geng bas sekolah

Friday, November 1, 2013

Si pemalas.

Assalamualaikum!

Ok berabad gila dah ni. sindrom malas punya hal. belambak je nak story, selalu je rasa terkinja-kinja nak menulis. tapi bila gaya bahasa dah tunggang langgang, tulis rasa cam sampah, makin membuak lah sindrom malas. sekarang lagi best guna twitter. tulis dua tiga patah, tweet. bila bangun tidur, tweet. nak merapu, tweet. meroyan, tweet. rasa nak tumbuk orang, tweet. layan wayang tamil, tweet. kebulur, tweet. malas nak mandi, tweet. nak cari jodoh, tweet. maka aku jump into a conclusion, twitter lagi canggih untuk makhluk pemalas macam aku. dan feedback dia lebih pantas. you know what i mean.

aku tulis harini sebab rindu nak tulis karangan. dulu karangan BM 800++ patah perkataan laju je tulis. sekarang bila nak suruh tulis perasaan sendiri pun rasa macam berzaman tak habis. lack of reading salah satu punca. jadi student uni bukan macam budak sekolah. bahan bacaan tinggi menggunung. budak u harapkan pointer bagus dalam 4 bulan dengan slides semata. gila, serius aku rasa aku dah terbelenggu dengan rasa malas nak membaca. beli buku macam pointless. dahlah mahal, tebal nakharomm pastu nak kena hadam dalam masa 4bulan for the sake of final exam. at the end, lecturer masukkan soalan based on slides jugak. and after final, bersemadilah si tebal dan si mahal sekalian dalam kotak bersalut habuk2. *meroyan*

ok entri ni serius-ly pointless. cuma nak bagitau, aku wujud lagi. sihat alhamdulillah. and someone akan berbisik dalam hati - like I care dude?

sekian toceh.

1 comment:

syakey said...

ahli ahli hapdet blog tegar dulu semua dah tak aktif blogging oh T__T


weii weii pesbuk ke instagram ke takde ke? nak keep in touch gitteww :'D