geng bas sekolah

Wednesday, October 5, 2011

nyah kau lemak !


hoyehh harini semua otot mula tegang. kerah tenaga singkir lemak degil. pertama kali cycling dalam utp ni. haih mengah jugak. dengan lutut yang sedia lebam gara-gara jalan huyung hayang langgar kerusi, mana tak perit tang masuk lorong mendaki. berpeluh peluh mengayuh.

basikal pinjam je pun, tak boleh nak ganas ganas sangat kan. guna dengan cermat. adat meminjam kan. kalau aku punya, memang aku lanyak habis habisan. baru puas hati. ngeh ngeh. penat cycling, sambung main bola tampar. lama betul tak semakkan diri di sport complex. lama betul tak pegang bola. wahh seronok seronok.

puas hati dapat keluarkan peluh. ya, makan banyak, exercise perlulah banyak jugak kan. ada yang balik besar tong karang kalau malas malasan. malam ni silat pulak. esok ada quiz, moga moga keluar dalam mimpi malam ni. amin.

Monday, October 3, 2011

kopi.

sudah kau tahu aku ini kopi
aku ini pahit
aku ini hitam
lagi kau cari manis
lagi kau cari putih

yang manis itu gula
yang putih itu gula
kau cuba curah gula ke aku
aku tetap pahit
aku tetap hitam
kerana aku kopi

cubalah kau mengerti

Sunday, October 2, 2011

stick note.


semalam swimming,
harini shopping.

tak tercabut pulak kaki aku ?