geng bas sekolah

Saturday, December 6, 2008

adios KL, holla KLATE

wahai kamukamu sekalian.aku nak luahkan perasaan! sila bagi sepenuh perhatian yang kamu semua ada. dan pengumumannya ialah.jeng jeng jeng! aku nak balik kampung! wahaha. teruja duh. sape mau ikut? dijemput bawa kenderaan korang sendiri. sebab kereta aku dipenuhi lembu dan kambing untuk dikorbankan di kelate. mek, rindu la kok mek. mek masok gapo eh? haha.

aku kalau balik kelate mesti dengan perut yang kosong. supaya dapat aku makan setiap makanan yang extremely lazat kat sana. dan laut! oh laut! masa aku balik arituh tak sempat aku nak menjenguk kau! kali ni mesti kau busan tengok muka aku. harihari aku lepak pantai eh.wahaha. tapi tak buleh la aku nak bermandi manda dan bermesra dengan kau. gerenti ombak besar.aduhai. asal cuti je musim ujan.musim ujan je cuti. takpela. aku pasrah dengan kehendak Ilahi.

tak kisah la korang mau bercuti sampai kutub utara sekalipun. bagi aku dapat balik kampung pun sudah cukup. bak kata bapak aku, "nak buat apa pegi tempat lain, bukan ada tok nenek pun kat sana." wahaha. ala bapak. kalau cakap mau jimat ongkos pun takpela. anakmu sangat memahami :)

jadi bernoktah aku di sini untuk berkemas. kereta bergerak jam 1 pagi nanti. weeeeee. entah apa pulakla cerita yang bakal bapak aku bukak dalam perjalanan kali ni. dan pastinya akulah yang tido dulu. wahaha. adios ma lapopos. doakan aku selamat sampai ya kawan kawan :)


selamat hari raya aidiladha :)

2 comments:

CoklatChips said...

Cool gile bapak ko.
Haha.

cik chopu said...

wahaha.
like father like daughter la.
hahaha :)