geng bas sekolah

Friday, December 24, 2010

saya itu akulah,

jika anda doraemon, sila hubungi saya secepat yang mungkin ya. saya sangat memerlukan mesin masa agar dapat kembali ke zaman dahulu kala. kerana dahulu itu benar benar bahagia saya rasa. berbanding sekarang yang semuanya pahit, dah takde rasa gula. mungkin ada la sikit sikit cuma. tapi tu pun bercampur rasa bisa. saya sudah cuba avoid kopi, peria dan yang seangkatan tentera dengannya. namun yang pahit itu tetap terasa walaupun sudah saya telan berkilo kilo gula melaka. aduhai sakitnya kepala. attention ya teman teman, mas idayu dah mula menggila! sila jangan berjumpa dengan saya buat sementara. takut parah tuan tuan puan puan dan encik cik semua. maaf kepada rakan andai saya kasar berbicara. saya cuma kurang mahir menyusun kata kata. ah, pigidah~

Thursday, December 9, 2010

sesi berjiwang-jiwangan

kaulah manusia itu
yang tak reti erti hatiku
walau ku cuba bicara seribu
kau tetap diam begitu

kaulah manusia itu
yang tak reti ubat sedihku
aku pula dimarah kamu
kau memang begitu

kaulah manusia itu
yang tak reti kenang yang dulu
sungguh indah masa yang lalu
tapi itukan dulu

kaulah manusia itu
yang tak reti dalami bahasaku
untuk apa lagi kau ku rindu
sedang rindumu pada dia itu

akulah manusianya
yang selalu kau hadiahi kata bergula
tapi semua itu dahulu kala
saat aku dan kamu masih muda

akulah manusianya
yang bijak melahirkan tawa
saat kau sampaikan halwa telinga
oh, alangkah indahnya

dicarutmarutkan dengan penuh maruah oleh si tuan rumah.

Tuesday, December 7, 2010

spm-semua perkara mudah?

ok ini sangat kelakar, at least bagi aku la.

macam ape tah, spm tahun ni memang betul2 bersejarah dengan paper sejarahnya yang maha payah. aduhai.

sejarah sangat mendukacitakan. kekejaman lembaga membuatkan aku terseksa. dikeluarkannya soalan yang tak pernah keluar trial. memang kejam. aku ni memang pemalas sikit bab2 sejarah ni. keluar rancangan malaya memang ternganga jugakk la mulut aku ni baca soalan.

beralih kepada paper paling latest, si kimia. memang LAWAK antarabenua betul. punya la awal aku jejak dewan excited nak jawab paper3, tau2 tunda gara2 peti besi takleh bukak. aduhai. patut start pukul 2,last2 jadi pukul 4 setengah. bagusnya dapat baca lelebih, tak bagusnya aku memang ngantuk2 jawab exam, takfresh langsung. nasib baik senang. teruja gila bomba datang ramai2 nak pecah peti besi,haha. first time pulak kena kuarantin, haiya.

jangan la time paper LK nanti peti besi meragam lagi. memang aku pegi bom la. nak balik awal, hehe. tak lama lagi, 'selamat tinggal jempol jambul'