rajinnya aku hari ni.semangat nak masuk sekola mengubah status pemalas bersiri aku kepada si rajin disegani.satu persatu manusia dalam rumah aku masuk bilik aku menjenguk aktiviti aku.haha.terkejutkah mereka? aku kurang pasti.menggelabah kan aku.baru kemas buku dalam bilik sehari dah belagak rajin.bukan senang nak tengok aku rajin tau.haha.
sumpah aku terkejut duh.tak sangka aku ni ulat buku jugak rupa rupanya.ternyata betul apa yang mak aku sebarkan ke khalayak ramai bahawasanya puterinya sorang ni ulat buku.persoalannya betul ke aku baca semua tu? atau keberadaannya sekadar menghiasi rak buku aku? entah.anda tentukan.
sempena nak masuk tingkatan empat,maka selamat tinggal wahai buku menengah rendah.kau jangan risau sangat.kau takkan dibuang,dibakar mahupun dikitar semula.sayang duh nak buang buku.sayang teramat sayang.ilmu tuh.sukasuki je nak buang buang.even kertas exam masa aku tadika pun aku simpan lagi tau.haha.
jadi sekarang rak buku aku dipenuhi bukubuku baru.selamat datang wahai buku.alamilah dunia penuh habuk di rak buku aku.nasibla kau dapat tuan macam aku.cess.bernada bangga pulak menyatakan sifat negatif.sungguh kurang sopan.haha.jangan risaula buku,mak aku takkan benarkan aku melayan kau sebegitu rupa.kau pasti terjaga dengan baiknya.mintak mintak begitu la :)
*p/s - actually perasaan aku sekarang masih dikawal oleh result pmr.gelisah.keluhkesah.resah.parah.gundah.kusut.kalut.serabut.takut.ah.semuala.
rindu kau wahai sekolah
5 comments:
result itu mcm pocong
x de la ensem sagt
tp best la dibuat sugar daddy
-serious tataw ap yg ku mepek neh-
haha.kurang paham.
kau bicara bahasa ape?
taktala gerun menunggu
si result..
baik gi tengok sijil yg boleh
dibangga!
hehe :)
tips yang geliga dari otak si penaip kumen nih.
sijil yang boleh dibangga?
sijil tamat tadika kott.
haha :)
anda dijemput ke blogg baru,
trimas*
Post a Comment