak mahu terkinja kinja.
mencari yang tak pasti.

mungkin semua orang tak mengerti.
si kertas putih tu sentiasa memerhati aku.
menjeling tingkah laku aku.
supaya aku sentiasa ingatkan ia saja.

si fizik dan si kimia.
kalianlah masalah utama aku.
dari dulu aku dah bagitau.
sains bukan jiwa aku.

bahasa jiwa bangsa.
tapi bahasa aku pun semakin merudum.
ini ke zaman kejatuhan aku.
saat orang lain memuncak naik.

jadi bangkitlah wahai mas idayu.
jangan terlena lagi.
spm sekali je pun.
bukan seumur hidup.

orang sekeliling mengajar aku.
semua benda perlu dikejar.
bukan berpusu pusu berlari cari aku.
ah, kenapa aku baru sedar?

nafsu makan aku membuak buak.
siapa yang mampu selamatkan ni?
siapa?
siapa?